Photografiza, Food and Products Photography by FIZA

Saturday, May 23, 2020

Bismillahirrahmanirrahim...Setelah berfikir-fikir sampai terlebih masak, akhirnya Fiza buat juga account instagram baru untuk portfolio food/products photography by Fiza yang diberi nama PHOTOGRAFIZA. Gabungan Photography dan fiza, jadilah PHOTOGRAFIZA. Okaylah kot nama tu je. Harap tak berubah lah. Nampak kena dan lebih sesuai. Ringkas kalau nak dibandingkan dengan Photography by fiza tu.

Kena juga buat portfolio khas untuk photography sahaja. Bolehlah buat rujukan untuk customer tengok hasil kerja Fiza. Mulanya macam suka suka je untuk ambil gambar nampak cantik. Belajar dan terus belajar secara online sampailah rasa tahap yakin. Bila ada yang bertanya " ada service ambil gambar untuk product tak?" Fiza pun balaslah dengan yakin. Ada! 


Alhamdulillah...customer pertama Fiza berpuas hati dengan hasil gambar yang dah siap di edit. Lega bila customer berpuas hati. Kalau tidak, kenalah bagi jadi sampai puas hati. Sebenarnya nak ambil gambar ni kena bukan mudah ye. Angle kena betul, lighting tak on point boleh beri kesan gambar kurang menyerlah.

Sampai sakit pingganglah mencari angle yang sesuai tu. Nak styling props lagi. Banyak kerja tu. Siapa kata senang. Cuba buat sendiri, tengok camne. Masa mula belajar shoot untuk dapatkan sekeping gambar cantik pun susah. Kena ambil banyak shoot dan pilih. Kena struggle lagi dengan tangan jangan gegar, nanti gambar tak sharp pulak. Mujur ada tripod, penyelamat!

Bila dapat gambar lawa, kepuasan tu mengatasi kepenatan.. faham tak? Itu baru part ambil gambar, belum lagi proses editing. Ye, memang banyak keja. Tapi kalau kau orang tak ada masa, boleh upah Fiza untuk produk kau orang.

kalau kau orang ada jual produk tapi tak pandai atau tak ada idea nak shoot. Serahkan kepada Fiza, inshaAllah Fiza akan realisasikan gambar jadi lebih menarik. Nak jual produk, kualiti gambar kenalah elok juga sebagai tarikan dan juga lebih bagus untuk tujuan marketing. Betul tak? 

Kita boleh bincang tepi sampai jadi. Fiza akan bagi harga promo untuk yang terawal tempah slot okay. For now, tak mintak banyak cuma nak minta follow instagram @photografiza dan support Fiza boleh? Masa sign up tak boleh guna photografiza sebab dah tak available. Terpaksa guna photografizaa. Tapi tetap photografiza walaupun username terpaksa tambah 1 a lagi. Terima kasih in advance yang sudi follow dan support instagram @photografiza.

5 comments

  1. Semoga terus sukses..

    suka gmbar2 dlm blog ni..cantik!

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Hobi yang sangat bermanfaat, boleh dikomersialkan. Moga terus berjaya.

    ReplyDelete
  4. gila x puas hati? haha .. apapun mama mmg suka gambar2 fiza

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.