Skincare | Chica Y Chico Killing Star Cleanser

Wednesday, July 10, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Langkah pertama cuci muka dengan menggunakan oil cleanser kalau nak hilangkan segala kotoran pada kulit muka dengan lebih berkesan. Kenapa guna oil cleanser? Kaedahnya umpama kotoran minyak dibuang dengan minyak. Tak faham? Rujuk entri 10 Steps Korean Skincare Routine dan kemudian kau orang akan faham kenapa. Chica Y Chico Killing Star Cleanser satu lagi oil cleanser yang baru Fiza cuba.


Chica Y Chico Killing Star Cleanser oil cleanser ketiga yang Fiza dah cuba selepas Althea Pore Purifying dan Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil. Kedua-dua tu Fiza pernah review sebelum ni. So this time cerita untuk Chica Y Chico Killing Star Cleanser. Fiza tertarik nak cuba sebab cari maklumat produk ni banyak yang bagus. Why not Fiza cuba juga kan? Ada yang pernah cuba tak?

CHIYA Y CHICO KILLING STAR CLEANSER
Chica Y Chico's Killing Star Foam Cleanser adalah semua dalam 1 cleanser (all-in-one) yang mengandungi "dust kill" kapsul untuk menanggalkan makeup dan membersihkan segala kotoran dengan lebih berkesan terutamanya jenis kulit yang mempunyai pores yang besar. Kulit akan jadi lebih bersih dengan kesan kulit yang lembut, licin dan kekal lembap.


Dust Kill

OIL CLEANSER TERBAIK
Sebelum ni selepas menggunakan oil cleanser Fiza akan gunakan cleanser foam. Tapi kalau gunakan Chica Y Chico Killing Star Cleanser ni, tak perlu nak guna cleanser foam dan scrub dah. Boleh skip step 2 cleanser foam dan step 3 scrub tu sebab Chica Y Chico Killing Star Cleanser sekali dengan cleanser foam dan juga scrub. Bagus bukan? Memang sesuailah untuk yang jenis nak cepat dan malas nak ikut rutin skincare Korea tu.


PENGGUNAAN YANG MUDAH
Bagi yang jenis nak cepat cuci muka dan sibuk sangat tu. Lagi-lagi nak tidur cepat malas tanggalkan makeup, memang wajib ada Chica Y Chico Killing Star Cleanser. Pump 1-2 kali, urut lembut pada muka. Kemudian tambah air sikit bagi ada buih dan gosok perlahan pada muka. Akhir sekali bilas dengan air suam. Siap!


Biasanya Fiza guna 1-2 kali pump je sebab oil cleanser ni sangat likat pekat. Nak bersihkan lipstick yang supermatte dan foundation pun mudah je. Tak perlu beria nak gosok untuk hilangkan kesan makeup. Serius suka juga dengan Chica Y Chico Killing Star Cleanser ni. Kulit pun lebih bersih dan hydrated. Kalau tak, lepas cuci muka guna cleanser foam atau scrub cepat je terasa kulit kering.

Before
After

Kalau kau orang tercari-cari oil cleanser yang best trylah guna Chica Y Chico Killing Star Cleanser ni. Kalau tak biasa nak jenis light je boleh cuba Althea Pore Purifying. Nak yang sedang-sedang je boleh cuba Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil. Semua best cuma althea tu tanpa pump. Chica Y Chico Killing Star Cleanser ni bau dia wangi ya amat! Suka gila kot.


Botol besar 150ml bolehlah tahan2-3bulan.

Chica Y Chico Killing Star Cleanser
150ml RM40
now RM50

Untuk pembelian >> Althea Korea
With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.