Biskut Lemak Pun Sedap

Tuesday, July 14, 2020

Dua tiga hari ni hujan turun. Sejuk ya amat! Jimat sikit penggunaan air cond. Ye tak? Mungkinkah bil elektrik akan naik lagi? Tunggu lah beberapa hari bil akan datang. Harap-harap tak sebanyak bulan lepas yang ramai complaint tu.

Musim hujan ni perut pun buat hal mintak makanan je kerjanya. Paling tidak pun ambil biskut lemak empat segi tu cicah dengan air panas pun sedap. Tak kira lah air teh ke kopi ke tetap sedap. Ada orang panggil biskut lebar, ada juga panggil biskut tawar. Yang panggil biskut kering pun ada. 



Biskut = Roti

Tapi oghang utagha dia akan panggil biskut tu roti. Betul tak? Dulu pelik gak masa study kat Penang kawan orang kedah duk suruh ambil roti padahal takde pun roti. Rupanya biskut tu dorang panggil roti. Ohhhh baru lah tahu. 

Kira pelik jugaklah mula mula tu. Almaklumlah orang Selatan ke Utara, baru nak faham culture kat sana kan. Tapi bila dah duduk lama faham dah lah sikit sikit loghat orang utagha. Cuma nak cakap memang tak pandai lansung.

Biskut Lemak Dan Kenangan

Masih ingat lagi. Dulu kalau pergi rumah arwah atok minah, mesti dia jamu air kopi dengan biskut lemak ni. Tak kira pagi petang siang malam, ini je yang akan dia hidangkan. Hanya ini saja hidangan yang larat dihidangkan. Walaupun hidangan tu ringkas je. Tapi atok punya kopi tu sedap pekat likat. Sedap betul! Rindu air kopi atok.
Rumah arwah atok tak jauh mana. Jalan kaki je. Kadang tu main main singgah rumah atok sebab nak minum kopi atok. Heii perangai sangat kan! Bila minum kopi o pekat makan dengan biskut ni mesti teringat atok.
Al-Fatihah...

Biskut Kesukaan Ramai

Betul ke biskut lemak ni kesukaan ramai? Kau orang suka tak? Biskut lemak ni biskut wajib ada kat rumah. Dah habis mesti restock. Masa lapar tak tahu nak makan atau nak masak apa, makan biskut cicah kopi je pun dah sedap.

Masa lapar memang laku betul. Orang dulu dulu suka hidangkan biskut lemak dengan air kopi o atau teh o untuk minum petang. Tanpa sedar dan makan berkeping keping dah. Tapi ada je yang tak suka makan biskut kan.

Fiza paling suka yang jenis butter tu. Butter Cream Cracker rasa dia lagi lemak dari cream cracker. Biasanya beli brand Julie's tu harga lebih berpatutan.

Pelbagai Menu Dari Biskut Lemak

Apa yang boleh dibuat dengan biskut lemak ni? Biasanya orang akan buat cheesekut, murtabak cream cracker, sandwich cream cracker dan bermacam-macam lagi lah. Tapi yang biasa orang guna untuk buat cheesekut tu lah.

Sarapan pagi makan biskut lemak legend ni pun okay. Lagi lagi kalau tak sempat tu. Apa ada hal makan biskut pun. Janji perut kenyang.


12 comments

  1. Suka jenama Hup Seng..yang ada gambar pingpong tu. Celup teh 'o' tak sedar dah makan berkeping-keping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenama hup seng pun sedap. favourite celup teh o tu.

      Delete
  2. assalamualaikum
    selamat pagi selasa
    diharapkan semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Kami sejak tinggal serumah dengan mak mentua pak mentua, biskut ni memang ada je buat stok kat rumah. Enak makan dengan kopi. mak plak cicah biskut dengan susu diabetic dia kalau dia tak lalu nak makan nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang wajib ada sebab ni kira tradisi mereka makan biskut dari zaman dulu. sesekali memang berselera makan biskut.

      Delete
  4. Mrs. A dan family panggil biskut lebar heheheee...
    Prefer yang cream cracker daripada butter cream cracker brand haruslah hupseng huhuhuhu... Suka cicah dengan nescafe panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh terbalik pulak selera kita. apapun sedap cicah air panas :)

      Delete
  5. biskut ni memang suka makan cecah kopi.Akak memang standby je biskut cap pingpong tu hah...Kalau rasa tak tau nak makan apa, memang cari biskut ni la

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kalau selera tak ada. biskut pun okay juga.

      Delete
  6. sebelum ni akak bukak kipas 3 kalau malam masa musim panas, sekarang ni buka 1 je pun dah sejuk gedi... lagi lah area rumah akak kan berbukit dan banyak hutan keliling rumah itu yg lagi sejuk tu....

    masa kecik dulu arwah nyai akak suka makan biskut mayat atau biskut kering yang bujur tu... cicah dengan kopi o pekat likat ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, yang jauh dari bukit pun dah sejuk.

      biskut keras tu pun sedap kak. suka gak makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.