Rendang Ayam Malam Terakhir Ramadhan

Saturday, May 23, 2020

Fuhhh..hari terakhir ramadhan, berbuka puasa rendang lah kita ye. Lauk ayam rendang 3 kali Fiza masak dalam sebulan berpuasa ni. Tahniah Puan Fiza. Tak sesia belajar masak rendang, bila raya dalam masa PKP ni at least boleh masak rendang sendiri. 

Masak rendang ayam lambat sikit lebih kurang pukul 5:30 petang macam tu disebabkan menyiapkan tempahan kad raya musical tu lah. Bila kau ambil order yang last minit tu, siapkan jugalah. Alang-alang tengah free kerja lain dah siap. Ambil juga lah. Cuma bila dah petang sangat atau malam memang tak dapat nak ambil dah. Mahap lah ye. Saya juga nak beraya buat persiapan macam orang lain juga.

Sudahnya pukul 8 lebih baru lah masak elok rendang ayam Fiza. Maka, berbuka dengan kurma dan air je lah. Lepas tu terus solat maghrib je. Biasalah kan hujung-hujung Ramadhan ni, sibuk mengalahkan beraya kat kampung je. Malam raya sedih betul dengar takbir raya, menusuk dalam jiwa pergi dia. Nak nangis boleh tak?


Kita hidangkanlah rendang ayam ni dengan pinggan mak. Fefeeling berada dekat kampung kononnya lah. Fiza masak rendang ayam johor style. Makan dengan nasi. Esok tak tahu lagi nak masak nasi impit ke pulut entah. Tengok dulu kerajinan dia tahap berapa.

Bila malam berdetam detum bunyi bunga api mercun. Meriam pun ado! Kat bandar ni ada juga ye? Betul-betul sakan. Kalau raya kat kampung Fiza, malam raya ni sibuk layan TV sambil menyembang. Kadang tak tengok pun TV lebih kepada menyembang. Iyelah kan, bila berkumpul lama tak sembang banyak nak diborakkan.

Tahun ni kita sembang guna phone je lah. Okaylah kan tak sembang banyak, tak de lah geng makcik pakcik bawang. Okay, jom tidur esok raya! 



11 comments

  1. Sini pun mercun berdentum. Buka puasa dengan rendang daging, sambal dan nasi impit.

    ReplyDelete
  2. enak sungguh nampaknya rendang tu. jangan nangis sis. kalau nak pun, meh sama2 kat bucu katil hehe. selamat Hari Raya maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  3. Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome

    ReplyDelete
  4. Terasa pedih jugalah hati kakak bila menjelang malam raya mengenang dua anak bujang sangkut di Malaya. Sudahlah yang abang tinggal seorang di rumah sewa, buka puasa tak berteman, hari raya esoknya bersendirian. Apa pun yang penting semuanya sihat, patuhi SOP sepanjang PKP.
    Kakak pun masak rendang juga, tapi rendang rusa.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya PKPB
    Maaf zahir batin ya!

    ReplyDelete
  6. beraya dgn apa yg boleh.. selagi boleh feel bagi la feel tu kan

    ReplyDelete
  7. sedapnya.. windu plak juadah raya. lusa i'll try cook. esok tak buleh sbb esok work from office. ;P

    ReplyDelete
  8. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Memang raya yang paling syahdu lah tahun nie.. lain macam dia punya feeling..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.