Resepi Labu Masak Lemak Putih Paling Senang

Tuesday, May 12, 2020

Buah labu, sejenis buah atau sayuran? Secara saintifiknya buah labu adalah sejenis buah sebab mengandungi biji benih ye. Sebiji buah labu tu dapat buat bermacam-macam resepi masakan. Antaranya masak lemak labu putih/kuning, resepi labu masak lemak ikan masin, cucur labu, kek labu, lepat labu dan bermacam-macam lagi lah.

Walaupun Fiza ni penggemar labu, tapi biasa masak lauk labu masak lemak putih yang paling senang. Yang masakan lain tu belum cuba lagi. Bukan apa, Fiza je sorang makan labu. Husband bukan penggemar labu. Jadi, macam tak best masak menu yang orang lain tak makan. Makan sorang-sorang kurang nikmatnya kan. Rugi tenaga pun ye nak masak tu. Tapi kalau teringin rajin je nak masaknya pun.

Masakan sayur labu ni pun ada bermacam-macam style juga. Ada yang masak lemak labu pucuk manis, masak lemak labu udang, masak lemak labu bayam, masak lemak labu suun dan bermacam-macam jenis sayuran dan rencah lain boleh dicampur dengan labu ni. Kira sangat serasi lah rasa labu dengan rencah lain. Kira fleksibel lah si labu ni.



Cara masak lemak labu putih simple je sebenarnya. Masakan sayur yang paling ringkas dan cepat. 

Bahan-bahan
Labu (potong saiz sederhana, tak besar tak kecil sangat)
3 tangkai cili api atau 1 tangkai cili besar merah (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit (buang batang tengah)
1 sk lada hitam
1/4 sk serbuk kunyit
1/2 sk garam
Santan (sebungkus/sekotak)
Air secukupnya

Cara Masak
Masukkan semua bahan dalam periuk dan masakkan atas dapur. Sambil-sambil tu kacau-kacau kuah dia supaya santan tak pecah minyak. Agak-agak labu dah empuk, tutup api. Dalam gambar tu santan pecah minyak tak berapa cantik dan kurang sedap sebab santan segar yang Fiza beli tu mungkin dah lama. Kalau nak selamat kan rasa dan rupa dia, guna je santan kotak. 

Melainkan kalau duduk kampung ada kelapa, parut dan perah sendiri tu lagi sedap rasa santan dia. Kalau kat kampung ni kena kupas kelapa, parut dan perah sendiri tu agak leceh juga tapi sesekali balik kampung buat sendiri rasa seronok juga. Jenuh juga nak kupas kelapa tu kalau dapat kelapa yang kulitnya liat. Jenuh weiii

Nak cara mudah, guna santan kotak je lah. Lepas tu sila aplikasi kan kaedah masak labu putih cara macam ni paling senang. Masuk je semua bahan dan tunggu masak je. Senang betul kan. Jangan kata tak tahu masak okay. Ikut je cara sendiri. Tapi kalau masak depan mak mertua ke depan mak sendiri sekalipun, kena ikut undang-undang masak mereka. Kalau tidak, derhaka nanti. Haha..bukanlah derhaka. Cuma kena bebel je lah paling tidak pun.


30 comments

  1. Lauk macma ni la senang nak buat..tapi tu la masalahnya akak x leh makan labu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..senang. tak boleh makan jangan makan kak. nanti lain pulak masalahnya.

      Delete
  2. labu ada kat rumah tu, tapi ingat nak masak pengat je..Macam terasa nak makan pulak...Labu masak lemak putih ni kan, kalau kena dengan ikan masin dan sambal belacan, memang sedap wehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba masak pengat lagi. memang kak, ada ikan masin lagi bertambah selera.

      Delete
  3. Rugi tenaga pun ye nak masak tu ...
    Hahaha saya ketawa membaca kalimat itu, kak 😄.
    Tak apalah rugi tenaga memasak, hirung-hitung memasak sambil olahraga 😁.

    Kalau di Indonesia, khususnya di pulau Jawa saya tinggal, labu yang jenis dimasak sayur ini namanya Jipang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kan..exercise sambil memasak. ohh jipang. baru pertama kali dengar. Terima kasih berkongsi :)

      Delete
  4. sedap masak lemak..tapi kami dah dua hari masak labu tumis air, mak suka..manis katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selera mak mak kita suka sayur berkuah lemak macam ni. labu pun lembut senang makan.

      Delete
  5. favorite akak ni..kalau buat masak lemak labu ni kena ada sambal belacan...tu yg bila mak mertua lalu tu kita tak nampak tu..hehe

    ReplyDelete
  6. Mlm tadi sahur akk menggulai labu juga, gulai kuning +daun belalai gajah, sayangnya si labu tu keras, tak elok isinya...hrmmmm kuranglah nikmatnya.
    Tapi akk blm pernah cuba buat gulai putih ni, len kali in shaa Allah boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun belalai gajah tu tak pernah dengar pulak. kalau labu kurang elok memang tak sedap nak makan tu.

      Delete
  7. Sha tak makan labu.. Tapi kuah dia memang suka..

    ReplyDelete
  8. Labu memang banyak kegunaannya. Nasib baik kami (emak,abah,saya) makan labu. Satu labu tu memang banyak dapat. Kelmarin baru je makan masak lemak dan buat bingka labu.
    Betullah makan seorang memang tak seronoklah pula. Lagipun macam saya cakap satu biji labu dapat buat banyak masakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang ni satu family makan labu. boleh sekali masak sebiji. macam fiza sorang je makan kena masak sikit-sikit.

      Delete
  9. sedap masak lemak labu ni, antara febret menu family akak..tapi kitorang biasanya akan tumis dulu bawang merah, bawang putih, cili merah, ikan bilis dan belacan sikit (semua ni da tumbuk lumat), then masukkan labu, dan santan..nanti kaler dia jadi kuning-kuning merah gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh tumis dulu pun okay..ni jenis nak cepat masuk je semua.

      Delete
  10. sedap ni..cik nor pun suka masak lmak labu ni..:)

    ReplyDelete
  11. datang sini sebab suka tgk gambar akak. akak guna kamera apa? ke guna phone?

    ReplyDelete
  12. Sedaplah kalo di foto tak tahu kalo dimakan 😂

    ReplyDelete
  13. sedapnya labu. buat lauk boleh, buat bubur lagi suka. =)

    ReplyDelete
  14. tk mkn labu tp kalo makmertua masak menu ni..mkn kuah je

    ReplyDelete
  15. kat rumah ni, aida memang guna santan kotak je, fiza.
    senang.
    santan segar xde. kena gi pasar besar.
    kedai dedepan ni limited brg nyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak dapat santan segar. guna santan kotak senang sikit dan tak renyah kan

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.