Pantang nampak pokok cantik. Mesti terpengaruh nak ada juga satu. Sejak terjebak dalam dunia houseplant ni selagi ada ruang selagi tu dia nak menambah pokok. Tapi tambah pokok-pokok comel je. Pokok-pokok besar memang taklah nak tambah. Mana nak letak nanti oiii.
Lagi satu, pilih pokok yang bermanfaat bukan sekadar untuk hiasan. Barulah ada alasan nak membeli tu kan. Alasan sangat! Berkenan sangat dengan daun pokok lebar panjang dan bercorak belang warna hijau dan kuning ni. Ohh namanya Spathiphyllum Sensation Variegated.
Tahu pun sebab ada nama tu kat resit. Kalau tak tahu pun Fiza memang sejenis gigih mencari sampai jumap nama dia. Baru lah best nak share kan. Pokok hiasan kalau nama dia ada perkataan variegated tu mesti daun pokok dia. Macam pokok monstera variegated tu harga dia ratusan okay. Mampu tengok je lah.
Satu pokok ni ada pelbagai jenis corak. Cantik ke tidak? |
Variegated tu maksudnya berbeza warna pada corak tompokan ataupun pattern corak yang pelbagai. Biasanya warna dia akan ada warna hijau daun, warna kuning dan warna putih. Cantik! Itulah setiap kali cakap bila tengok daun pokok ni tau!
Variasi warna pada daun akan wujud disebabkan kekurangan klorofil pigmen hijau di beberapa bahagian dalam sel tumbuhan. Ada juga terjadi disebabkan jangkitan virus yang membuatkan urat atau daun berubah warna.
Kekurangan ni jarang sangat berlaku. Jenis spesis variegated/variegata ni sangat rare. Walaupun kekurangan klorofil (zat hijau) tu tapiiiii bila dia jadi rare dan cantik kelihatan, harga dia pun bukan biasa-biasa.
Yang monstera variegata tu memang mahal tapi Spathiphyllum Sensation Variegated masih mampu milik lagi lah.
Spathiphyllum Sensation Variegated
Tak pastilah apa nama melayu pokok Spathiphyllum Sensation Variegated/Variegata ni. Tapi dia dari spesis peace lily yang sesuai untuk indoor. Dari hasil carian google, Fiza jumpa nama dia Peace Lily Batik. Betul ke tidak tak tahu lah.
Dipanggil juga dengan nama Spathiphyllum Jessica. Fungsinya masih sama untuk membekalkan oksigen seperti tumbuhan yang lain dan membersihkan udara juga.
Tapi Fiza letak luar rumah di ruang car porch sebab indoor untuk tumbuhan mini je. Nak letak yang besar sikit pun tak tahu nak ditempatkan kat mana sebab ruang dalam rumah mostly kurang cahaya masuk. So terpaksa letak luar juga. Hiduplah diluar baik-baik ye wahai pokok cantik.
Spathiphyllum Sensation Variegated Care
Lega bila tahu pokok Spathiphyllum Sensation Variegated mudah dijaga. Siram 3-4 hari sekali bila permukaan tanah dalam pasu kering. Memang pilih pokok yang senang jaga dan kurang cahaya sebab nak disesuaikan dengan keadaan kat rumah ni.
Cara Pembiakan Spathiphyllum Sensation Variegated
Selain mudah dijaga, mudah juga nak dibiakkan dengan cara pisahkan rumpun pokok dengan akarnya sekali dan tanam dalam di dalam pasu lain.
Corak Berbeza Setiap Daun
Ya. Setiap daun tu corak dia berbeza tapi ada yang lebih kurang dari segi tona warna dia. Itu yang membuatkan pokok ni sangat unik dan rare. Yang tak suka pokok mungkin akan anggap biasa je. Tapi untuk pencinta houseplant ni, of course lah suka. Kan kan?
Antara pattern yang Fiza suka dalam sepokok Spathiphyllum Sensation Variegated ni. Cantik tak? Sila cakap cantik.
Pattern 1 |
Pattern 2 |
Pattern 3 |
Semua pattern pun cantik sebenarnya. Tapi 3 ni antara favourite yang Fiza rasa macam over cantik. Kalau snap guna DSLR mesti cantik kalau snap daun macam ni kan. Snap guna handphone, macam ni je lah hasil gambarnya. Kena ada handphone pro baru cantik gambarnya.
Anyway, Spathiphyllum Picasso pun cantik juga daun dia macam corak marble. Mujur tak jumpa, kalau jumpa memang hangkut sekali. Harap-harap berjodoh lah jumpa nanti. Pokok Spathiphyllum Sensation Variegated ni Fiza beli saiz besar juga ni. Tak tahu lah kot ada yang saiz besar lagi.
Harga Pokok Spathiphyllum Sensation Variegated
Yang ni Fiza beli sepasu RM18 dekat Seremban Landscape and Nursery. Musim PKP ni tak pastilah ada delivery ke tidak. Boleh tengok facebook seremban landscape and nursery. Yang berdekatan kalau nak pergi waze je.Suka pergi nursery ni sebab banyak pilihan, owner kedai yang friendly, pekerja yang sangat mesra pelanggan. Good products and good services all the time. Tak cari nursery lain dah sebab sini je yang murah dan banyak pilihan.
Setiap kali pergi mesti ramai orang. Tapi macam biasalah kena ikut SOP sebelum masuk kena scan suhu, sanitize tangan dan tak boleh masuk ramai-ramai. Social distancing tetap kena jaga ye.
Balik rumah terus transfer dalam pasu besar. Excited betul nak tengok pokok membesar dengan jayanya. Nak tengok lagi daun-daun yang cantik tumbuh.
subhanallah. sangat cantik corak nya
ReplyDeleteye kak. cantik betul corak daun ni.
Deletecantiknya pokok ni!
ReplyDeletekann..terlalu cantik :)
DeleteMemang cantik. Rupanya warna belang hijau putih rupanya kekurangan klorofil dan jangkitan virus. Baru tahu.
ReplyDeleteye kak NA, dari apa yang Fiza baca. kalau ada sebab lain tak tahu lah.
DeleteCantik daunnya
ReplyDeleteye, setuju!
DeleteSubhanallah..satu pokok pelbagai corak..mmg nmpk corak batik..teringin nk tengok yg species Picasso tu..
ReplyDeleteboleh google yang picasso tu. corak dia pun cantik juga :)
DeleteSinggah di sini selepas NA beritahu post kita serupa..
ReplyDeleteKalau tahu boleh jumpa Fizah :)
Hihi..kita pun terus singgah blog akak :)
DeleteSaya memang suka pokok hiasan jenis daun ni... unik
ReplyDeleteJemput sertai segmen kat blog saya ye..
https://www.aziankhalil.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html?m=1
yeay, samalah kita.
DeleteCantiknya. Saya hampir terjebak, bila baca post ni rasa nak beliii pulak. Hehehe
ReplyDeleteterus terpengaruh ye. beli beli :)
DeleteMasha Allah, ini juga tidak kalah cantik dengan plants yang tadi, senangnya kalau punya banyak plants cantik ya, mood bisa selalu jadi good setiap saat memandangi plants tersebut :)
ReplyDeleteya. hari hari boleh jadi good mood lihat keindahan pokok dalam rumah saat bangun tidur.
Deletesnap guna handphone pun nampak cantik fiza uikkkkk
ReplyDeleteTerima kasih. cantik tu cantik tapi kurang sharp. sedih!
Delete