Skincare | Innisfree Jeju Volcanic Pore Scrub Foam

Scrub, satu lagi produk penting yang wajib ada untuk membersihkan kulit muka selepas menggunakan oil cleanser dan juga cleanser. Fiza baru cuba Innisfree Jeju Volcanic Pore Scrub Foam. Kiranya, scrub ni adalah langkah ketiga dalam 10 Steps korean skincare routine. Scrub ni antara produk asas yang wajib ada dalam penjagaan kulit muka seharian. Sebelum terjebak dengan produk kecantikan ni, yang Fiza tahu kalau nak bersihkan muka guna cleanser. 


FUNGSI SCRUB
Tapi rupanya dengan hanya cleanser tak cukup nak dapatkan kulit bersih. Sebab tu ada beberapa langkah yang perlu dibuat untuk dapatkan kulit bersih, cantik dan sihat. Bayangkanlah muka dah seharian terdedah dengan habuk, mana mungkin hanya boleh bersih dengan cleanser sahaja. Bersih tu bersihlah tapi tak membersihkan sampai ke dalam liang roma. Sebab tu perlunya scrub. Scrub kan ada biji-biji yang membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati pada kulit.

KEKERAPAN MENGGUNAKAN SCRUB
Kalau dulu, scrub hanya digunakan dalam 2-3 kali seminggu. Tapi dengan adanya technology dalam bidang kecantikan sekarang, ada bermacam jenis scrub di pasaran. Ada juga jenis scrub yang boleh digunakan setiap hari. Salah satunya, Innisfree Jeju Volcanic Pore Scrub Foam.

INNISFREE JEJU VOLCANIC PORE SCRUB FOAM
Apa yang menarik tentang Innisfree Jeju Volcanic Pore Scrub Foam ni mengandungi jeju volcanic ash extract dan mempunyai biji-biji yang tidak kasar. Sesuai untuk digunakan setiap hari tanpa merosakkan kulit. Scrub Innisfree Jeju Volcanic Pore Scrub Foam sejenis scrub yang berbuih tak macam scrub lain yang kebiasaannya tidak berbuih.
INGREDIENTS
  • Jeju volcanic ash extract - has powerful purifying properties that draw out dirt and sebum from the pores 
  • Fermented satsuma extract - has anti-aging properties and helps to remove dead skin cells 
  • Green tea extract - keeps the skin hydrated throughout the day


Disebabkan kulit Fiza jenis liang roma besar dan memerlukan scrub yang boleh membersih secara mendalam, so Fiza pilih yang jenis pore scrub ni. So far scrub ni serasi dengan kulit dan tak lansung merosakkan kulit. Cuma, lepas menggunakan scrub ni kulit akan terasa kering. Mungkin juga sebab kulit Fiza jenis kombinasi  (kering dan berminyak). 

Jadi kering sebab kulit kering dan sesuai sebab sesetengah bahagian berminyak. Kira so so lah tahap kesesuaian tu. But still, masih ok. Tapi yang sebenarnya scrub ni lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak. Siapa ada masalah kulit berminyak dan nak guna scrub, should try Innisfree Jeju Volcanic Pore Scrub Foam.

UNTUK PEMBELIAN
Sebenarnya sangat berbaloi juga beli Innisfree Jeju Volcanic Pore Scrub Foam ni sebab 150ml tu kira besar jugalah pack scrub tu. Kalau guna untuk harian pun boleh tahan 2-3 bulan. Guna pun sikit je kan. Kalau jarang guna, lagilah tahan lama. Kau orang boleh beli terus di website Althea dengan harga RM33.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments