Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Saturday, November 23, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Bila balik kampung, biasanya mak mesti akan simpan stok udang galah untuk dimasak bila anak-anak balik. Dari kecil sampai besar, itulah lauk kegemaran Fiza. Memang tak pernah jemu makan. Untung juga duduk kampung ada orang kampung kerjanya tangkap hasil sungai akan hantar ke rumah mak. Udang sungai, ikan baung, ikan lais tak pernah mak menolak kalau orang hantar ke rumah. Dapat yang fresh terus masak lagi sedap.

Mak abah sebenarnya bukan makan sangat pun. Mungkin dah biasa makan. Kadang beli untuk simpankan stok anak-anak je. Mak kita kan, of courselah tahu lauk kegemaran anak-anak dia. Setiap kali balik mesti akan ada lauk udang. Tak kisah lah galah atau tak. Mesti akan ada punya. Asal Fiza balik je mesti mak keluarkan udang dalam peti ais. Bila lama tak balik, mulalah mak telefon cakap ada udang nak pancing kita balik kampung lah tu. Faham sangat. Alhamdulillah rezeki.


Sekarang ni bila balik kampung, Fiza akan masak sendiri la. Tak harapkan mak masak dah kecuali lauk yang memang sedap dimasak oleh mak je. Setakat lauk udang galah masak lemak cili api ni mudah je. Takde hal lah nak masak. Lagipun udang sungai masak apa pun sedap. Rasanya manis dan isi dia sedap. Style masak lemak orang johor mudah je lebih kurang orang negeri sembilan. Yang penting wajib pedas. Jom belajar cara masak udang galah masak lemak cili api mudah je.

Bahan-bahan

Udang
1 biji santan kelapa
Air (untuk perah santan)
1 genggam cili api
1 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara masak

1. Bersihkan udang dulu dan masukkan dalam periuk. Tak perlu letak atas dapur lagi. Sementara tu perah santan secukupnya dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan paras santan tu lebih sikit daripada paras udang (undang tenggelam). 
2. Untuk blend kunyit dan cili api tu gunakan santan je tak perlu guna air dah. Siap blend terus masukkan dalam periuk yang sama.
3. Letak periuk atas dapur dan masukkan garam dan juga asam keping. Untuk elakkan santan pecah minyak, masak guna api perlahan. Atau kalau rajin boleh kacau kacau perlahan. Biasanya masak guna api perlahan je sebab tak ada masa nak menunggu dan mengacau tu. Biarkan sampai udang masak. Biasa masak udang sekejap je tak biarkan lama sebab kalau lama sangat nanti isi udang tu keras kurang sedap.

Mudah bukan? Boleh juga guna cara ni untuk masak lemak cili api ayam ke ikan sungai ke. Memang inilah cara paling mudah. Satukan semua bahan dan masak atas dapur. Tak payah nak tumis bagai. Bahan pun sikit je kan.


With Love, Sihatimerahjambu

28 comments

  1. masak lemak is my most favourite especially when it's my mom's cook.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap. Nanti boleh try. Tak pernah lagi masak udang stail ni. 😊

    ReplyDelete
  3. Terliur baca. memang sedap udang galah. Lagi-lagi kalau dari Mak.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ni. Aien kalo blek kampung mentua, kadang2 bawak bekal dari rumh sbb tahu mesti dia nak makan air tangan org lain, tapi kalo masak kat rumah mentua, nanti tak ada org nak makan. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu ye. Kita xsempat nak masak dah laju je nak balik kampung. Hihi

      Delete
  5. wak tgk gmbr udang galak masak lemak ni pon sedapp., ;p

    ReplyDelete
  6. sedapnya fizah nampak gulai udang ni. Qekra dah lama tak makan gulai udang galah, sebab ada sekali makan terus alergik bengkak muka, pastu takut nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh lupa namanya dipanggil gulai juga kan.. haa kalau alergik jangan di makan kak. kena pantang tu

      Delete
  7. Udang masak lemak cili api, kadang-kadang sha tambah rebung sedap jugakkkk ada unsur crunchy. Alahai, sha dah teringin udang jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah rebung pun sedap juga. senang masak sekali dengan sayur kan. menu 2 in 1

      Delete
  8. Uishhh...meleleh-leleh air liur akak tengok. Akak terbayang bertambah syok kalau masuk belimbing buluh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lap cepat kak..hihi..aha terbayang juga sedapnya kalau letak belimbing buluh ganti asam keping tu

      Delete
  9. Sedapnya udang.. Masak apa pun bestkan Fizah..
    Orang tua.. Macam tu lah.. Selalu dok ingat kat anak.. Kalau arwah abah Sha, mesti pancing dengan buah-buahan sebab dia tahu anak dengan cucu suka makan buah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. masak apa pun sedap.
      seronok ingat kenangan bersama :)

      Delete
  10. sedapnya laa haiiii kalau tambah belimbing buluh lg syok ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.