Hadiah Buku Resepi Makan Malam Romantis dari Blogger Suria Amanda

Tuesday, November 26, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Sejak sebulan lebih Fiza agak aktif blogwalking semula memandangkan tak sesibuk dulu. Tapi akan kembali sibuk dalam seminggu dua lagi. Biasalah ada kerja design hujung tahun untuk persiapan tahun baru. Masa dah sibuk ni kurang sikitlah masa nak berblogwalking. Kena perah otak untuk kerja design pula. Tapi tak sibuk sangat lah pun sebab tak ambil banyak sangat tempahan. Kesian dekat diri sendiri bila otak dan badan penat, nanti dia jadi macam kecelaruan sikit.

Okay, berbalik kepada tajuk utamanya. Rezeki dengan berblogwalking ni berpeluanglah jadi top komentator blog Suria Amanda untuk bulan October yang lepas. Seperti yang dijanjikan, hari ni selamat sampai hadiahnya iaitu buku resepi makan makan romantis oleh Chef Fazalina dari Blogger Suria Amanda. Resepi yang ada dalam buku ni adalah resepi barat yang diolah cara melayu.


Dah ambil gambar semua terlupa nak ambil gambar dalam buku ni. Okay takpe, Fiza kongsikan sikit apa yang ada dalam buku ni. Mostly resepi barat yang mudah contohnya seperti spaghetti, lamb chop dan banyak juga resespi minuman yang sedap-sedap. Sesuailah dengan tema makan malam romantis tu. Agak agak nak romantis sikit makan malam tu, boleh lah cuba resepi dalam buku ni. 


Apapun terima kasih atas pemberian hadiah buku resepi yang sangat menarik ni. Semoga terus dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aaminn...Doakan Fiza dilimpahkan dengan rezeki yang lebih. So boleh juga Fiza sambung tradisi macam dulu bagi hadiah pada komentator yang rajin tinggalkan komen. Sedang plan juga. InshaAllah ada rezeki lebih Fiza akan teruskan. Jika tak, mungkin boleh hadiahkan design untuk header blog ke kan sementara tak sibuk. Okay tak?


With Love, Sihatimerahjambu

51 comments

  1. tahniah sis . Wahhh , lepas nie tiap malam la layan western . Heheheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tak mungkinlah setiap malam nak western. Masih lagi tekak melayu :)

      Delete
  2. bestnya, nanti kalau cuba resepi tu jangan lupa share

    ReplyDelete
  3. bestnya dpt adiah.. tahniah fiza!
    fiza mmg rajin tglkan komen.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Ezy.Ezy juga rajin tinggalkan komen :)

      Delete
  4. wah tahniah dapat hadiah daripada kak sa.

    ReplyDelete
  5. tahniah..syok tu adiah buku resepi makan malam romantis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Itulah kan..boleh cuba kalau teringin makan western ala romantik gitu.

      Delete
  6. tahniah..boleh la try resipi dia lepas ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.berharap juga ada kerajinan nak mencuba dan kalau cukup bahan, why not sesekali cuba kan.

      Delete
  7. Tahniah Sis Fizah 😊 Keep the spirit BW yeah 🔥

    ReplyDelete
  8. wah..bestnya..boleh ler nanti sediakan resepi makan malam yang romantis buat cik abe ktia tu..

    ReplyDelete
  9. Wah resepi western ni. Boleh lah candle light dinner hari2.. hehehee Anw Tahniah Fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.hari hari makan western jemu juga kak..tapi nice lah sebab western ni masakan dia simple² je. Terima kasih kak

      Delete
  10. tahniah fizah.. makin rajin masak laa lepas ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..moga kerajinan tu berkekalan lah hendaknya.

      Delete
  11. Tahniah! Bestnyaa dapat hadiah dr blogger lain ..

    ReplyDelete
  12. boleh perpanjangkan lagi review buku..

    hahahaha..

    bab buku ini saya suka banget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kita dah habis ayat tak tahu nak taip apa. Terima kasih advise. Kot ada tergerak hati nak tambah ayat nanti kan. Yes, peminat buku of course suka :)

      Delete
  13. Alhamdulillah rezeki rajin komen-komen ;-)

    ReplyDelete
  14. Salah baca. Ingatkan Sis SA penulis buku ni. Hehehe!

    ReplyDelete
  15. Artikel yang menarik dan hadiah yang memorable. Saya followed blog ini ya. Thx

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah tahniah, makin semangat nak blogwalking dan komen. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. terima kasih. Semoga berkekalan momentum tu :)

      Delete
  17. Tahniah Fiza, lepasni boleh belajar masakan western la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Kena ada bahan lah baru kita rajin nak memasak :)

      Delete
  18. tahniah fiza... mesti dinner dlm suasana romantic. hehe

    ReplyDelete
  19. waa boleh masak2 la lepas ni. jgn lupa panggil mama tau

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.