Ayam Masak Lomak Cili Api Den Dah Macam Gulai Kari Katanya

Sunday, May 17, 2020

Aduh! Spoil rupa gambar masak lomak cili api den semalam. Dah macam gulai kari katanya Kak Dana. Warna je berubah tapi rasa tak berubah. Osah sodap! Puji diri sendiri ke tu? Husband pun setuju sodap nak buat macamana kan. 

Macam biasalah sebelum masak tu kena tanya dulu nak makan apa. Katanya nak gulai ayam. Okay, baik. Bahan-bahan pun ada, kira ON je lah masak gulai ayam tu. Orang Nismilan memang panggil gulai tapi orang Johor panggil masak lemak cili api. Tak biasa nak panggil gulai.


Nak tahu kenapa warna kuah masak lemak cili api tu berubah? Ni semua sebab guna cili merah pedas tu je. Kalau guna cili api kampung tak macam ni rupa dia. So bila menumis dan tunggu ayam kecut tu warna dia macam letak cili kisar pulak. Sebab tu warna merah dia lagi naik tu. Takpelah, janji rasa lemak cili api tak berubah. 

Ikut resepi mak Fiza ayam masak lemak cili api johor senang je. Tak perlu tumis bagai. Blend cili api dan kunyit hidup. Serai di ketuk dan santan segar 1 biji kelapa. garam dan juga asam keping. Campur semua bahan dalam satu periuk dengan ayam dan biarkan masak guna api perlahan. 

Nak lagi cantik kacau-kacau kuah jangan sampai santan pecah minyak. Masak lemak cili api ikan, masak lemak cili api udang, masak lemak cili api ketam pun sama juga macam tu cuma masak ikan je tak letak serai.

Tapi kalau Fiza masak suka ayam masak lemak cili api negeri sembilan style. Ikut style mak mertua masak macam lagi sedap gitu. Pedas tu wajib ye. Jangan terkejut cili api seggenggam tu okay.

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN AYAM MASAK LEMAK CILI API

Ayam
1 genggam cili api *
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
3 batang serai (diketuk)
1 kota santan
1/2 sb garam
1 keping asam keping
air secukupnya
3 sb besar minyak

CARA MASAK AYAM MASAK LEMAK CILI API

Kisar halus bahan-bahan yang bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar dan serai sampai naik bau dan garing sikit ye. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan ayam tu sampai kecut okay. Masa ni jangan tambah air lagi. Masa ayam tu kecut akan keluarkan minyak dan akan berair sikit. Tunggu je sampai kecut dan sesekali tu kacau ler jangan bagi hangit bawah tu.

Bila dah kecut tambah air, santan dan garam. Masak guna api perlahan dan sambil tu kacau-kacau lah baru nampak santan tu lebih cantik tak pecah minyak santan tak  berketul-ketul. Bila hampir masak tu barulah letak asam keping. 

Masak lemak cili api ambil masa tunggu ayam tu kecut. Lebih baik guna non stick pan sebab tak risau menunggu ayam tu kecut tak melekat dan hangus. Kalau guna kuali biasa, jaga-jaga lah mengacau tu ye. Ingatkan je.

Kalau kau orang jenis malas menunggu nak kena tunggu ayam kecut bagai, boleh cuba style masak lemak cili api johor. Masuk sekali semua bahan terus. Ikut lah mana yang lebih mudah dan ikut selera masing-masing. Yang penting masak lemak cili api kena pedas dan santan kena pekat baru sedap makan. 

Okay, mari berfikir nak masak apa pulak untuk berbuka harini. Harini dah 24 Ramadhan dah. Cepat masa berlalu...



18 comments

  1. huwaaa tengok gambar ayam masak lemak tu rasa dan ambik nasi panas sekarang juga. eh! hahah

    ReplyDelete
  2. Memang suka masak lemak cili api ni. Kuah tu kena berasa, pedas dan berlemak.

    ReplyDelete
  3. kalau akak, biasa masak style johor tu...kalo housemate, masak tumis dulu bahan kisarnya...ikut cara memasing kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. style johor memang senang tak leceh. betul, ikut cara masing-masing :)

      Delete
  4. Masakan lemak cili api memang sentiasa membuka selera. Teringat dulu sewaktu praktikal di Ampangan Negeri Sembilan , kawan bawa balik ke kampungnya. Mak dia masak lemak cili padi kampung segonggam! Tapi rasanya tidaklah pedas sangat, mungkin sebab dah bercampur dengan lemak manis santan kot. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama je sengenggam kak. tapi tak pedas sangat pun. dah bercampur dengan kuah santan tu kurangkan pedas dia kot kan.

      Delete
  5. a'ah. time fiza up kat fb, nampak mcm kari.
    tapi ok jer la semuanya. on jer kan :)
    style aida buat masak lemak tak tumis.
    lebur jer dulu semua dlm piuk, kecuali santan.
    last last baru santan & perisakan dgn garam.
    and and hanya cili api & kunyit, fiza. ikut style nenek belah mak (nismilan).

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa okay je. mak mertua nismilan gak tapi cara dia menumis pulak..mungkin berbeza ikut daerah jugak kot. entahlah...ikut cara masing-masing agaknya kan

      Delete
  6. Selalu buat stail Johor je. Stail orang malas. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak malas juga tu. kena rajin juga nak mengacaunya..hihi

      Delete
  7. cili merah tu jadi pewarna sekali la kan takpelah yg penting rasanya mabeles

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, boleh pulak dia tukarkan warna lauk kita tu ha. syukur rasa dia tak bertukar.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.