home

Resepi Sambal Sardin Berkuah Masak Cara Fiza

Thursday, May 07, 2020

Berkerjaya sebagai surirumah bukan mudah ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Dia punya nak memikirkan menu nak masak apa berbuka hari ni macam memikirkan masalah negara kaedahnya. Tengok-tengok barang dapur yang dibeli husband haritu sambil fikir nak masak apa. End up keluar resepi sardin berkuah. Kebetulan masa tak berapa nak ada, fikir masak sambal sardin je lah yang cepat dan paling mudah. sap sap sui!

Sambal Sardin Berkuah

Masak sambal sardin ni sebenarnya guna kaedah masak cara sendiri. Ada juga nampak resepi sardin viral. Ikut masing-masing punya style lah. Kalau masak cara Fiza senang je lah. Tak ada undang-undang pun. Potong-potong tumbuk-tumbuk campak masuk dalam kuali. Itu yang kata sap sap sui tadi tu. Maksudnya senang je.

Bahan-bahan

1 tin sardin
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 keping asam keping
1/2 sk garam
air secukupnya
minyak untuk menumis

Cara Masak Sambal Sardin Masak Cara Fiza

Tumbuk bawang putih, bawang merah dan juga cili api. Fiza kurang suka bawang putih sebab tu guna satu je. Kalau kau orang jenis suka bawang putih, boleh tambahkan lagi 1-2 ulas. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk tadi. Tumbuk lagi sedap ye daripada gunakan blender. Agak-agak dah naik bau dan garing, masukkan sardin dan juga tambah air ikut suka banyak mana. Suka kuah lebih, letak lah air lebih sikit.

Kalau suka kuah pekat tak perlu tambah air banyak sangat. Ikut kesukaan masing-masing lah ye. Tambah garam dan biarkan masak. Akhir sekali baru masukkan asam keping. Ada orang suka perah asam limau kasturi tu. Itupun sedap juga tau! Sambal sardin ni kena masak pedas-pedas kalau kau orang suka makan pedas. Kalau tak pedas, tak lalu nak makan. 

Kena letak juga asam keping untuk kurangkan hanyir ikan sardin tu. Tak ada asam keping, boleh letak air asam jawa ataupun perah limau. Sambal sardin ni kalau tak habis, boleh buat inti sandwich sardin atau buat rencah untuk nasi goreng sardin bersahur nanti. Boleh guna buat sambal sardin cicah lempeng atau sambal sardin cicah roti. Pun sedap! Yang buntu tak tahu nak masak apa, masak je sambal sardin. Kalau makan sardin lah.

Macam biasalah tak semua orang makan sardin. Ada yang tak menggemari lansung makanan dalam tin. Ikut masing-masing punya favourite. Bulan puasa ni kalau berbuka ramai-ramai, meriah dengan menu favourite masing-masing. Mak mak kita kalau sediakan menu tu ada menu-menu kegemaran untuk setiap anak dia. Rindu kampung pulak haihhh. Hari ni 14 Ramadhan, tengah fikir nak masak menu apa untuk berbuka nanti.

Kalau nak menu selain sambal sardin, boleh juga buat hidangan rare sikit cuba resepi sardin tomyam ke, resepi sardin kari, resepi sardin tomyam ataupun resepi sambal sardin petai. Ohh lupa pulak ada menu sampingan tu, tauhu sumbat. Celur taugeh, goreng tauhu dan potong timun. Sambal manis tu kau orang blend je cili kering, bawang putih, air asam jawa, garam dan gula. Lepas tu masakkan atas dapur. Haa senang je uolls.


27 comments

  1. feveret ni masakan sardin macam ni, menu paling ringkas ,, paling malas dah ni nak fikir menu apa.. betoi tu fiza bulan pose ni kadang2 stress sebab mikir menu nak buat berbuka :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu paling ringkas, cepat dan sedap gitu. Senang kejap je masaknya tak yah banyak fikir. hihi

      Delete
  2. Assalamualaikum, SS pun suka makan sardin. Paling suka kari sardin air tangan mak. Tapi paling simple buat sandwich sardin. calit2 je kat roti. kalau buat sambal sardin, cicah roti pun ngam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..masakan air tangan mak tak pernah tak sedap kan. sardin dengan roti ke memang ngam rasa dia :)

      Delete
  3. Sardin ni pun nak kena pilih brand jugak
    Ada yang sedap ada yang kureng

    ReplyDelete
  4. Okay, dapat menu baru nak try esok since dah kebuntuan tak tau nak try masak apa.
    Thank you for the recipe!

    ReplyDelete
  5. mkn sardin ngan nasi panas2 tklupa kicap...bertmbh2 nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan dengan nasi panas tu buat lagi sedap menambah tu. hihi

      Delete
  6. Lauk sardin ni masak pedas2, ada manis sikit, ada masam2 sikit, huihhhh...tak terkata sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, cukup rasa dia memang sedap lah masakan tu.

      Delete
  7. kat rumah mmg wajib ada sardin dan kalau masak tu memang akak suka letak cili kisar bagi pedas...baru umphh hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh tambah cili kisar eh. Boleh cuba nanti tu. Tq kak share tips.

      Delete
  8. Sarden juga salah satu kesukaanku.
    Dan memang benar, kalengan sarden jika tak ditambahi bumbu racikan rasanya kurang sedap.
    Biasanya kutambahkan juga daun jeruk purut agar aromanya lebih sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum dicuba lagi tambah daun limau purut. mungkin boleh cuba nanti kalau masak sardin. Terima kasih ye share :)

      Delete
  9. kena pilih brand elok then sedaplah rasa sardin tu.
    kalau brand yang cikai2 , sardin dan sosnya sekali tak begitu sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, setuju juga yang tu. Memang kena pilih sardin yang sedap.

      Delete
  10. sedap kalau berkuah nie.. boleh cicah roti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kak..lebihan kuah tu boleh buat cicah roti,cucur, lempeng dan macam-macam lagilah

      Delete
  11. satu lagi, asam pedas sardin...sedapnya...nak buat lah nanti, stok sardin ade banyak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ada ye. Tak pernah tahu..cam sedap gak masak asam pedas

      Delete
  12. sejak balik ni ray ralit belajar buat sambal je haha

    ReplyDelete
  13. Saya suka makan sardin.. dan ini adalah lauk paling penting bila tak ada idea nak masak. Nanti lebih kuah dan sardin tu boleh buat macam2. Makan dengan roti, dan juga boleh recycle buat nasi goreng sardin!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.