Malaysia

Resepi Bihun Goreng Singapore Masak Cara Fiza

Wednesday, May 06, 2020

Semalam tak sempat nak update dan blogwalking. Sibuk dengan kerja rumah sebab husband baru keluar beli stok barang dapur selepas seminggu lebih. Faham-faham lah nak membersihkan barang basah tu ambil masa nak menyiang tu. Paling lama part ayam sebab nak kena buang segala kulit dia lagi.

Sakit pinggang dibuatnya berdiri kat sinki tu. Sudahnya bila rehat tu terlelap bagai disorongkan bantal. Plan nak keluar 4 Mei tu macam seram bila mana PKPB dah bermula. Confirmlah ramai umat manusia keluar beramai-ramai. Demi keselamatan diri, hold dulu keluar beli barang dapur. Jadinya berbuka sebelum beli barang dapur tu kita masak apa yang ada je lah.

Menu bihun goreng singapore yang paling ringkas sebab itu je yang ada. Nama je Singapore tapi masak di Malaysia. Okay, tak kelakar kan. Kita di Malaysia ni dah biasa sangat dengan bihun bihun jenis yang merah tu. Makan bihun goreng ni kalau ada sambal tumis nasi lemak tu lagi sedap rasa dia. Teringat pulak bihun kantin sekolah dulu.

Bihun kantin pun sedap wei walaupun rencahnya tak berapa nak banyak. Bihun 'goreng bodoh' orang panggil. Kesian bihun tak pasal-pasal diperbodohkan. Nasib kau lah bihun. Kalau masak sendiri, boleh lah banyakkan rencah yang ada. Itupun kalau stok rencahnya ada. Kalau takde, bihun goreng bodoh jugak jadinya nanti.

Resepi Bihun Goreng Singapore Masak Cara Fiza

Bihun goreng Singapore ni masak dia paling mudah sebab tak perlu nak ada cili kisar dan tak guna bahan sangat. Bihun Singapore lah paling mudah kot kan? Agak-agak stok cili kisar takde atau malas nak buat cili kisar, kau goreng je lah bihun goreng Singapore. Nampak je warna tak menarik, pucat lesu. Tapi rasa dia sedap.

Bahan-bahan Bihun Goreng Singapore

Bihun (1/4 bungkus bihun)
3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cili Api ( Ikut tahap kepedasan masing-masing ye)
1 sk black pepper
Udang
sawi
Sayur kobis
Carrot
garam
minyak masak

Cara Masak Bihun Goreng

Untuk lembutkan bihun tu, Fiza akan rendam dengan air panas sekejap dan toskan. Tumbuk bawang putih, bawang kecil, cili api dan juga black pepper. Nak sedap tumbuk kasar-kasar je. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dah siap tumbuk tu. Macam biasa tumis sampai naik bau dan sedikit garing barulah masukkan udang.

Tunggu masak kejap, masukkan sayur sawi dan kobis. Kemudian masukkan bihun dan kacau rata. Taburkan garam dan juga carrot. Fiza suka masukkan carrot akhir sekali sebab tak nak carrot tu layu sangat. Biar rangup sikit baru sedap. Kacau sampai mesra semua bahan-bahan tu. Dah siap! Sayur-sayur semua pilihan, boleh nak masukkan atau ganti sayur lain.

Udang tak ada pun takpe, boleh guna udang kering tumbuk sekali dalam bahan tumis tu pun sedap. Nak makan berdua masak sikit je lah bihun. Bihun ni nampak je sikit tapi bila dah masak banyak jadinya. Selalu jugaklah terlebih masak sebab susah nak agak banyak mana. Nak selamat, ingat siap-siap masak suku je daripada 1 bungkus tu kalau makan untuk 2 hidangan.

Ingat lagi, dulu-dulu mak kalau nak masak bihun goreng untuk sarapan esoknya. Mak akan rendam siap-siap bihun kering tu. Esoknya bila goreng, bihun tu dah lembut dah terus goreng je. Fiza tak guna kaedah mak tu, rendam je air panas terus nak cepat lembut. Derhaka sungguh la dengan kaedah masak orang zaman dulu. Zaman pun dah berubah, cara masak pun dah banyak berubah.

Ada juga yang goreng bihun tak rendam dulu. Masa masak tu lebihkan air dan biarkan bihun kembang dalam kuali je. Ikut cara masing-masing gitu. Janji sedap ikut tekak masing-masing bukan ikut rasa orang lain.


38 comments

  1. Banyak tu perencahnya, taklah bodo sangat hahahahahahahaaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bihun bodo yang dimaksudkan bihun zaman sekolah dulu. hihi..silap paham sudah :)

      Delete
  2. bihun singapore ken makan dengan sambal kicap ...memang kick

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah makan dengan sambal kicap. boleh cuba nanti. Tq suggest :)

      Delete
  3. pagi-pagi tengok bihun goreng, lapar pulak, hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh masak berbuka nanti. boleh cuba resepi di atas :)

      Delete
  4. bihun singapore ni akak suka, tapi anak-anak lebih suka yang bihun biasa yang kaler merah tu..kat johor je kot org makan bihun goreng suka tambah dengan sambal tumis nasi lemak..dulu kat kantin sekolah mmg mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, memang orang johor suka makan dengan sambal tumis :)

      Delete
  5. Sedapnyaaa, terasa rasa dek tekak waktu tengah hari ni adeiii...tapi kan dah banyak hari pose ni, memang tak lalu nak makan nasi dah..goreng mee aje pun sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sesekali ubah selera ke bihun/mee selain nasi :)

      Delete
  6. sedapnya.. mama suka makan dgn sambal kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga penggemar bihun makan dengan sambal kicap ni. hihi

      Delete
  7. semua resepi bihun suka! Bihun singapore ni senang main campak-campak je dah siap..kenyang. lapar la pulak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul campak campak je siap. paling senang. hehe boleh buat menu berbuka nanti Aien :)

      Delete
  8. Sedapnya masha Allah.
    Buatnya mudah pula, jadi ingin cobain juga.
    Ternyata bihunnya lebih baik direndam dengan air panas ya?
    Saya masak seperti mie, jadinya lunak sekali hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dicobain nanti deh. Terpulang saja mahu rendam air panas atau sejuk. cuma rendam air panas lebih cepat lembutkan bihunnya :)

      Delete
  9. sedapnye...fav rietta ni...tambah cili kicap....

    ReplyDelete
  10. sedap ni. tengok je dah tahun. betul fiza teringat behoon masa skolah dulu. walau goreng bodoh je tetap sedap. pastu makan sambil buat lubang kat plastik dia, kecutkan plastik pastu gigit2 je, nikmat 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..dulu ramai juga makan style macam tu tebuk lubang kat bucu plastik tu.

      Delete
  11. Akak ni tak kisahlah bihun goreng bodoh ke, bihun merah ke, bihun Singapore ke asal bihun goreng memang suka sangat :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. SS pulak jemu dah makan nasi. semalam buat mee, hari ni makan roti.. bihun ni tunggu masa juga nak masak.. lama jugak tak makan bihun... sedap nampak bihun singapore cara fiza ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..silakan cuba masak cara fiza ni :)

      Delete
  13. Lama dah tak makan bihun singapore.. nak buat, kerajinan tu tak de lagi.. hehe

    ReplyDelete
  14. lama tk mkn meehoon spore..slalu mak yg masak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..pasni leh masak sendiri kak..tengok camne hasilnya :)

      Delete
  15. Mudah je.. Sha tak pernah lagi masak meehoon..

    ReplyDelete
  16. haaa thank you bagi idea! nanti nak buat jugakkk ujung2 ramadhan...sebab skang da full sampai 18hb..hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah siap ada list menu tu..selamat membihun hujung ramadhan ni

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.