Apakah Nama Pokok Calathea Ni?

Wednesday, July 15, 2020

Ada terbaca kat twitter yang cuaca akan sejuk sampai hujung bulan Julai tahun ni. Kira berita baik lah ni kan. Sebelum ni ada yang kata cuaca panas sampai September. Tup tup tup musim hujan sejuk sekarang ni. Alhamdulillah sejuk lah sikit.

Jimat guna air cond, jimat air juga nak siram pokok bunga. Tapi pokok bunga rumah Fiza semua bawah atap. Memang tak kena air hujan. Kira jimat jugaklah kot sebab tak perlu siram selalu. Kalau musim panas kena kerap siram sebab tanah cepat kering.

Haritu masa balik kampung, ada juga nampak pokok Calathea macam Calathea Orbifolia tapi bukan dia. Bentuk daun dia lebar warna hijau gelap. Ada efek shining sikit pada daun. Memang cantik! Tapi dia tak ada garisan putih pada daun macam Orbifolia. Daun dia plain je warnanya. Tapi garisan dia ada tona warna hijau.

Kau orang tahu tak apakah nama pokok Calathea ni? Kotlah kau orang pernah nampak atau tahu nama dia. Frust betul tak tahu apa nama pokok ni. Rasanya spesis Calathea family ni. Bukan apa, nak tahu juga details pokok.

Nak jugalah study tentang pokok. Senang nak tahu cara jaganya nanti. Tapi kalau betul jenis Calathea atau ada yang kata pokok keladi kira mudah juga lah manjaganya. Fiza ambil jugalah anak pokok dia dari kampung. Nak cuba tanam dekat rumah sendiri.

So far okay je membesar. Belum ada masalah lagi. Mungkin sebab cuaca pun tengah okay sekarang ni kot kan. Harap harap berterusan hidup sihat tu. Kalau dia tumbuh rimbun akan nampak lebih cantik. Letak pulak tu dalam pasu besar putih. Tambah seri hiasan dalam tumah atau luar rumah.

Dah lama Fiza nak beli Calathea Orbifolia ni tapi tak jumpa jumpa lagi. Terlajak laris juga ke? Tak dapat Orbifolia takpelah, dapat Calathea yang ni pun takpa dulu. Ubat hati yang frust tak dapat. Harap harap dapat junpa Calathea Orbifolia nanti.


21 comments

  1. subhanallah, macam2 species pokok keladi..cantik juga yg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, macam macam spesis ada. kita pulak rambang mata dan tak tahu namanya.

      Delete
  2. TAHNIAH KAK JADI TOP PENGOMEN BLOG RABIA PADA BULAN JULAI

    NANTI DH UPDATE ENTRY RABIA AKAN BERITAHU YA..

    ReplyDelete
  3. Pernah tanam pokok ni suatu waktu dahulu.... tapi dah mati! Seronok tengok hidup subur menghijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sedihnya kak. Takpelah, tak berjodoh. Memang seronok tengok kalau pokok hidup subur menghijau tu.

      Delete
  4. sy tahu rupa ja, nama pokoknya nda tahu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sama juga kita. Ada yang tahu ada yang tak lansung.

      Delete
  5. bestnya dapat tanam pokok hidup. kita tak pernah cuba. takut mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan pernah takut nak tanam pokok. Boleh cuba dan jadikan satu terapi atau hobi :)

      Delete
  6. tahu rupa jelah, nama tak tahu, harini baru tahu namanya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada namanya lagi. tak tahu apakah nama sebenar dia :)

      Delete
  7. alamak fiza xtahu la pulak ^_^
    mmg xhafal lah nama2 pokok..
    kat rumah ni pun ade pokok daun kunyit ja ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun kunyit berguna tu shida. memang patut ada tu.

      itulah, tak tahu namanya pulak.

      Delete
  8. Salam kenal ya kak.

    Saya kurang tahu juga nama tanaman itu kak, tapi cantik ya daunnya.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Terima kasih sudi singgah sini.

      Ya, cantik daunnya 😊

      Delete
  9. sy xtau nama pokok ni.. yg sy tau bentuk camni sume sy pgl pokok keladi.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul..nampak camni pokok keladi je la kita fikir. nama sebenar tak pasti. hihi

      Delete
  10. akak memang tak kenal nama pokok2 nih... tahu nya pokok hiasan je hehehhe

    ReplyDelete
  11. jangan tanya akak k fiza, akak pun tak tau nama dia...hahahhahahah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.