Resepi Bubur Lambuk Yang Mudah

Wednesday, May 20, 2020

Resepi Bubur Lambuk Yang Mudah | Tekak teringin makan bubur lambuk pulak. Pukul 3 petang dah masuk dapur sebab nak masak bubur lambuk punya pasal. Kena lah masak awal. Bubur bukan sebarang bubur tau! Nak masak dia kalau tak menunggu lama tak sah. Nak mengacau lagi satu hal. Jenuh! 

Bayangkanlah orang yang memasak bubur lambuk seperiuk besar dalam bulan puasa ni macamana. Mesti letih ya amat! Tapi besar pahala masak untuk orang berbuka puasa nak dibandingkan dengan letih tu apalah sangat. Bulan puasa ni biasanya bubur lambuk akan dimasak di masjid atau institusi yang terlibat dan diagihkan secara percuma. 

Tapi janganlah dok harapkan yang percuma tu. Kalau nak beli boleh beli kat E-Bazaar ada kot kan? Fiza tak pernah cuba beli dari E-Bazaar. Nak makan semua masak sendiri je sebab dah biasa bulan puasa tak membeli juadah kat Bazaar Ramadhan. So bila tak ada bazaar ni tak terasa sangat. 

Cuma kalau ada makanan yang teringin nak makan tu, kalau tak pandai buat kena jugalah mencari Orang kata, bubur lambuk kg baru bubur lambuk paling popular dan sedap. Betul ke? Ada yang pernah rasa. Katanya sedap sebab guna resepi tradisi turun terumurun macam tu. Teringin juga nak rasa tapi jauh sangat pulak kg pandan tu.

resepi-bubur-lambuk-yang-mudah

Alhamdulillah, semalam dapatlah berbuka dengan bubur lambuk ikut resepi bubur lambuk johor mudah kononnya. Walaupun tak cukup bahan, janji rasa tu ada. Lebih kurang 2 jam jugaklah dok mengacau sampai betul-betul jadi bubur dan pekat. Banyak bahan tak cukup tu. 

Tak ada kentang, daging, daun sup dan daun bawang. So kurang sikitlah rasa dia. Kira bubur lambuk kosong je lah kot. Takpe, janji lepas teringin makan bubur lambuk dah cukup bersyukur dah. Tak dapatlah nak kongsi resepi sebab tak cukup bahan kan. Nak cerita pun tak pandai dah. Boleh rujuk dalam link kat bawah ni untuk resepi bubur lambuk mudah.

RESEPI BUBUR LAMBUK GUNA RICE COOKER

Untuk kau orang yang teringin sangat nak masak bubur lambuk tapi nak resepi bubur lambuk mudah dan sedap. Kau orang boleh je masak guna rice cooker. Ye, boleh je gunakan rice cooker. Jangan tak percaya. Tapi Fiza taklah masak guna rice cooker, cuma kongsikan resepi bubur lambuk mudah untuk kau orang yang suka resepi mudah.


Bila baca guna rice cooker mesti kau orang pun teruja nak mencuba kan. Kalau ada periuk mahal noxxa tu, lagi lah mudah boleh cuba resepi bubur lambuk noxxa. Bubur lambuk ada pelbagai versi mengikut negeri dan tempat. So kau orang kena lah tahu bubur lambuk versi mana yang kau orang suka.

JENIS-JENIS BUBUR LAMBUK

Dulu ingatkan bubur lambuk tu satu je. Rupanya ada banyak jenis bubur lambuk mengikut negeri. Bubur lambuk Johor lain, bubur lambuk kelantan lain dan begitulah juga dengan bubur lambuk di negeri lain. Bahan juga berbeza untuk setiap jenis bubur lambuk.

Ada orang suka letak santan, ada juga yang suka letak susu segar. Ikut masing-masing punya cara memasak. Kalau Fiza, suka letak santan lagi rasanya lebih lemak. Tapi kalau tak ada santan, letak susu segar pun boleh. Janji rasa dia tak lari jauh.


8 comments

  1. Tak cukup bhn, takpe, janji rasa sama..rupa pun sama 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tu kurang sikit sebab tak cukup bahan-bahannya =__='

      Delete
  2. bubur lambuk johor dan bubur asyura lebih kurang sama... sebab tu akak jakun masa makan bubur asyura belah utara dan pantai timur...

    bubur lambuk terengganu pun sangat mudah, yang penting ada isi ikan dan daun pucuk paku dan beberapa jenis ulam biasa

    ReplyDelete
  3. Tak merasa bubur lambuk tahun ni. Asal orang pantai timur, masa makan bubur lambuk negeri lain seronok sangat sebab berbeza dan boleh rasa keunikkan bubur lambuk lain jugak.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya! Saya belum melambuk lagi bulan puasa ni....

    ReplyDelete
  5. pernah gak baca yang tambah santan dalam bubur lambuk tu, tapi tak pernah lagi cuba...nanti boleh try next time..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.