Home

Resepi Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah Sedap

Saturday, May 02, 2020

Siapa suka nasi lemak? Saya! Dia tanya dia yang jawab. Nasi lemak dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Nasi lemak favourite rakyat Malaysia yang biasa dimakan pada waktu sarapan pagi. Dulu-dulu nasi lemak memang waktu makan dia masa sarapan je. Tapi zaman sekarang, ikut suka lah bila-bila nak makan pun.

Mak-mak kita memang suka sangat masak nasi lemak masa sarapan pagi selain nasi goreng. Kalau mak kita masak tu rasa cepat je siap dia kan. Kalau kita masak sendiri, fuhhh rasa lambatttt lagi nak masak. Power mak-mak kita ni dalam bab-bab menyediakan makanan untuk keluarga. Tak boleh challenge lansung.

Air tangan masakan mak tetap terbaik dan sedap. Dalam masa yang sama, kita kena juga belajar macamana nak masak nasi lemak sedap juga. Nanti-nanti dah pandai masak, bagi peluang mak kita pulak rasa masakan kita. Tak gitu? Dulu nasi lemak kosong biasa pun dah sedap dah. 

Resepi Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah Sedap

Bila zaman dah berubah, nasi lemak dah dipelbagaikan dengan pelbagai jenis sambal macam sambal kerang, sambal sotong, sambal paru dan lain-lain. Paling sedap kalau ada hidangan tambahan macam ayam goreng atau ayam goreng berempah. Teringat nasi lemak dengan ayam goreng berempah, terus lah rasa nak buat nasi lemak ayam goreng berempah untuk menu berbuka puasa 7 Ramadhan.

RESEPI NASI LEMAK

1 1/2 cawan beras
1 cawan santan
2 cawan air
secubit garam
daun pandan

CARA MASAK NASI LEMAK

Basuh beras macam biasa. Masukkan santan, air, dan garam gaul rata. Jangan lupa masukkan daun pandan (buat simpulan) untuk penambah bau wangi nasi lemak tu. Masak nasi lemak macam masak nasi biasa tu guna periuk nasi. Jangan lupa di ON kan suis tu. Nanti jenuh menunggu nasi tak masak-masak.

* Sukatan air dan santan tu ikut jenis beras masing-masing ye. Fiza guna beras herba ponni, sukatan nisbah dia 1:2. Kalau beras 1 cawan, air 2 cawan.
Jadi, kalau masak 1 1/2 cawan beras, sukatan air kena 3 cawan. Fiza buat 1 cawan santan dan 2 cawan air. Tak nak santan pekat sangat nanti mulalah mengantok cepat bila makan bersantan. Sementara tunggu nasi masak. Bolehlah buat sambal nasi lemak pulak.

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK SEDAP

3 labu bawang besar
4 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
5 sudu cili kisar
1/4 cawan air asam jawa
1 sk garam
2 sudu gula perang
1 helai daun pandan
Minyak masak*optional

CARA MASAK SAMBAL NASI LEMAK 

Panaskan minyak untuk menggoreng ikan bilis. Dah siap goreng, angkat dan ketepikan dulu. Blend halus bawang besar 2 labu, bawang merah kecil, bawang putih dan tambah sikit ikan bilis yang digoreng tadi. 1 labu bawang lagi potong melintang. Panaskan lebihan minyak menggoreng ikan bilis tadi dan tumis bahan blend dan juga bawang potong tu.

Tumislah sampai naik bau, lepas tu bolehlah masukkan cili kisar. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak. Pecah minyak tu macamana? Minyak akan timbul di permukaan atas dan bahan tumis tu kat bawah. Faham?

Kenapa kena tumis sampai pecah minyak pulak? Banyak betul soalan dia. Sebabnya nak bahan-bahan tumis yang ada cili kisar tu betul-betul masak dan masakan akan jadi lebih sedap. Kalau dia tak masak betul, mungkin akan buat sakit perut dan masakan pun akan jadi kurang sedap lah. 

Sama jugalah kalau masak ada guna bahan-bahan rempah tu, kena tumis sampai pecah minyak juga okay. Sila tulis dalam buku resepi siap-siap. Bila dah pecah minyak tu boleh lah masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan masak dan sesekali kacau untuk elakkan hangit bawah dia.

Biasanya sambal nasi lemak ni akan ambil masa yang lama untuk betul-betul masak. Lagi lama kita masak, lagi tahan lama sambal tu. Boleh simpan lama lah kiranya kalau simpan dalam peti ais tu. Kalau nak selamat tak nak hangit, keraplah mengacau sambal tu. 

Agak-agak hampir nak masak tu, barulah masukkan daun pandan untuk penambah bau sambal yang sedap. Tapi letak sekejap sampai layu sikit. Kalau letak lama dan terus letak dalam sambal nanti mempengaruhi rasa sambal pulak. Tak nak letak daun pandan pun takpe haih. Jangan lupa rasa dan adjust lah mana yang terkurang tu ye.

Kalau tak suka asam jawa, boleh gantikan asam keping. Kalau tak ada gula perang, boleh pakai gula biasa atau ada gula anau pun sedap juga. Fiza suka guna gula perang sebab lebih kurang manis dan warna sambal jadi lebih cantik gelap dia.

Bab buat sambal ni yang tak bestnya bila biarkan masak tu dia akan terpercik-percik sampai habis dapur dan dinding. Jenuh juga nak bersihkan dapur lepas masak. Tapi dapat sambal yang sedap, pueh hati den. Okay, nasi lemak settle dah. Kita move on pulak dengan resepi ayam goreng berempah.

Resepi Nasi Lemak Dan Ayam Goreng Berempah Sedap

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

1 bahagian peha ayam
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk kari
1 sk serbuk cili
* 2 ulas bawang putih
* 2 biji bawang kecil
* 1 inci halia
* 1 sk jintan manis
* 1 sk biji ketumbar
* 1 batang serai

CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH


Basuh ayam dan toskan macam biasa. Blend kan bahan-bahan yang bertanda *. Gaul rata bahan blend dan bahan-bahan lain pada ayam. Perap terlebih dulu. Kalau nak cepat, boleh je goreng terus. Tapi dia akan jadi lagi sedap kalau perap lama sikit semalaman untuk biarkan bahan perapan serap masuk dalam ayam. Dan bila perap lama tu, ayam akan jadi lembut dan ambil masa singkat untuk masak.

Dah siap ayam yang diperap tu, goreng guna api yang perlahan dengan minyak yang banyak macam kaedah deep frying tu baru dia akan masak sekata. Jangan sesekali guna api besar ye. Nanti akan buatkan ayam tu cepat hangus. Jangan sangka yang hangus tu terlebih masak pulak, sedangkan dalam tu tak cukup masak lagi.

Sebab tu kena masak guna api perlahan. Lagi-lagi bila masak ayam yang bersaiz besar. Ambil masa nak tunggu ayam betul-betul masak. Bila masak sempurna luar dalam barulah ada selera nak makan nasi lemak ayam goreng berempah ni. Wow! kagum terbuat karangan panjang harini.

Selamat mencuba resepi nasi lemak dan ayam goreng berempah masak cara Fiza. Dinasihatkan masuk dapur awal sikit kalau nak masak menu nasi lemak ayam goreng berempah untuk berbuka. Nak masak sambal dan ayam tu agak mengambil masa lama sikit. 


12 comments

  1. Saya tak pernah tolak nasi lemak...heheeee. Ayam goreng berempah tu mesti nak makan serdaknya sekali, sedap betul gaul dengan nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serdak wajib ambil. memang sedap makan gaul dengan nasi.

      Delete
  2. terima kasih tuk resepi ayam berempah tu fiza, lama dah cari, suka resepi dari org yg dah experiment sendiri. selamat berpuasa, saya nak masuk dapur terus ni 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa dan selamat mencuba. Harap kena dengan citarasa :)

      Delete
  3. Siip .. resep ini akan kuberikan buat mamaku untuk mencoba ikut memasaknya juta.

    ReplyDelete
  4. eh eh baru semalam makan nasi lemak untuk berbuka..hihi..tapi lawankan dengan ayam goreng mamak...

    ReplyDelete
  5. Rasa macam nak buat nasi lemaklah pula.. hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.