5 Aneka Masakan Sotong Yang Sedap

Monday, May 11, 2020

5 Aneka Masakan Sotong Yang Mudah | Suka makan sotong tak? Biasanya kalau ada stok sotong tu kau orang masak apa je? Masakan sotong yang paling popular digemari ramai tak lain tak bukan sambal sotong. Sambal sotong ni kalau makan dengan nasi lemak memang tak pandang kiri kanan bila makan. Bak kata orang 'mak mertua lalu pun tak perasan!'.

Sambal sotong ni ada orang suka sambal sotong berkuah dan ada yang suka sambal pekat. Fiza suka jenis pekat sikit dan tak tambah air sebab sotong tu akan keluarkan air bila memasak tu. Selain sambal sotong, sotong celup tepung pun favourite juga tu. Cuma jarang masak sebab kalau masak sotong celup tepung kena makan panas-panas baru sedap. Kalau dah sejuk, sotong akan jadi liat dan kurang sedap lah.

Antara masakan sotong yang Fiza biasa masak sambal sotong dan sotong masak kunyit. Selain tu ada juga masak sotong sumbat, sotong telur masin dan sotong petai. Jenis yang suka kicap tu mesti akan masak sotong masak kicap. Betul tak? Penggemar makanan Thailand mesti cuba masak sotong paprik
atau sotong ala thai. Pun sedap juga kan.

5 Aneka Masakan Sotong Yang Mudah

1. Sambal Sotong



Bahan-bahan
Sotong yang telah dibersihkan dan dipotong bulat
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
garam secukup rasa
gula perang 1 sudu
1 sudu kicap
3 sudu minyak menumis
1 keping asam keping

Cara Masak
Tumbuk kasar atau kisar kasar 1 biji labu bawang besar, 2 ulas bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi. Dah naik bau, baru masukkan cili kisar dan sos cili. Gaul rata dan biarkan garing barulah masukkan sotong. Gaul rata lagi baru masukkan garam, kicap, gula perang dan asam keping. Bila hampir masak baru masukkan hirisan bawang besar yang 1 biji lagi tu dan biarkan layu sikit.  Masak sotong ni tak perlu tambah air ye sebab sotong tu akan keluarkan air.

* kalau suka petai boleh tambah petai jadi sambal sotong petai.


Bahan-bahan sumbat
( Bahan-bahan sumbat ni bergantung berapa banyak sotong)
Udang
Daun Sup
Bawang putih
Bawang Merah
1 sudu blackpepper
Telur
Lada sulah
Cili besar

Cara masak bahan sumbat
1. Udang, daun sup, bawang putih, bawang merah da cili merah dipotong kecil-kecil dan satukan bersama blackpepper dan lada sulah sebagai perasa dalam satu mangkuk.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk yang sama kemudian kacau.
3. Kalau untuk diet : gunakan kuali non stick tanpa minyak dan buat macam telur hancur.
Atau boleh gunakan 1 sudu minyak zaitun untuk buat telur hancur.
4. Dah masak telur hancur, ketepikan dan biarkan sejuk.

Bahan-Bahan Sambal Sotong
( gunakan sotong yang besar sebab senang nak sumbatkan bahan)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah atau 1 biji bawang besar
3 sudu cili kisar
1 batang serai
2 tangkai daun kari
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
secubit garam
2 sudu minyak masak atau minyak zaitun
1 sudu madu ( kalau takde gantikan dengan gula 1 sudu)

Cara Masak
1.Sumbatkan dahulu bahan sumbat yang dah siap tadi ke dalam sotong kemudian ketepikan dahulu. Pinkan dengan menggunakan lidi.
2. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan daun kari kemudian di ikuti dengan bawang putih dan bawang merah di cincang halus.
3. Setelah naik bau masukkan cili kisar dan biarkan garing seketika
4. Masukkan garam, madu, sos tiram dan kicap manis.
5. Masukkan sotong yang telah disumbat tadi dan biarkan masak. Siap!


3. Sotong Sambal Bali



Bahan bahan 
Sotong yang telah dibersihkan dan dipotong bulat
2-3 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
5-6 tangkai cili api
5 batang serai
1/2 sk garam
1 sb gula
1 sb kicap
1 sk serbuk kunyit
Daun kari (6 tangkai)
Minyak masak
Cili kering (10 tangkai). Nak pedas boleh tambah lagi


Cara Masak 
1. Gaulkan sotong bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng sotong separa masak.
3. Angkat, tos dan ketepikan dulu.
4. Potong cili kering untuk buangkan biji cili, kemudian masak/rebus dengan air panas. Angkat dan toskan, basuh dengan air sejuk kemudian blend bersama bawang merah, bawang putih, cili api dan halia. Dalam resepi asal tak letak cili api, tapi sebab nak pedas sikit so Fiza letak cili api.
5. Serai di ketuk
6. Panaskan semula minyak goreng sotong tadi untuk menumis bahan-bahan. Dimulakan dengan masukkan serai terlebih tdahulu.
7. Setelah agak keperangan, masukkan daun kari yang telah dibasuh.
8. Bila daun kari dah agak kegaringan masukkan bahan yang di blend tadi.
9. Bila dah garing dan naik bau bahan tumisan tadi, masukkan garam, gula dan kicap.
10. Akhir sekali masukkan sotong goreng tadi dan biarkan masak sekejap. Siap!

4. Sotong Masak Kunyit



Bahan-bahan
Sotong dibasuh bersih dan dipotong bulat
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili Api (ikut tahap kepedasan masing-maisng)
Minyak masak

Cara Masak
Gaulkan sotong bersama serbuk kunyit dan garam. Perapkan sekejap sementara nak siapkan bahan tumis. Panaskan minyak dan gorengkan sotong yang diperap tadi separuh masak. Kemudian angkat dan toskan.

Tumiskan (bawang besar, bawang putih dan cili) yang telah dipotong. Potong-potong je semua tak payah blend pun takpe. Pastikan tumis guna minyak sikit je ye. Bila dah naik bau dan garing sikit tu masukkan sotong yang dah digoreng separuh masak tadi dan masukkan sedikit garam. Biarkan seketika sampai masak. Siap!

5. Sotong Telur Masin



Bahan-bahan
6 ekor Sotong
1 biji Telur masin
1 sudu besar Minyak zaitun
2 ulas Bawang Putih
1 biji bawang besar
6 biji cili api
1 tangkai cili besar merah
125ml susu full cream ( kalau nak berkuah)

Cara Masak
1. Rebus telur masin kemudian hancur-hancurkan. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan minyak dan kemudian tumiskan bawang putih, bawang merah, cili api dan juga cili besar yang telah potong kecil. Dah garing dan naik bau sikit, masukkan telur masin. Kalau kau orang nak jenis berkuah boleh letak susu cair. Kalau tak nak jenis berkuah, tak perlu letak susu cair.
3. Masukkan sotong dan gaul rata. Kemudian biarkan masak dan sedikit kering. Sedia untuk dihidangkan.

Bila dah letak telur masin tak perlu letak garam dah. Nanti bertambah masin pula. Bila letak telur masin rasa dia semulajadi sedap rasa masin berasa tu. Tak percaya? Silalah masak menu apa-apa tambah telur masin. Di jamin sedap melainkan kalau kau orang tak makan telur masin.

Selain 5 aneka masakan sotong di atas ni, kau orang boleh juga cuba masak masakan sotong yang berkuah macam sotong masak kari ataupun sotong masak lemak. Semua pun sedap kalau dah namanya penggemar seafood terutamanya si sotong ni.


22 comments

  1. Suka sotong.
    Berminat sotong sambal Bali. Nanti nak cuba.

    ReplyDelete
  2. Semuanya nampak sedap
    Apatah lagi kalau sotong yang masih baru dan fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul wak. Dapat yang fresh tu lagi lah sedap rasa masakan sotong tu

      Delete
  3. wahhhh menarik koleksi resipi sotong Fizah ni.

    ReplyDelete
  4. Kemarin beli 2 kg sotong..kami goreng celup tepung... kenyang ratah sotong jer , nasi buat nasi goreng sahur hahaha... puas makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas makan tu beli banyak. Memang sedap buat sotong celup tepung. Guna tepung bestari tu ke? Hihi

      Delete
  5. Sedapnya.. favourite suami nih sotong

    ReplyDelete
  6. Belum pernah masak sotong sambal bali. Banyak bubuh serai ye. Nanti nak cuba kalau ada sotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak banyak mana dalam 2-3 batang je tapi serai tu dah bercerai berai, nampak banyak jadinya. boleh cuba nanti kak

      Delete
  7. Sedapnya.. teringin nak cuba sotong sumbat tu.. hehehe

    ReplyDelete
  8. sedap-sedap jenis masakannya..sotong ni kalo dimasak sedang elok dan tak terlampau lama, lembut-lembut juicy gitu bila makan, memang sedappp masak apa pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terlebih masak nanti liat jadinya. masak sedang elok tu memang sedap.

      Delete
  9. nak try selain sotong boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehhh..tapi yang bersumbat tu takleh la nak guna ayam ke udang ke.nanti tak tahu nak sumbat mana. hihi

      Delete
  10. kebetulan td utk berbuka aida masak sambal sotong :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.