Hadiah Dari Blogger Anum

Thursday, May 21, 2020

Tin! tin! Bunyi yang macam familiar je. Hon abang pos laju! Ingatkan rumah jiran, rupanya rumah sendiri. Seingat Fiza tak ada membeli barang apa-apa. Husband lah yang kena ambil. Senang bila ada husband kat rumah, kita tak perlu nak kalut bersiap nak keluar tu. Datang abang pos laju yang hangin, dia punya tin tin gaya macam orang nak cari gaduh selagi kita tak keluar.

Kita dahlah jenis kalut nak capai tudung nak capai cardigan. Lagilah dapat surprise parcel macam ni tak ready nak siapkan tudung siap-siap. Dalam pada tunggu husband keluar ambil parcel tu, tertanya-tanya jugalah barang apa. Tak sabar nak bukak. Terima parcel di tangan terus tengok siapa pengirim. Lahhh...blogger anum rupanya. Tapi barang apakah?


Selepas parcel dibuka, inilah segala apa yang ada dalam bungkusan parcel tu. Macam-macam ada. Ada tumbler, glass bottle, sheet mask, minyak gamat, fridge magnet dan tak lupa nota comel tu. Lepas post kat media sosial tanya anum. Baru lah tahu hadiah Giveaway. Tapi bila masa menang? Hilang ingatan kejap!

Rezeki dapat semua hadiah dari blogger Anum. Dah banyak kali juga dapat sourvenir dari Anum. Semoga dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aamiin...Terima kasih banyak-banyak Anum. Orang memberi kita merasa. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. 


18 comments

  1. Alhamdulillah. Rezeki tak sangka kan? Orang yang beri tu tak bagitau kan?

    ReplyDelete
  2. ala rindunyer... akak dah lama juga tak rajin tulis blog. rindu zaman rajin dan ramai kawan2 yang rajin selalu dapat hadiah dari kawan blogger lain...

    ReplyDelete
  3. Aloooo comelnyaaa hadiah dia. 😍😍

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadan, menjelang Syawal..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki tumpang seronok

    ReplyDelete
  6. waaaa alhamdulillah, rezeki...

    tu la, posmen ni kena faham kita pompuan ni ambil masa jugak nak keluar rumah ambil parcel tu...kena bersabar..haha

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Sampai 2 tumbler. Rezeki blogging kan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan :)

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2020/04/ebook-review-eblys-by-fatinilam-sari.html

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah
    rezeki.
    Semoga murah rezeki yang memberi.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah 😊 Tahniah murah rezeki..

    Jemput join segmen 👇 kalau belum ya 😊
    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Wah,cantiknya hadiah semua.. Tahniah Fizah! Anda memang bertuah! Rezeki Ramadhan tu.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah rezeki Fiza .. aloli comel sungguh hadiah2 tu ..

    ReplyDelete
  13. best hadiahnya. Alhamdulilah, rezeki

    ReplyDelete
  14. Sama juga dengan saya.
    Paling tidak suka ada tukang pos atau paket datang, sibuk cari penutup kepala dan pakai cardigan dan celana panjang hehehe.

    Untung sekarang ada anak saya, dia yang kebagian mengambil paket :)

    Alhamdulillah ya, dapat rezeki dari sesama blogger :)

    ReplyDelete
  15. wah bestnya murah rezeki fiza.. tahniah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.