Home

Lauk-Pauk Ringkas Berbuka Bila Tak Tahu Nak Masak Apa

Friday, May 01, 2020

Lauk-Pauk Ringkas Berbuka Bila Tak Tahu Nak Masak Apa | Pass baton dekat ikan pulak. Menu berbuka 5 Ramadhan paling ringkas lah kot setakat ini sebab tak tahu nak masak apa. Buntu tetiba! Baru hari kelima berpuasa dah pening memikirkan menu berbuka puasa. Tanya kat husband masak ikan goreng je okay tak? Lepas tu masak sayur kobis kicap, rebus telur masin makan dengan sambal gesek. Husband kata OK je. Bila permohonan dah diluluskan baru senang hati nak memasaknya.



Ikan goreng tu wajib goreng garing baru sedap nak makan dengan sambal gesek dan nasi panas nanti. Ikan goreng kalau buat ikan goreng celup tepung pun sedap. Tapi disebabkan nak cepat masak, kita lumur dengan garam dan serbuk kunyit je lah. Sayur kobis pun mudah je tumis bawang putih, bawang merah dan ikan bilis. Masuk kobis, garam sikit dan curah kicap sikit siap dah. 

Rebus telur masin 2 biji sebab teringin nak makan telur masin yang warna kuning idaman ramai tu. Teringat pulak dulu masa kecik dok makan telur kuning je. Telur putih masin tu mak yang kena habiskan. Aduhaii, teringat pulak mak abah kat kampung tu. Syahdu rasanya tak dapat balik kampung.

Orang Johor dan nismilan ni bila bergabung mesti kena podeh. Tu yang siap-siap buat stok sambal gesek. Kang tak lalu makan payah pulak kan. Biar makan sambil menangis sebab pedas dari tak lalu makan. Kemain sangat kan dia punya ayat. Orang suka pedas memang macam tu lah dia. 


16 comments

  1. Tengok ikan goreng tu pun dah lapar Fiza :D Garing elok, sedap tu.

    ReplyDelete
  2. Kalu dah tak tau nak masak apa, ikan goreng pun sodap! Lagilah makan bertambah-tambah hehehe

    ReplyDelete
  3. Aku jadi kebayang masak ikan goreng terus ditambahkan kuah cabe dan timat hijau .. , ehhmmm sedap nian itu, kak.
    Cobain deh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa mencuba, boleh makan sedap-sedap. asik.

      Delete
  4. Sedap nihh makanannye, saya tertarik tuk coba coba buat hhi.. Terima kasih resep nya

    ReplyDelete
  5. Ikan goreng garing cicah sambal mmg layan..ada sayur kobis kicap..fuhh..sedap..

    ReplyDelete
  6. haha sama la..dulu suka betul telur masin yang kuning tu, yang putih bapak habiskan...sekarang da besar, makan dua2 sekali...

    ReplyDelete
  7. telur masin antara yang wajib ada untuk bersahur atau bebruka..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.