3 Tanaman Dalam Air Untuk Hiasan Dalam Rumah

Thursday, September 12, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Rasanya Fiza dah beberapa kali give up nak tanam pokok dalam pasu. Yang hidup pun hanya pokok kaktus je lah untuk hiasan. Sudahnya Fiza buat tanaman dalam air je untuk buat hiasan dalam rumah. Fiza guna 3 tanaman dalam air untuk hiasan dalam rumah yang berfungsi untuk bersihkan udara dalam rumah. Bukan saja-saja buat perhiasan ye. Tapi ada fungsinya.


Kebetulan 3 tanaman yang ada boleh hidup dalam air. So Fiza pindahkan dari pasu ke dalam balang kaca. Risau pula dibiarkan dalam pasu lepas ambil dari kampung tu. Takut mati lagi sia-sia bawa dari kampung tu. 

3 TANAMAN DALAM AIR UNTUK HIASAN DALAM RUMAH


1. Devil's Ivy

Kalau bahasa melayunya dipanggil sirih gading. Pokok ni memang mudah hidup dalam tanah ataupun dalam air dan susah nak mati. Sejenis pokok yang membesar cepat bila cahaya dan air cukup kalau tanam dalam tanah. Letak dalam air lagi mudah jaga sebab hanya perlu letak di tempat yang cukup cahaya dah okay dah. 


2. Snake plant


Snake plant ni ada banyak jenis. Orang kita panggil pokok lidah mertua atau pokok lidah jin. Dengar nama tu jadi takut dan rasa berbisa je kalau terkena pokok tu. Tapi pokok ni memang sangat bagus tau jadikan hiasan dalam rumah sebab boleh menyerap racun karbondioksida, benzene dan lain-lain lagi. Lagi satu, dia boleh menghilangkan bau yang tak sedap dalam ruang bilik. Sejauh mana keberkesanan tu, kena lah cuba letak dalam ruang rumah. 


3. Spider Plant

Spider plant ni salah satu pokok favourite Fiza sebab suka tengok rimbunan daun macam labah-labah tu. Sedap mata memandang. Fungsi dia sama macam pokok sirih gading dan snake plant tu. Akar dia jenis macam ubi, unik sikit. Boleh hidup dalam air dan nampak menarik pula tengok akar-akar ubi tu kan.


Fiza rasa penjagaan pokok tanaman dalam air ni lebih mudah dijaga. Hanya perlukan cahaya yang cukup dan tambah air bila perlu ditambah je. Tak perlu beria nak siram sehari dua kali atau 2 hari sekali ni. Senang. Tapi, kena pastikan tukar air dan tiada jentik-jentik okay! Itu memang kena rajin. Jangan malas-malas. Tunggu apa lagi? Carilah pokok-pokok ni boleh jadikan hiasan di meja kerja kau orang tu. Tengok tumbuhan hijau satu terapi juga. 

Tips : Untuk makanan pokok tanaman dalam air ni, boleh rendam kulit telur yang dihancurkan dalam botol selama 4-5 hari. Kemudian masukkan air rendaman kulit telur tu beberapa sudu dalam bekas air pokok ni. Ada orang letak separuh air biasa dan separuh lagi air rendaman kulit telur tu. Tapi Fiza letak sikit je air kulit telur tu sebab tak nak air keruh. Cukup letak sikit dah memadailah kot untuk makanan pokok tu. Nak tahu lebih lanjut boleh cuba tengok kat youtube
With Love, Sihatimerahjambu

24 comments

  1. teringin jer nak simpan.... tapi tuler pernah buat tapi tak tahan lama...

    ReplyDelete
  2. TQ tips nya sis..
    insyaAllah nak juga tanam ni dlm pasu rumah ;)

    ReplyDelete
  3. Nieyl suka tanam pokok² ni dkt dlm rumah..tapi tu tak terbuat lagi dkt umah tu...terutamanya toilet tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah baca, katanya tak elok letak pokok hidup dalam toilet. tak pasti. mungkin kena tanya pada yang lebih tahu

      Delete
  4. menariknya... pokok yg devil ivy tuh biasa tanam tp dengan tanah tp yg lg 2 pokok tu tak pernah try... tgk boleh hidup dalam air, menarik jgk tuh... cantik jugak walaupun takde bunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. yang ada bunga payah nak jaga. jadi jaga pokok berdaun dan ada fungsi pun okaylah

      Delete
  5. Cantiknya semua tanaman2 ni. memang lawa buat hiasan rumah

    ReplyDelete
  6. pernah baca pokok² macam ni baik untuk pengudaraan dlm rumah. tambah pulak senang nak jaga kan.

    ReplyDelete
  7. Mudah penjagaannya
    Pastikan tiada jentik2 aje

    ReplyDelete
  8. Indahnya tengok benda hijau dalam rumah :) nice sharing

    ReplyDelete
  9. cantik devil's ivy tu..macam nak cari jugak la...kalau guna water gel tu pun ok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik kalau lagi rimbun dan menjalar. gel tu tak jumpa kak. nak beli juga tapi entah mana nak membeli

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.