Kad Raya Digital 2020

Saturday, May 16, 2020

Dulu-dulu suka betul bagi kad raya kat kawan-kawan. Lepas tu kumpul kad raya yang mana dapat buat gantung kat ruang tamu bila tiba hari raya. Mulalah dok lawan dengan kakak siapa dapat kad raya paling banyak. Nostalgia betul bila ingat balik. Tapi selalunya Fiza lah menang. haha..Nak jugak claim pemenang.

Zaman sekarang tak ada dah trend macam tu. Apa barang gantung gantung kad raya. Sekarang dah zaman kad raya digital. Tapi tak lah pupus terus bagi kad raya fizikal tu. Masih ada yang suka kirimkan kad raya. Last Fiza bagi kad raya tahun 2013-2014 macam tu lah. Design sendiri dan printin hantar kedai. 

Bagi kat kawan-kawan mana dapat bagi tu. Almaklumlah bajet ciput..Seronok bagi kad raya kat orang. Dia macam ada sentimental value sikit. Pulak tu kad raya limited edition acah-acah kad raya dari artis kononnya. Okay lah kan sesekali nak feeling. Bukan bajet artis pun cuma saja nak kelainan design kad raya. 

Setiap tahun Fiza ambil juga tempahan kad raya digital. Biasanya dari regular customer yang order setiap tahun. Tahun ni tak dapat teruskan tempahan sampul duit raya disebabkan PKP, kedai pun jauh dan tak tahu bukak ke tidak. Allah gantikan dengan rezeki tempahan kad raya digital. Alhamdulillah, dapat juga lah beberapa tempahan digital kad raya.



Tapikan, kad raya digital 2020 tahun ni ada kelainan sikit Fiza buat. Ada musical! Menarik tak? Boleh request nak letak lagu raya apa. Ala-ala dapat kad raya ada lagu tapi kad raya digital musical ni boleh letak apa-apa jenis lagu tapi bukan macam ringtone dalam kad raya music tu lah. Kemain suka dulu kalau dapat kad raya ada music. Kad raya mahal tu, bukan biasa-biasa okay. Dapat dari boyfriend lagilah berbunga-bunga dalam hati ada taman.


Nak tengok macamana rupa kad digital musical tu, kau orang boleh tengok kat bawah ni. Tekan lah button play tu. Kalau tidak mana mahunya bunyi. Alang-alang promote ni, follow sekali instagram untuk segala artwork Fiza @azhafizahgraphic. Terima kasih kau orang semua. Sayang ketat-ketat. Eh, lama tak dengar ayat tu.


Terima kasih customer yang masih sudi tempah design dengan Fiza. 

25 comments

  1. alamak tak boleh nak tekan play, dia keluar button Pinterest kat button tu..haha

    ReplyDelete
  2. Cm tulah gaya nymmkite buat kad digital je..heheh..tp klu kad sampul surat tu legend sgt rasa. Hari2 tgu org pos kad raya

    ReplyDelete
  3. Sekarang nak cari kad raya pun dah takde jual agaknye

    ReplyDelete
  4. Jarang ni orang buat kad raya digital.
    Hehe saya dulu buat kad raya pakai kertas lukisan. Seronok juga curahkan kreativiti. Selalu lukis gambar ketupat dan ucapan selamat hari raya. Mudah je. Sampul surat pun buat sendiri.
    Ek teringat nostalgia ni tetiba rindu nak buat balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang banyak dah digital kak NA. buat guna kertas lukisan tu nostalgia jugak tu. ketupat tu wajib ada baru nampak raya gitu. hihi..kembalikan nostalgia pun seronok

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah..anugerah Allah bagi. Terima kasih Ray

      Delete
  6. waaaaaaa nice sangat kad digital ni fiza..

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya Fiza.
    dah nak rayaaaaa dah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak..kejap je nak raya dah..selamat hari raya :)

      Delete
  8. Dlu2 seronok dpt kad raya.. Berbalas2 tp beza skarang smua e-card raya tp thn ni dpt kadraya dr ankbuah.. Seronok sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sangat berbeza. dah tengok kadnya tu..kreatif kad rayanya.

      Delete
  9. nikmat nyer dgr kad raya gitu.
    nostalgia :)
    sedih la plak fiza. tak dpt balik kampung hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best letak lagu..terasa rayanya tu. ye kak, sedih betul tahun ni tak dapat balik beraya di kampung

      Delete
  10. pandai betul fiza buat design cantik2 dan berseni. gambar2 pun semua lawa2 suka mama tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...anugerah pinjaman Allah. Terima kasih kak

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.