N'Joy Pothos @Epipremnum Aureum N' joy

Wednesday, June 10, 2020

Masih lagi nak cerita tentang spesis pokok sirih gading yang namanya N'Joy Pothos. Bukan N'joi astro tu ye. Jangan salah faham pulak. Bagitau sesiap. Mula mula tengok macam nak beli, lepas tu dia berubah fikiran pulak. Errr...Macam tak payahlah.

Last-last terambil juga sekali. Eh eh..cepat betul perempuan berubah fikiran kan. Nasib lah husband pun jenis faham dan suka juga tanam pokok. Dia pun bodek pokok mak jugak tu kalau balik kampung.

Macam tak sabar dah ni nak balik kampung berhari raya dengan mak abah ni. Tapi bukan 10hb lah. Kita balik beberapa hari lagi lah. Puasa 6 berbaki lagi 3 hari lagi. Habis puasa 6 minggu ni terus kita balik kampung. Barulah betul-betul ada feel raya.

N'Joy Pothos @Epipremnum Aureum N' joy.

Photos varieties ada banyak. Kadang tu confuse juga dengan nama dan spesis dia. Pearls and jade vs N'joy pothos  ni lebih kurang sama rupa dia. Yang beza kan dia cuma Njoy tak ada tompok-tompok kecil. Cuma ada lorekan besar warna hijau dan putih/kuning je.



Disebabkan Fiza dah biasa membela pokok golden pothos selama beberapa tahun ni. So, macam tak ada masalah lah nak jaga pokok jenis pothos. Tertarik dengan corak N'joy Pothos yang macam marble gabungan warna hijau dan putih kuning macam tu. Nak kata kuning tak kuning nak kata putih tak putih. Entah!

Lagipun repotting pothos ni mudah. Potong keratan batang daun yang ada akar tu, kemudian repot je dalam pasu lain. Kalau tak yakin boleh hidup, rendam je dalam air sampai akar tu banyak dan pokok hidup sihat. Lepas tu baru lah repot pun boleh.

Kalau tak yakin lansung, kau orang tanam je lah dalam air. Ganti air seminggu sekali. Tak payah risau-risau nak siram pokok bunga tu. Cuma kena pastikan tak ada jejentik je lah. Boleh bela ikan laga dalam bekas kau orang tu kalau tak nak nyamuk bertelur.

baca juga : 3 jenis tanaman hiasan dalam air 


How to Water Pothos.

Sama macam pokok lain. Semua sekali siram je dalam kekerapan 2 hari sekali macam tu. Tapi kalau musim cuaca panas, kena tengok-tengok juga tanah dia betul-betul kering atau tak. Kalau dah kering tu, siram lah ye.



Tak sabar nak tunggu pokok N'joy Pothos ni membesar dan menjalar. Sebab tu siap-siap letak dalam pasu dan buat hiasan pokok gantung. Cantik okay kalau dia tergantung tu. Cepat sikit besar eh. Ye, tahu mesti ada yang tanya mana beli tali gantung pasu ni kan? 

Buat sendiri je. Cuma beli tali jut tu kat kaison. Tak ingat berapa harga tali tu. Kalau tak tanya pun memang nak cakap juga.

Dalam 1 gulung tali tu dapat buat 4 je hanging knot ni. Nyesal pulak beli satu je. Tapi satu pun boleh tahan juga dia. Nak murah sikit cuba tanya kedai hardware kot ada jual.  Ikatan tali gantung pasu tu Fiza ikut tutorial kat youtube je. 5 minit dah siap. Mudah je kawan-kawan. Cubalah.

baca juga : DIY macrame knot untuk hanging planters.

Jenis-Jenis pipremnum and Scindapsus (Pothos Houseplant Varieties)

Credit photo : Aaron Apsley Artwork


1. Marble Queen
2. N'joy
3. Golden
4. Manjula
5. Silver Anne
6. Treubii
7. Silver Splash
8. Jade
9. Exotica
10. Varietgated neon
11. Golden
12. Cebu Blue
13. Pearls & Jade
14. Jade Satin
15. Treubii Moonlight'
16. Neon
17. Silver Lady
18. Snow Queen
19. Argyraeus
20. Jessenia

12 comments

  1. wah.. Sis Fiza betul-betul green the earth.
    Terima kasih sharing info.
    boleh jadikan panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..ini kalilah kak..tengah musim. nanti nanti tak tahu lah :)
      sama sama

      Delete
  2. Jadi serasa belajar ilmu tentang tumbuhan. Nice info

    ReplyDelete
  3. ada banyak lagiiiii jugak rupanya jenis sirih gading ni ek...yang fiza baru beli ni nampak cantik pulak sebab warna dia ketara kontranya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kak! Itu yang nak menambah koleksi tu..semua cantik

      Delete
  4. Banyak betul jenis-jenis lainnya. Tererlah tengok corak daun tapi berbaloi bila jaga elok. Cantik je nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun rujuk dari pakcik google jugak. tak tahu sangat pun..masih belajar lagi sha

      Delete
  5. Semakin sering saya berkunjung ke blog ini, semakin banyak pengetahuan saya tentang plants.
    Sebelumnya saya memelihara banyak plants, tapi hanya asal pelihara, tidak tahu jenisnya :)

    ReplyDelete
  6. hihi..sama sama belajar. lepas ni boleh bercucuk tanam pula :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.