Malaysia

Resepi Nasi Goreng Seafood Ringkas

Saturday, May 02, 2020

Dalam banyak-banyak nasi goreng, nasi goreng apa yang paling sedap dan favourite kau orang? Kalau tanya pada Fiza, semua nasi goreng pun sedap. Susah nak buat pilihan kan sebab semuanya sedap.

Nasi goreng seafood antara favourite Fiza sebab sejenis manusia yang suka makan udang. Kalau balik kampung, mesti mak dah simpankan stok udang galah. Alahaiii, terbayang sudah udang galah yang sedap itu. 

Semalam boleh pulak macam pening-pening dan penat ya amat. Kemas rumah dan tak cukup tidur dia jadi pening-pening lalat. Sudahnya pukul 6.30 petang baru nak ke dapur. Syukur husband dah siap masakkan nasi awal sikit.

So terus terfikir nak masak nasi goreng je lah ikut resepi nasi goreng seafood masak cara Fiza gitu. Ringkas dan sedap tak tahu nak haaabaq! Cehhh puji diri sendiri.

Resepi Nasi Goreng Seafood Ringkas



Bahan-Bahan
*1 ulas bawang putih
*4 biji bawang merah ( Kalau guna bawang besar, separuh je cukup)
*1/2 genggam cili api
*1/2 genggam ikan bilis
6 ekor udang
2 ekor sotong
Nasi
4 sudu minyak masak
garam
1 sudu serbuk perasa pasti sedap

Cara Masak Nasi Goreng Seafood
Udang dan sotong perlu digoreng dulu, angkat dan ketepikan. Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sampai garing ye. Fiza suka bahan tumis tu tumbuk guna lesung dan tumis sampai garing baru sedap. 

Dah garing baru masukkan nasi, taburkan garam dan juga perasa.  Akhir sekali baru masukkan udang dan sotong yang dah digoreng awal-awal tadi. Hidangkan bersama telur goreng dan juga. Barulah lengkap sepinggan hidangan nasi goreng seafood masak cara Fiza serba ringkas.

Suka bawang merah lebih sebab lebih sedap dan tak suka bawang putih sangat. Kalau suka, boleh lebihkan. Bab bahan tumis tu kau orang boleh sukat ikut sukatan kau orang. Ada orang tak suka pedas, boleh kurangkan cili api tu. 

Nasi goreng seafood ni tak pastilah resepi sebenar dia macam mana. Pada Fiza, ada seafood tu kira nasi goreng seafood je lah. Sesuka hati je kan. Rasanya lagi nikmat kalau tambah banyak lagi seafood macam ketam, kupang dan kawan-kawan mereka. 

Tapi tak semua seafood kita boleh gabung. Entah apa jadi dengan rasa dia nanti. Kebiasaannya nasi goreng seafood yang biasa kita nampak cuma ada udang dan sotong je. Kira macam standard sepinggan nasi goreng seafood lah macam tu. Kalau kedai luar biasa tu mungkinlah letak extra seafood sikit. Harga pun luar biasa jugaklah. Seafood bukan murah. 

Kadang tu, letak sekor dua je udang dan sotong. Itupun dah harga yahudi juga. Nyampah! Baik masak sendiri lagi sedap boleh tambah segala binatang laut dalam tu ha. Okay, menu 8 Ramadhan done. Mari fikirkan menu berbuka puasa untuk hari ni pulak. Kau orang masak apa tu?


18 comments

  1. Terbaik. Sedap ni..

    Jemput join segmen ni kalau belum ya. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Saya demen yang gini-gini, ga ribet. Emang bener kak udang, harga wahyudi 🤣 harus nyari lakik nahkoda biar free, hahaha..

    ReplyDelete
  3. Suka nasi goreng cili api dan ikan bilis.

    ReplyDelete
  4. haha.. harga macam yahudi kan? i love nasi goreng yang boh sotong... yg boh udang tak berapa sangat... kalau campur tak tahu lah... but, yup... out of all nasi goreng memang nasi goreng bubuh seafood especially sotong is the BEST!!!! hantu sotong saya ni hahaha. nanti bila2 boleh try your type of nasi goreng seafood... maybe with a little extra sotong and kalau I mesti tambah sedikit pepper... bagi ada rasa pedas-pedas sikit... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh hantu sotong. Saya hantu udang pulak. hihi. ha kena tambah extra sotong kalau suka sotong. Sedap juga tu tambah black pepper.

      Delete
  5. looks so good walaupun x minat sgt nasi goreng seafood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..boleh masakkan untuk orang yang suka seafood :p

      Delete
  6. paling suka nasi goreng tomyam...kalo masa degree dulu, lain, paling suka nasi goreng thai...ah, sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tu nasi goreng tomyam tapi belum pandai masak lagi..susah juga nak dapat pes tomyam sedap

      Delete
  7. buat sendiri puas hati.. cmapak macam2 sedappnya...

    ReplyDelete
  8. masak sendiri memang puas hati.. boleh bubuh banyak seafoodnya.. memang puas makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Sha, macam macam boleh tambah dan puas makan semestinya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.