Ikan Mambong Masak Lemak Cili Api Campur Kacang Panjang

Thursday, May 21, 2020

Kacang panjang ada sikit dalam peti ais. Lepas tu berfikirlah depan peti ais tu nak masak apa dengan kacang panjang tu. Fikir punya fikir dapatlah idea buat menu ikan masak lemak cili api campur kacang panjang. Nak masak ikan masak asam (baca : masak singgang) husband kurang gemar pulak.

Lagipun macam tak sesuai nak dicampurkan dengan kacang panjang. Lainlah kalau ada ubi keladi ke ubi kayu ke sedap juga campur kalau masak asam. Stok ikan cuma ada ikan cencaru dengan ikan mambong je.  So ikan mambong lah lebih sesuai untuk dilemak cili api kan bersama kacang panjang tu.

Asyik ayam je, tukar menu ikan pulak. Kena juga habiskan stok-stok barang basah yang dah lama tak masak. Nanti lagi lama simpan, kurang sedap rasanya nanti. Kacang panjang pun dah menunjukkan tanda-tanda nak layu tu. Sedang elok lah masak kacang panjang yang masih okay lagitu.

Dia kalau masak ikan kembung lagi sedap. Tapi si kembung payah benar nak jumpa pun. Harga pun dah mahal sekarang kan. Selalu jumpa ikan mambong, ikan selar je la yang lebih kurang spesis dia. Beli stok ikan haritu pun ikan dia macam tak berapa nak fresh dan kurang okay.

Eloklah sekiranya kita habiskan dulu stok mana yang patut dihabiskan sebelum tak elok. Peti ais dah kosong nanti boleh topup dengan stok baru kan. Selagi tak kosong peti ais, kita bertahan beli barang dapur. Setakat ni seminggu sekali je husband keluar beli barang. Masak style johor ke style negeri sembilan entah. Lebih kurang serupa lah kot kan.

Ikan Mambong Masak Lemak Cili Api Campur Kacang Panjang

Bahan-bahan

Ikan mambong/kembung/selar/tongkol (cadangan ikan yang sesuai untuk masak lemak cili api)
2 inci kunyit hidup
1 genggam cili api
1 keping asam keping
1/2 sk garam
1 kotak santan
air secukupnya
Kacang panjang (patah-patah kan je)

CARA MASAK IKAN MASAK CILI API CAMPUR KACANG PANJANG

Blend cili api dan kunyit hidup. Masukkan bahan blend dan semua bahan lain dalam periuk. Biarkan masak sambil kacau-kacau kuah untuk elakkan santan pecah minyak. Last sekali baru letakkan kacang panjang dan biarkan masak kejap.

Kalau nak kuah pekat jangan tambah air banyak sangat ye melainkan memang nak kuah lebih dan tak nak pekat. Mudah je kan style masak lemak cili api ni. Resepi ikan masak lemak cili api dengan belimbing buluh lagi lah sedap ganti asam keping tu. Pada Fiza, ikan tongkol paling sedap kot masak lemak cili api campur kacang panjang ni.

Menu macam ni mudah sangat nak masak dan sedap. Sekali campur sampur tu lebih menjimatkan tenaga dan bahan masak tak perlu masak menu sayur lain. 


10 comments

  1. Sedapnya masakan sis Fiza . betul cakap sis fiza , habiskan dulu stok mana yang ada dalam peti sejuk baru beli tambah stok baru . Tak berlaku pbaziran kan

    ReplyDelete
  2. memang dia punya regu tuh la masak lemak gini, laki akak pun kalau suruh masak lemak gaya pantai timur mmg ini lah gayanya selain boh timun

    ReplyDelete
  3. Menu kegemaran ni. Kalau saya cukup dah ni buat lauk makan nasi. Ada rasa lemak, pedas, protein dan sayur.

    ReplyDelete
  4. kami pun kalau masak cili api memang letak kacang panjang.. sedap

    ReplyDelete
  5. Beberapa hari lepas dah masak lemak, pun letak kacang panjang.

    ReplyDelete
  6. seronok masak kalau ada yang makn, rumah un banyak ayam je.. ikan anak2 tak berapa makan kecuali siapa .. mak teringin tapi takat sorang nak makan malas nak buat

    ReplyDelete
  7. ooo ikan mambong pun sedap ek buat masak lemak cili api..nanti boleh try lerr

    ReplyDelete
  8. Setuju. Masak macam ni dah x perlu fikir nak masak sayur pulak

    ReplyDelete
  9. Sedapnya masak lemak cili api. Dah ada sayur kat dalam tu tak perlu nak fikir goreng sayur lagi daaa .

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.