Malaysia

Resepi Nasi Ayam Madu Paling Mudah

Monday, May 04, 2020

Selamat pagi! Harini ada yang dah mula kembali bekerja dan hari ini berkuatkuasa juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). PKPB bukan bermakna bebas keluar ke sana sini ye. Pergerakan Bersyarat maksud dia. Kena faham betul-betul. Tapi semalam meriah sungguh kenderaan lalu lalang depan rumah macam bebas sungguh masing-masing keluar.

Harap masing-masing jaga social distancing dan jaga diri di luar tu. Kita yang duduk rumah ni pulak yang risau. Yang bekerja jaga diri dan stay safe ye. Harini dah masuk hari kesebelas berpuasa, jangan tambahkan lagi sayu kami-kami yang masih setia duduk rumah kalau PKP akan dilanjutkan lagi sebab dah wujud kluster baru. Aduhaiii..camno nak dikabo kan ni? Kalau bekerja dan ada urusan penting tu takpelah jugak kan.

Maaf, intro entri tak ada kena mengena dengan tajuk. Kalau dah mula membebel dia payah nak berhenti terus lari tajuk dan tujuan asal sebenar dia. Okay, pagi ni nak kongsikan resepi nasi ayam paling mudah masak cara Fiza. Berbuka hari kesepuluh Ramadhan semalam masih mengekal menu ayam di tangga pertama. Teringin nak makan sup ayam sebenarnya, lantas terfikir nasi ayam.

Resepi Nasi Ayam Madu Paling Mudah

Bahan-bahan Sup Ayam

Ayam (bahagian peha)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang kecil
1 inci halia
3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
1 kiub ayam
1/2 sb garam
Air secukupnya
2 sudu minyak masak

Cara Masak Sup Ayam

Tumbuk bawang putih, bawang kecil dan halia. Tumbuk kasar je pun takpe. Malas tumbuk, potong-potong je pun boleh. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk tadi dengan 3 sekawan. Dah naik bau dan garing sikit masukkan air. Kemudian masukkan ayam.

Pastikan ayam tu terendam penuh dalam air ye untuk masak sekata. Dah mendidih tu barulah masukkan kiub ayam dan garam. Garam tu adjust lah ikut banyak mana air yang kau orang masuk tu ye. Bila ayam dah masak, angkat dan toskan ayam dulu. Letak ayam dalam penapis alas bekas bawah dia.

Bahan Ayam Goreng Madu

Sos tiram
kicap manis
Madu (boleh ganti gula perang)
Minyak masak untuk menggoreng

Cara Masak Ayam Goreng Madu
Gaul rata bahan-bahan pada ayam dalam penapis tu dan biarkan (perap) dalam 19 minit macam tu. Lebihan perapan tu akan jatuh dalam bekas bawah tu bersama lebih sup akan dijadikan sos kicap nasi ayam. Tambah kicap kalau kurang pekat. 

Selepas 10 minit tu, panaskan minyak dan goreng ayam. Goreng ayam ni kejap je sebab ayam tu dah masak dalam sup tadi kan. So goreng sekejap je. Agak-agak warna dah cantik dan garing sikit, boleh angkat dah. Okay sup ayam, kicap dan ayam settle dah.

Bahan-Bahan Nasi Ayam

Beras 
Sup Ayam

Cara Masak Nasi Ayam

Basuh beras dan air untuk masak beras tu kau orang boleh gunakan terus sup ayam yang dah siap awal-awal tadi tu. Ada orang tambah serbuk kunyit untuk jadikan nasi tu berwarna kuning. Kalau Fiza, tak tambah. Sukatan sup tu ikut je sukatan masak macam beras biasa kau orang masak hari-hari tu. Senang! Sementara tunggu nasi masak, boleh sediakan sambal pulak. 

Bahan-bahan Sambal Merah Nasi Ayam

Beberapa tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
2 sb gula
1/2 sk garam
Air secukupnya.

Cara Masak Sambal Merah Nasi Ayam

Blend halus semua bahan dan masak atas dapur sampai masak. Kalau nak sambal pekat sikit boleh tambah sos cili sikit. 

Okay semua bahan dah siap. Boleh hidangkan dengan salad, hirisan timun, hirisan tomato dan juga taburkan daun sup dalam sup tu baru sedap. Fiza tak ada stok daun sup pulak. Takpe, janji sup sedap di makan. Lepas teringin nak makan sup ayam. Baca cara nak buat nampak panjang  tapi mudah sebenarnya. Itu cara Fiza lah.

Cara orang lain mungkin masak nasi tu kena tumis lain untuk masak nasi ayam tu. Kalau Fiza nak mudah  campur sup ayam je. Kalau jenis nasi ayam hainan tu masak dengan nasi sekali ye? Yang tu belum cuba buat sebab lebih suka makan jenis ayam bergoreng macam ni. 


19 comments

  1. Nasi tu memang cara kitorang juga guna sup. Memang senang nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..guna sup terus senang tak payah nak tumis yg lain.

      Delete
  2. sedapnya ayam madu..!
    semalam pun masa beli barang ramai betul. ya la sekarang dah boleh keluar berdua. masuk pasaraya pun dah boleh berdua. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai penggemar ayam madu..nak makan musim pkp ni kena masak sendiri lah jawabnya kan.

      Delete
  3. Segernya.... ditengah puasa nih.....
    penggoda iman hahhaha
    salam kenal....
    Min

    ReplyDelete
  4. nasi ayam ni selalu duk buat if tengah kekeringan idea nak masak apa sebab it is very simple and tak renyah kan :)

    ReplyDelete
  5. sedap dan menyelerakan sungguh la gambar fiza

    ReplyDelete
  6. By the way, suka bertandang ke blog ini, bahasa Melayunya agak mirip dengan bahasa daerah kami di Sulawesi, Indonesia.

    Seperti Kitorang itu bahasa di Minahasa juga sama :)

    Oh ya, saya sedang bingung mau masak apa buat buka puasa nanti, pas juga baca ini, saya jadi tahu, nanti mau masak sup ayam saja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ye. harap memahami penulisannya.
      Silakan mencuba memasak menu nasi ayam :)

      Delete
  7. fav nasi ayam...bln puasa tkde masak lg menu nasi ayam

    ReplyDelete
  8. Alahai.. sedapnya... Lama tak makan nasi ayam sejak PKP nie..

    ReplyDelete
  9. sedapnya...teringat pulak menu nasi ayam masa pkp sebelum ramadhan hari tu..housemate first time buat, sedap sungguh...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.