Kebaikan Halba Dalam Kehidupan Kita

Thursday, July 16, 2020

Sambil sambil scroll facebook tiba-tiba tertarik dengan satu post ni. Kebaikan halba dalam kehidupan yang ramai kita tak tahu yang dikongsikan oleh Safinah Ina. Sumber asalnya dari post Fatima Alin Haji Saad. 

Jujur cakap, memang tak pernah ambil tahu sangat tentang halba ni. Dulu lansung tak kenal. Kenal halba sebab bahan-bahan yang digunakan untuk bertangas. Kalau tidak, lansung tak pernah tengok pun. 

Rupanya memang banyak kebaikan halba ni yang dijadikan sebagai ubat. Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb.

Asal Usul Halba

Halba atau dipanggil biji halba biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan yang berasal dari Timur Tengah. Bukan sekadar digunakan dalam masakan untuk tambah kesedapan makanan. Tambah sedap bila halba juga memberikan aroma masakan yang lebih menyelerakan.

Tanaman pokok halba sejenis tanaman yang tumbuh subur dan ditanam  meluas di India, Mesir dan negara Timur Tengah. Halba juga dikenali Fenugreek. Bentuk halba seperti butiran kecil bewarna coklat. Biasanya dicampurkan dalam hidangan kari dan gulai.


Patutlah pun Fiza tak berapa nak kenal dengan halba ni. Sebab tak masak kari ataupun gulai macam gulai Utara tu. Sebab tu tak tau! Sejak kenal halba tu, baru lah ada stok halba kat rumah. Bila baca kebaikan halba ni, boleh lah cuba.

Mana tahu boleh kempiskan perut dengan halba. Jangan tak tahu halba ni antara jenis herba kuruskan badan selain kegunaan halba campur dalam masakan. Salah satu ikhtiar untuk hamil juga. Harap dapat amalkan setiap hari dan harap berkesan juga. Kita usaha mana termampu.

Kebaikan Halba

  • Mencuci perut
  • Mencuci darah kotor
  • Mencantikkan struktur kulit dari dalam
  • Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah
  • Merawat penyakit kencing manis.
  • Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
  • Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
  • Menjaga, memulih dan menambah tenaga batin
  • Membantu masalah kegemukan
  • Mengurangkan berat badan
  • Menguatkan fungsi jantung
  • Merawat masalah sembelit dan buasir
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid dan pra-haid)
  • Melegakan masalah sakit kepala / migraine
  • Menguatkan fungsi rahim, merangsang dan menyubur rahim
  • Ikhtiar utk mereka yang ingin hamil
  • Mengetatkan dan meremajakan rahim
  • Menghilangkan lendir dan sakit tekak
  • Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
  • Membantu mengurangkan ketagihan rokok 
  • Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan dan menggalakkan tumbesaran badan
  • Memperbanyakkan air susu ibu
  • Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi
  • Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan
  • Memelihara keseimbangan kadar hormon dalam badan
  • Memelihara keanjalan kulit menjadikan awet muda secara semulajadi

Cara Cara Penyediaan Pengambilan Halba

Goreng tanpa minyak sehingga garing, kemudian kisar halus dan simpan dalam bekas kedap udara.

Pengambilan untuk wanita

Bancuh 1 sudu kecil dengan air panas. Minum pagi dan malam

Pengambilan untuk lelaki

Bancuh 1 sudu kecil dengan air panas dan tambahkan 1 sudu kecil madu dan perahan limau kasturi.

Dah tahu kebaikan halba ni untuk kehidupan seharian, bolehlah cuba amalkan.


15 comments

  1. suka bau halba ni.. xtau nk ckp camne.. haha..

    byk khasiat halba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau dia agak kuat dan macam rempah hot spicy gitu. Itulah baru tahu banyak khasiat dia

      Delete
  2. akak suka halba yang di masukkan dalam nasi dagang atau nasi lemak... tapi tak boleh banyak2 jadi tak best pulak...

    masa aiyan kecik pernah bagi air di campurkan halba, mengatasi masalah kembung perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh nasi lemak pun okay juga ye boleh masukkan. ingatkan orang guna masak nasi dagang. Ala, tadi baru je masak nasi lemak. terlambat dah nak letak. next time boleh cuba.

      Bagus juga campurkan halba dalam air. boleh jadi penawar tu

      Delete
  3. buat bubur kacang masuk halba sikit... sedap baunya ganti bau pandan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh boleh juga ye. Terima kasih share kak. Boleh dicuba nanti kalau masak bubur kacang.

      Delete
  4. tak sangka banyak jugak khasiat halba ni ek..akak pandai makan dalam nasi lemak aje...boleh la cuba nanti as alternatif rawatan untuk penyakit2 tertentu

    ReplyDelete
  5. Tak sangka banyak kebaikan halba ni. Untuk kesihatan banyak rupanya kebaikan dia. Ku pernah jadikan halba ni sebagai milkbooster masa BF. Hehe.

    Guna jugak halba dlm masakan. Tapi tak tahu menyeluruh kebaikann dia. Tq sharing

    ReplyDelete
  6. selama ni x pernah amek taw hehe thanks

    ReplyDelete
  7. Xpernah amkk tau pun kan haha..klu tau ari tu sha minum halba tuk kurangkan kncing mnis msa mngndung alahaii

    ReplyDelete
  8. OO..boleh makan gitu je rupanya.. Akak biasanya buat gulai ikan je letak halba nih..

    ReplyDelete
  9. Cantik betul gambar halba jatuh dari sudu tu!
    Kreatif sungguh!
    Suka masukkan halba dalam masakan kari dan nasi lemak. Memang banyak manfaat pengambilan halba ye. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  10. ekin selalu rendam dalam air panas lepas tu minum hihihi... nanti boleh cuba buat macam ni pulak

    ReplyDelete
  11. dalam pantang setiap hari makan nasi yg memang dicampur halba untuk menambah air susu kata mama.

    pastu..mendiang nenek ammi kalau rasa sengal2 pinggang pun dia rebus gak halba pastu minum airnya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.