Cuti Masak Sehari, Berbuka KFC Snack Plate

Friday, May 22, 2020

Cuti masak sehari? Tak ada la totally cuti masak pun. Cuma tak masak untuk berbuka je! Semalam husband keluar ada urusan. Balik dalam pukul 5 petang macam tu. Nampak keluar dari kereta dengan beg plastik putih dan bau dia menusuk ke hidung. Bau ayam! Tak cakap apa, tersenyum sambil bertentang mata berjalan masuk dalam rumah.

Bila senyum tu tandanya harini tak payah beria nak masuk office oil and gas tu (baca : dapur). Maka, diistiharkan cuti masak sehari. Cuti lah sangat kan. Tetap kena masak nasi juga. Tapi tak masak lauk lah. Makan je dengan ayam KFC buat lauk. Lama tak makan ayam KFC sejak PKP. Itu yang husband beli tu. Dia pun sama teringin sebenarnya. 

KFC Snack Plate

Berulang kali tanya husband "betul tak payah masak ni?" Betul, katanya. Isteri tak puas hati tu dok tanya berulang kali. Bukan apa, kalau nak masak kena bagitau senang nak plan masak apa. Kalau nak masak ayam ikan ke kena lah defrost dulu. Mujur juga boleh defrost guna microwave je. Tapi ambil masa untuk masak juga. Kot kalau request rendang ke, kena lagi awal masak.

Bila dah kata tak payah masak, kita pun bersenang lenang lah tinggal masak nasi dan buat air je. Agak lama juga tak makan ayam KFC ni. Favourite KFC menu, KFC snack plate lah sejak zaman berzaman. Zaman dulu murah lagi KFC snack plate ni RM8.++  macam tu. Sekarang dah RM15.++ tau!

Sebelum PKP pernah beli beberapa kali. Beberapa kali tu jugalah dapat ayam KFC yang bersaiz kecil. Ingatkan Fiza je dapat camtu. Rupanya kebanyakkan tempat pun macam tu. Saiz tak setaraf dengan harga. Konon lepas tu taknak beli dah. Lebih berbaloi makan ayam goreng lain. 

Tapi tak boleh dinafikan lah kot ayam KFC ni sedap. Sebab tu bertahan sampai sekarang. Apakah resepi rahsia KFC yang sedap tu? Kalau teringin tu, teringin juga kan. Cuma kecewa bab saiz ayam goreng tu yang sebelum ni. Alhamdulillah kali ni dapat saiz ayam kira besar jugalah. Boleh kira macam barulah berbaloi dengan harganya.

Antara coleslaw dan mashed potato, kau orang lebih suka yang mana? Fiza pilih coleslaw sebab rasa coleslaw dia sedap. Buat sendiri tak pernah jadi rasa macam tu. Aduhaiii...sambil menaip tiba-tiba rasa macam terliur pulak. Marilah kita stop kan entri supaya tak bertambah kecur lagi. Ampun!


5 comments

  1. Sepanjang puasa ni teringin je nak makan KFC. Tapi asyik penuh je KFC kalau petang. Suami la asyik duk bunyi teringin nak makan KFC. Sampai dengan i sekali terasa nak makan. Hahaha..

    ReplyDelete
  2. dah lama saya tak makan kfc. bila tengok post ni, terus terasa nak makan. hihi

    ReplyDelete
  3. hahahahahahaha office oil and gas :D
    Akhirnya bisa cuti masuk office oil and gas ya :D

    Saya sudah lama tidak makan ayam KFC, yang dekat rumah saya cuma McD, jadinya lebih sering makan ayam McD :)

    Kalau goreng ayam macam KFC saya tentu saja tidak bisa, goreng ayam biasa saja kadang jadi kering hahaha :)

    ReplyDelete
  4. sedapnya. lama mama tak makan kfc tingin la plak

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.