Deko-Deko Indoor Plants

Thursday, March 05, 2020

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Kemana pergi entah masa untuk update blog. blogwalking semua tu. Sibuk dengan kerja design, tempahan sampul duit raya dan juga photoshoot produk. Ada masa pun guna untuk rehat je lah. Takpelah, masa ni je sibuk. Tak lama lagi dah stop tempahan sampul duit raya dan boleh rehat sikit dan ada masa untuk blog.

Cuaca sejak semalam macam mendung dan hujan. Alhamdulillah petang ni hujan lagi. Sejuk sikit lah. Kalau tidak, panas bukan main lagi. Rasa nak On air cond 24jam je. Tapi dek fikirkan nak jimat tu. Lansung batalkan je niat tu. Tak tahu nak menaip apa harini sebenarnya. Menaip dan cerita santai-santai je lah. Kebetulan ada masa sikit harini, deko-deko indoor plants mana yang belum dipindahkan dalam pasu tu. 


Disebabkan mendung. Lighting tak on point, gambar pun tak sharp lah kejadiaanya. Tapi masih okay lagi kan nampak pepokok yang ada. Pokok yang dah berakar dalam balang kaca tu selamat dah dipasukan. Beli pasu comel kat IKEA. NYPON (PVC) tu RM6.90 dan SOCKER (metal) RM1.90 mungkin masa tu tengah offer kot. Kalau tak silap harga asal dia RM3.90.  Pasu putih ceramic tu memang dah beli awal haritu kat KAISON RM4.90. Cuma pindahkan letak kat shelf je. 


Mostly pokok ambil kat rumah mak je kat kampung. Deko-deko bajet je semua ni. Janji ada pokok kehijauan dalam rumah. Selain untuk perhiasan, ada juga kegunaannya tanam pokok dalam rumah. Bukan hiasan semata-mata, boleh jadi terapi juga. Satu ketenangan juga tengok tumbuh-tumbuhan ni.


With Love, Sihatimerahjambu

29 comments

  1. ala.. cantiknya deko2 indoor plant ni... simple tapi sejuk mata dapat tenung hijau2 ni kan fiza..

    ReplyDelete
  2. Penting ketenangan dalam rumah...baru kena rumahku syurgakuuuu..hehee

    ReplyDelete
  3. Comel je ruang indoor plants you, babe.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hias-hias bagi cantik baru sedap mata memandang wak

      Delete
  5. alahai, cantek je semuanya. Impian ni #rumahsendiri nanti. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah sewa pun boleh deko deko tanam bunga mini je untuk indoor plant :)

      Delete
  6. wah. cantik... kat umah sini lum start lagi indoor plant. kat opis nak letak gak plan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. kita letak yg mini je..yang besar besar semua luar rumah :)

      Delete
  7. Nurul pun ada pokok dalam rumah. Memang memberi ketenangan. Yang string tempat gantung pokok tu Fiza beli dekat mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. String tu DIY je guna tali jut/jute rope. Banyak tutorial boleh cari kat youtube 'macrame knots for hanging plant'

      Delete
  8. cantiknya ..tapi nak buat sendiri tak berapa rajin.

    ReplyDelete
  9. Cantiknya pokok2 dalam rumah, dah lama berangan tak mula pun lagi ni aiishh..

    ReplyDelete
  10. Cantik kalau ada pokok dalam rumah. Memang beri ketenangan..rasa segar ja :)

    ReplyDelete
  11. Mummy pun suka letak pokok dlm rumah.. Sejuk je rasa.. Tapi letak kat dapur sbb situ je byk cahaya. lain takde cahaya susah nak hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay juga letak dapur tu. Janji ada pokok dalam rumah bukan sekadar hiasan je :)

      Delete
  12. Replies
    1. Terima kasih kak..tak pandai mana. letak mana yang sedap mata memandang je ni

      Delete
  13. teringin juga nak tanam indoor plant...tpi xjd...tanam kt luar je...kt opis bru tanam indoor plant dalam pasu kecik kecik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene pilih mana yang sesuai untuk indoor baru menjadi :)

      Delete
  14. as at now, aida xde indoor plants.
    husband x brape suka!
    kat luar pun dia had kan :) hi hi hi hi...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.