Skincare | Nacific Phyto Niacin Whitening Essence

Tuesday, July 02, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Dulu tak pernah kisah lansung tentang pentingnya pakai essence ni. Tapi sejak meningkat usia dan banyak pulak masalah kulit muka ni, essence ni lah benda wajib pakai setiap hari. Nacific Phyto Niacin Whitening Essence, Essence pertama yang Fiza pernah beli dan baru nak mencuba. Puas Fiza dok survey essence apa yang sesuai dengan kulit muka ni. Akhirnya, Fiza pilih Nacific Phyto Niacin Whitening Essence.


Serum, essence dan ampoule adalah benda yang berbeza. Jadi, jangan samakan ketiga-tiga jenis produk tu ye walaupun fungsinya lebih kurang sama. Fiza pun pada mulanya ingatkan serum dan essence tu sama. Rupanya tak! Nak tahu tak apa beza dia?

Serum
Serum memiliki konsentrasi yang lebih tinggi dan likat. Kandungan partikelnya yang lebih halus yang mampu menyerap sehingga ke dalam lapisan kulit. Kegunaan serum lebih fokus pada permasalahan kulit seperti penuaan, pigmentasi, bintik hitam, kulit kusam dan sebagainya.

Essence
Konsentrasi essence pula kurang berbanding serum. Ia lebih ringan dan cair. Fungsinya memberi nutrisi dan melembapkan kulit muka. Kebiasaannya essence mengandungi mineral dan antioksidan bagi menyerikan lagi muka.

NACIFIC PHYTO NIACIN WHITENING ESSENCE
Phyto Niacin Whitening Essence mengandungi Niacinamide yang berfungsi mencerahkan kulit dan hyaluronic acid untuk mengekalkan kelembapan kulit. Texture essence yang ringan dan tidak melekit pada kulit.

INGREDIENTS
  • Niacinamide - Brightens and clarifies the skin
  • Bamboo leaf extract - Hydrating and has anti-aging properties
  • Hyaluronic acid - Humectant that attracts moisture to the skin to keep it hydrated

EXCLUSIVE PACKAGING
Satu yang Fiza suka tentang NACIFIC ni semua packaging dan labelling dia sangat simple dan exclusive. NACIFIC, dulu lebih dikenali dengan nama NATURAL PACIFIC. Apa yang Fiza suka tentang essence ni pula sebab disertakan dropper dan botol dia jenis glass frosted. Fiza kalau pilih produk lebih suka produk jenis dropper atau pump. Mudah nak guna sesuatu produk tu. Betul tak? Botol pun comel je 50ml.


ESSENCE YANG TIDAK MELEKIT DAN MUDAH MENYERAP
Nacific Phyto Niacin Whitening Essence adalah essence yang tidak melekit dan mudah menyerap. Kalau sapu pada kulit tu dan dab dab sikit dah menyerap dalam kulit. Pemakaian yang mudah dan cepat lah kalau nak bersiap tu. Tapi kadang-kadang terskip pakai essence ni. Agak tak konsisten juga Fiza pakai. Jadi, perbezaan selepas penggunaan tu agak slow. So far, essence ni berikan nutrisi secukupnya untuk kulit. Tak adalah masalah kulit kering dan kulit muka pun jadi lebih cerah sekata.


Untuk pembelian >>> ALTHEA KOREA

With Love, Sihatimerahjambu

2 comments

  1. owh, tak tahu pulak serum dgn essence tak sama..huhu..ingatkan sama jer..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tahu so boleh pilih produk yang betul lepas ni :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.