JULAI DAH TIBA!

Monday, July 01, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Rasa macam baru je beraya awal bulan June haritu. Tup tup bulan Julai telah pun tiba. Sekejap je hari hari berlalu pergi. Tanpa sedar Syawal pun bakal berlalu pergi. Hujung-hujung Syawal ni mesti banyak jemputan open house. Kenyang makan juadah raya lah nampaknya. Kenduri kahwin tak kurang juga meriahnya. Ada je setiap minggu majlis kenduri. Rezeki tahun ni dapat pergi satu je open house.


Bulan Julai, bulan untuk berjimat cermat selepas raya. Bulan yang lama 31 hari nak struggle cut cost sana sini. Itulah perancangan buat masa ni. Nak bercuti buat masa ni cuti dibekukan tapi kerja rumah tetap jalan macam biasa. Hei, suri hati suami mana boleh rehat buat kerja. Kerja rumah pun tak pernah nak habis. Ada je kerja menanti. Tunggu je lah masa malas sampai, gerenti cuti serta merta. Itupun kejap je la tak sampai sehari cuti. Bulan Julai ni bulan cuti untuk rakyat Pulau Pinang. Bolehlah plan awal mana nak bercuti tu.

CUTI BULAN JULAI 20197 Jul (Ahad) - Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang sahaja)
8 Jul (Isnin) - Cuti Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang sahaja)
13 Jul (Sabtu - Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang sahaja)
17 Jul (Rabu) - Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
22 Jul (Isnin) - Hari Sarawak (Sarawak sahaja)
30 Jul (Selasa) - Hari Pertabalan Agong (Semua Negeri)

Hello, July
I think I get to get back on track.
I am grateful that I have clear plan to ensure that
what's I'm doing today is getting me closer to
what I want to be tomorrow.
If plan A doesn't work, the alphabet has 25 more letters.
So change the plan but never the goals
Do you know that having a good plan is like a road map?
It shows you the final destination and
the best way to get there.
Marilah kita plan apa yang patut untuk Bulan Julai ni. Harap-harap bulan Julai ada kekuatan sikit nak update blog dan dapat blogwalking macam dahulu kala.
With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

  1. Hi! Ha ah, dah July~
    Samalah haraoannya, harap diberi kekuatan, nak update blog seperti sedia kala..hhehee

    ReplyDelete
  2. bula julai jer dah tau setengah tahun dah berlalu. cepat sgt kan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.