Kerang Pucuk Paku Goreng Pedas

Sunday, May 17, 2020

Setahun boleh dikira berapa kali makan kerang. Ada lah dalam 2-3 kali macam tu kot. Kerang ni dah boleh masuk kategori barng dapur mahal. Seingat Fiza last beli kerang 1 kilogram harga dia RM5-RM6 macam tu. Petang tadi husband beli kerang RM12 sekilo kauuu

Dalam list barang yang nak dibeli tu Fiza siap-siap letak kerang, siput dalam kurungan kalau ada. Kebetulan ada, tu yang husband beli tu sebab dah lama betul tak makan kerang. Rasa dah berapa kalai dah listkan kerang, baru harini lah dapat merasa makan kerang pun.

Kerang pun susah nau walaupun hari biasa, pkp dan juga bulan puasa. Mungkin kurang stok sebab tu cepat habis lah kot. Kita ni yang dah reda orang tak ramai baru nak terjah memang tak ada apa sangat lah yang tinggal. Syukur lah dapat juga kerang yang dalam lama dok idamkan ni ha.

Dah dapat kerangnya, terpinga-pinga pulak tak tahu nak masak apa. Kau dah kenapa Fiza oiii..Beria nak beli kerang tapi tak tahu nak masak apa! Dia macam ni, macam tak yakin lagi dapat beli kerang. Itu yang tak tahu nak fikir nak masak apa. 

Selain udang, husband beli sayur pucuk paku, pucuk ubi dan kankung. Ada pucuk paku, ingatkan nak masak kerabu kerang pucuk paku. Tapi disebabkan husband bukan jenis suka makan kerabu. So kena masak kerang pucuk paku goreng pedas.

Kerang Pucuk Paku Goreng Pedas

Nak tanya, macamana cara siang pucuk paku yang sebenarnya? Yang Fiza tahu, ambil daun dan bahagian batang yang lembut. Yang keras tu sila buang ye. Siapa pulak nak makan keras-keras tu. Biasanya petik bahagian daun daripada batang dan baru lah patah-patahkan batang dia.

Kalau google kerang pucuk paku banyak resepi pucuk paku kerabu kerang atau resepi kerang pucuk paku. Entah kerang dulu entah pucuk paku yang kena letak dulu untuk nama resepi ni. Selain tu sedap juga dimasak lemak cili api kerang pucuk paku.

Semalam dah masak lemak, tak kan nak berlemak lagi kan. Goreng berlada je sudah. Senang satu lauk je untuk kami berdua berbuka nanti. Tapi...yang lecehnya tu nak mengopek kerang tu. Tapi kalau dah kopek, senang kerja nak makan lagi. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian okay.

BAHAN-BAHAN

1kg kerang
seikat pucuk paku
cili api (ikut tahap kepedasan sendiri)*
3 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai
3 sb besar minyak masak untuk menumis
1/4 air 
1/2 sk garam


CARA MASAK PUCUK PAKU KERANG GORENG PEDAS

Rendam kerang dengan air garam. Bilas bersih. Boleh juga cuci dengan serai. Dah basuh bersih masukkan dalam kuali/periuk tanpa air ye. Letak serai 1 batang (diketuk dulu serai tu). Tutup kuali/periuk dan masak kerang gunakan api sederhana je. Biarkan kerang masak. Tanda kerang dah masak, kulit kerang terbuka. Tapi tak semualah terbuka, ada yang tak terbuka tapi dah masak. Kalau banyak dah terbuka tu kira dah masak dah lah tu.

Kerang dah masak, silalah kopek awal-awal ye senang nak makan nanti. Lagi satu tips, lepas masak tu rendam dalam bekas yang diisi dengan air batu. Senang nak mengopek kerang tu dan kerang tak kecut. Elok fresh je mereka semua.

Okay, settle bab kerang Beralih ke pucuk paku pulak. Pucuk paku yang dah siang tu rendam dengan air garam dan toskan. Gunakan kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda *. Nak sedap, tumbuk guna lesung je. Tumbuk kasar tak perlu lumat sangat pun takpe.

Tumis lah bahan tu sampai naik bau dan garing sikit baru masukkan pucuk paku. Kacau rata kejap bagi layu sikit lepas tu masukkan kerang. Letak garam dan tambah air. Kacau lagi sampai semua mesra bersama. Siap! Sangat menyelerakan dengan rasa pedas dan kerangupan pucuk paku tu. 

Sebenarnya lama juga tak makan pucuk paku. Kebetulan dua-dua dapat beli. Rezeki Fiza lah harini dapat makan apa yang dah lama tak dapat makan. Alhamdulillah..dah makan, jangan nak terbayang-bayang lagi dah.



20 comments

  1. Kerang memang mahal. Ada kecil-kecil je.
    Samalah jarang makan. Bulan puasa buat laksa lemak guna kerang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecil kecil lagi tak puas makan kan kak..takpelah, janji merasa cukuplah. laksa lemak guna kerang, unik menu tu.

      Delete
  2. nak bisik satu rahsia, aida x pernah masak pucuk paku hu hu hu hu :)
    nak makan, nanti-nanti balik umah mak.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah sedap
    selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  4. makanan klasik pucuk paku ni. Sedapnya lahai.. ^^

    ReplyDelete
  5. sedapnya. especially sebab ada kerang. karang nampak besar2 ye. sini payah nak cari kerang lagi la musim PKP,PKPB ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Ada kerang tu buat dia jadi lagi sedap. tak besar sangat kerangnya, sederhana je. mungkin gambar closeup nampak kerang tu besar kot. Memang susah nak dapat.ini kira rezeki jugalah dapat kerang.

      Delete
  6. Wooooo... sedapnya!
    Tahun lepas sewaktu cuti balik Malaya, harga kerang sudah RM9 satu kg!
    Mahalnya...dah naik RM12 pulak. Sama dengan harga siput sedut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesetengah tempat ada sampai RM15 kak. level up betul kerang ni. siput pun tak tahu berapa harga sebab tak jumpa lagi. teringin masak siput sedut juga ni.

      Delete
  7. Terliur baca ni pagi2. Lama x makan kerang. Thanx share resepi.

    ReplyDelete
  8. ok.. ini sangat sedap dan gambar dia pun ya allah menggoda betul haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap ada rezeki akak dapat kerang dan pucuk paku juga. boleh masak macam ni nanti.

      Delete
  9. Masha Allah, mama saya sering masak kayak gini, pucuk paku dengan kerang yang hidup di bakau.
    Kerangnya masih segar, pucuk pakunya juga gendut-gendut, duh sedapnya.
    Apalagi bumbunya sederhana, pedas tapi enak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kakak? enak sekali bukan..tapi kerang dan pucuk paku susah nak dapat. tak dapat makan selalu.

      Delete
  10. dua hari lepas baru makan kerang rebus...housemate la bersemangat nak berbuka makan kerang...besar2 kerang sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerang rebus je pun sedap tu. dapat kerang besar lagilah puas hati makan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.