Persiapan Raya 2020 Tema 'Siap Tak Siap'

Friday, May 22, 2020

Persiapan raya 2020 | Eh macam tak percaya, sehari je lagi kita bakal meraikan hari raya Aidilfitri. Biasa sehari dua ni dah sibuk dengan persiapan raya dengan checklist raya masing-masing. Masa macam ni lah juga dah ramai balik kampung. Tapi raya tahun ni suasana sambut raya dan persiapan tu berbeza sungguh la kan

Apa cerita yang balik kampung semalam? Dengarnya ramai yang kena berpatah balik semula. Aduh kau orang pun. Jangan lah gigih sangat balik kampung tu buat masa ni. Duduk rumah sendiri diam-diam je boleh tak?

Hari ni hari untuk tengok anak bulan ye? Lepas tu kita dengar pengumuman pengistiharan Hari Raya Aidilfitri. Dulu-dulu suka betul tunggu pengumuman pengistiharan Hari Raya Aidilfitri ni. Berdebar-debar tunggu pengumuman raya macam tunggu result exam.

Habis je sebut raya hari apa, terus semua bersorok gembira yeay! esok raya! Seronok kan ramai-ramai berkumpul malam raya di kampung. Tahun ni kita kena redha beraya di mana jua asalkan semuanya selamat. Selamat itu dah cukup membahagiakan. Walaupun tak dapat balik beraya di kampung, hari raya wajib diraikan setelah sebulan berpuasa. Sedih macamana pun, sabar dan raikan lah raya walau di mana juga.

Tak balik kampung Mak...

Tak berapa nak kuat sangat juga bila fikirkan tak dapat beraya di kampung. Bila call, soalan yang mak akan tanya "balik kampung tak?". Susah tau nak menjawab dengan jawapan 'tak' tu. Rasa bersalah tak dapat balik kampung. Harap juga mak ayah kita di kampung sabar menanti anak-anak balik. Cepatlah virus Covid 19 berlalu pergi. Kita boleh jalani hidup normal macam sebelum ini. Rindu!

Jangan Kunjung Mengunjung!

Okay, berbalik kepada tajuk asal kita. Bila pertama kali beraya di rumah sendiri. Persiapan tu tak tahu nak siapkan apa sebenarnya. Memandangkan tak boleh kunjung-mengunjung raya kali ni. No tetamu okay! Kita sabar dulu nak datang raya rumah orang pun. Termasuklah keluarga sendiri. 

Bahaya weii, ada dengar tak yang kes keluarga berbuka beramai-ramai tu, hampir semua yang berkumpul terpalit kena virus Covid. Tak pasal-pasal orang lain juga terkena. Yang menyebarkan pun mesti rasa bersalah. Tak naklah jadi macam tu kan. Mana yang boleh kita elakkan tu, elakkan lah ye. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Tak kan masih tak ingat lagi ayat klise. Ke buat-buat lupa?

Persiapan Baju Raya

Kita yang duduk rumah diam-diam ni buatlah persiapan raya apa yang perlu. Baju raya pun dah selamat sampai. Pre-Order bulan March haritu, minggu ni baru sampai. Tahun ni kononnya nak raya sakan lah kan. Sampai order 3 pasang! Bukan nak sakan sangat pun, sebab harga promo masa tu. Kira murah lagi lah kot sepasang bawah RM150. Alang-alang ada rezeki lebih, belilah 3 dan bayar deposit untuk lock order. Bila dah PKP ni, pakai sepasang je la kot 1 Syawal nanti.


Sebabnya juga, Fiza pernah beli di tempat yang sama dan tahu kualiti dia macam mana. Suka dengan kualiti dan service dari owner dia. Pre-order dan kena tunggu stok dari Indonesia pun takpe sanggup tunggu. Lagipun tengok harga-harga baju raya sekarang bukan main bangsawan lagi harga dia. Apa hal baju kurung plain pun dah RM200 lebih kan. Ada juga baju raya harga lain, kain pulak harga lain. Trend terkini mungkin.

Iye, kita kurang bajet ni memang kena berkira-kira bab bajet. Fikir berbaloi ke tidak dengan harga. Kalau harga sepasang baju boleh dapat RM1++, kenapa nak beli sepasang yang RM3++ kan. Boleh dapat 2 pasang kot kan. Ikutlah masing-masing punya bajet.

Tudung dah siap-siap beli juga bulan march haritu. Kasut dan handbag tak perlu kot. Bukan nak berjalan raya pun. Baju husband pun pakai mana yang matching je, husband kata. Lelaki biasalah tak beria macam perempuan. Mengaku je lah kan. heh! Tema warna apa? Tunggu raya nanti ye. Tak surprise lah reveal sekarang.

Kuih Raya

Kebiasaanya Fiza akan buat kuih raya untuk bawa balik kampung. Kuih raya untuk rumah sendiri tak ada sangat sebab tak berapa nak ada kat rumah sangat pun bila raya ni. So, tak ada tetamu datang. Kalau datang pun jamu makan makanan berat-berat macam goreng mee ke, bihun ke. 

Bila tahun ni 'no tetamu'. Jadi, tak payah lah buat kuih raya. Buat macam-macam nanti sapa nak makan pulak. Jenuh laki bini nak habiskan makanan. Tak perlu membazir melainkan terlebih rajin nak membuat kuih raya. Mak mertua pun dah bagi kudapan kuih raya legend. Rempeyek dan kuih gunting.


Nak buat kek pun macam kurang mood. Mana taknya, mencari cream cheese pun susah sekarang. Borong sakan masing-masing ye. Sudahnya nak makan kek, beli kek sebiji Secret Recipe. Ha ambik! Sepotong sehari boleh makan. Puas hati den!

Rumah Raya

Ikutkan nak cat rumah nak cat warna putih je tapi bajet tak ada. Hold dulu. Kemas apa yang patut je lah. Satu apa pun tak bertukar baru. Takpe, raya bukan terletak pada sesuatu yang baru kan. Kita raikan dengan penuh kesyukuran dan gembira. Pujuklah hati sendiri walau macamana sekalipun okay!

Duit Raya

Nampaknya pendapatan kanak-kanak tahun ni bakal terjejas sebab tak boleh dapat banyak duit raya. Tahun ni Fiza pun tak spend untuk duit raya sebab kekurangan bajet. Sejak PKP ni, banyak benda yang perlu kita fikirkan bila pendapatan kita juga terjejas. Bertabahlah...Semoga dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aamiin...

Kesimpulan

Panjang eh karangan hari ni. Macam buat kerja sekolah penulisan Bahasa Melayu dah. Persiapan raya 2020 tahun ni berbeza 360° jika nak dibandingkan dengan raya-raya sebelum yang normal. Memang berbeza sekali sambutan dan persiapan raya dalam new normal ni. Persiapan raya siap tak siap pun tak ada masalah. Kita sambut dengan hati yang gembira okay! 

Siap sedialah ber video call di pagi raya. Tips raya tahun ni, silalah beraya di rumah masing-masing ye. Ada hikmahnya tu, tahun lepas kecoh dengan anak-anak tetamu datang beraya sampai pecah TV, ikan dalam aquarium mati dan bermacam kes ada kan. Tahun ni tak payah risau, kejadian macam tu tidak akan terjadi. By the way, dah bayar zakat ke belum?

Jumaat terakhir Ramadhan...






15 comments

  1. Stay safe kak <3 Apapun, kita doakan semoga Covid ini akan cepat hilang. Selamat hari raya kak.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2020/04/ebook-review-eblys-by-fatinilam-sari.html

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Memang tak sabar dengar pengumuman raya walaupun tahu bila. Hehe.
    Oklah tu ada baju raya 3 pasang. Saya tak teruja, takde langsung.

    ReplyDelete
  4. Beraya secara sederhana.. Nasib baik umah mak dekat je.. Leh la blk beraya dengan dorang.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. antara semua persiapan tu...rietta tertarik pada "pendapatan kanak kanak" hehehe....rietta pun sama...cuma siapkan apa yang perlu dan mampu sahaja...

    ReplyDelete
  6. selamat menyambut raya pkp buat fizah hehe. samalah, Qekra pun tak balik kampung.

    ReplyDelete
  7. Dunia mulai lagi dengan new normal, termasuk untuk hari raya. No tetamu ya... biar kita semua berhasil memutus rantai covid19.

    Smg pandemi ini segera berakhir. Sudah lelah di rumah terus :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bohong nih si Abang, lelah ngapain memangnya? memangnya Bang day masak di rumah? hahaha

      Delete
  8. Moga Kita terus tabah lah hadapi ujian ini. Persiapan Raya part makanan sedia jgk..
    Tapi habuan mkn sndiri2 ja. Semua Beli kihkihkih

    ReplyDelete
  9. Beraya di rumah je tahun ni, mungkin adik beradik yg dtg bertandang sbb mak ada di sini..

    Walau pkpb, hari raya wajib diraikan dgn gembira...tapi sedih gak tak dpt blk kpg..

    ReplyDelete
  10. i agree, jangan kunjung mengunjung dahulu.....ikut anjuran pemerintah

    ReplyDelete
  11. pssss sila share la beli baju tu kat mana.. macam menarik je.. hehehe.. masih ramai lagi yang degil dok nk balik kg..pastu padan muka kne patah balik heheh

    ReplyDelete
  12. Raya normal baharu kita kali ini.
    Mungkin sekali seumur hidup kita.

    ReplyDelete
  13. Waahh di sana ada rempeyek juga? tapi agak beda sepertinya dengan di sini :)

    Kamipun tidak ke mana-mana, bahkan menutup pintu rumah, saya tidak mau ambil resiko anak-anak tertular setelah berbulan-bulan kami di rumah saja :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.