Rendang Ayam Permintaan Suami

Monday, May 11, 2020

Tajuk taknak kalah kan. Nak letak tajuk resepi rendang ayam, tajuk tu dah digunapakai dah sebelum ni. Macam tak best pulak nak guna tajuk yang sama. Makanya, kita buat tajuk macam ni je lah. Aci je lah kan. Hari ke lima belas ramadhan, sebelum masak tu mesti akan tanya suami nak masak apa hari ni. 

Suami kata, "masak rendang lah". Atas permintaan suami, kita pun merendang ayam lah masak awal sikit. Penangan resepi rendang ayam dengan kerisik haritu lah tu kan. Terasa-rasa kat tekak katanya. Puji melambung sangat ni. Sejak dah rasa terpandai sikit masak rendang ni, takde hal lah nak masak rendang bila-bila masa pun. 

kejadian rendang kali kedua bulan ramadhan 

Bagus juga lah dah pandai buat rendang sendiri. Raya nanti taklah rasa sedih sangat tak dapat balik kampung makan rendang, ketupat, lemang bagai tu. Semua boleh buat sendiri je di pagi raya nanti. Tapi kalau difikirkan sedih jugalah tak dapat makan rendang ayam negeri sembilan style mak mertua dan lemang abah buat.

Kalau ikut resepi rendang ayam negeri sembilan mak mertua kadang-kadang letak daun puding. Ikut style mak Fiza, resepi rendang ayam johor wajib letak kerisik dengan daun kunyit potong halus-halus tu. Cuma rendang ayam tok je lah jarang jumpa sebab tak ada sedara mara sebelah Perak nun. Sedap juga rendang tok ni. Tapi membuatnya belum lagi lah sebab nak masak rendang tok lagilah lama nak memasakanya kan.

Setiap negeri ada tradisi rendang masing-masing. Pada Fiza, kalau dah namanya rendang mesti semuanya sedap-sedap. Makan dengan lemang, ketupat, nasi impit di pagi raya memang lupa nak berhenti makan. Raya kali ni suasananya berbeza, kita kena masak sendiri juadah raya mana yang ada. Janji kita dapat raikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Haa tunggu apa lagi, dah boleh mula belajar masak rendang dari sekarang. Orang kata "Practise make perfect". Tak cuba mana mahunya dapat. Untung untung raya nanti dapat makan the perfect rendang. Tak gitu? Tengah musim PKP ni kiranya masa yang elok untuk belajar memasak menu yang kita tak pernah cuba lagi kan.



24 comments

  1. hehe betul tu jarang rendang tak sedap. suka makan dengan ketupat palas dan lemang~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu makan dengan ketupat palas dan lemang. Terasa raya betul kalau dapat :)

      Delete
  2. yeay, kita pun baru makan rendang ayam air tangan suami.
    hehe, kak pip x pandai masak rendang, so harap suami jer lah masakkan.

    ReplyDelete
  3. mashaAllah nampak sedapnya. nasib baik dah berbuka, kalau tak memang terliur dah depan screen ni

    ReplyDelete
  4. Hari ni masak rendang ayam jg..tanpa kerisik sbb kerisik dah lama..bau dh x sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh sama pulak..still sedap juga tu. Fza pun buat kerisik sendiri je kebetulan ada kelapa parut. Nak beli takut tak terguna pulak nanti.

      Delete
  5. Ha'ak xpernah buat lagi... nampak nya Raya Kali nih kena belajar buat sendiri lah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Kena belajar masak rendang boleh masak raya nanti :)

      Delete
  6. Masakan rendang memang sentiasa menggamit selera. Paling best bila proses memasak tu, kerisek, daun kunyit dan segala bahan bersatu menghasilkan aroma yang sukar diungkapkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada semua tu lengkap barulah lengkap rasanya kan kak amie.

      Delete
  7. sedapnya, mesti semerbak dah ada daun kunyit tuh kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..aroma dia tak boleh nak tahan. sabar sabar.

      Delete
  8. sedapnya rendang...akak dan anak2 pun suka rendang...aishhh...terliur pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah menjadi rendannya kak. bolehlah masak berbuka nanti :)

      Delete
  9. daun puding tu macamanooo rupa dia ekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun puding macam daun biasa.warna dia purple dan bila masak warna dia akan jadi hitam

      Delete
  10. nampak sedap bila tgk time lapar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. time lapar semua nampak sedap. tapi rendang ni memang sedap. eh, puji diri sendiri pulak.

      Delete
  11. start esok, aida dah start masak menu raya, fiza.
    permintaan asben. byk dah permintaan dia :)
    lagipun, first time kot aida masak rendang sendiri hi hi hi hi...
    tu yg kena prepare awal. kalau pagi raya baru buat, tak jadik???!! haruuuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira mood raya awal ni kan. selamat merendang nanti. ye kena masak awal tu baru sedap makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.