Homemade Avocado Juice

Sunday, July 07, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Di Malaysia buah avocado ni jenis buah premium yang jarang dijumpai di pasaraya. Kalau ada pun mungkin di pasaraya besar-besar je. Buah import dan harganya agak mahal. Avocado juga sangat popular dalam menu diet seharian kerana avocado tidak mengandungi kolestrol atau sodium. Sebiji buah avocado mengandungi 160 kalori, 2g protein dan 15 g lemak. Kadar potasium lebih tinggi daripada pisang. Kalau tengok orang luar diet, mesti ada avocado dalam setiap hidangan.



Buah avocado yang biasa kita nampak adalah berbentuk lonjong macam tu kan? Nak dijadikan cerita, Fiza baru tahu yang belakang rumah kampung husband Fiza ada pokok buah avocado. Itupun baru tahu sebab pokok tu baru berbuah. Padahal sebelum ni tak pernah tahu itu pokok avocado. Kalau tak berbuah sampai ke sudah tak tahu. 

Kebetulan haritu buah agak banyak. Mintak tolong husband ambilkan sebab Fiza nak buat homemade avocado juice kononnya ala-ala jus alpukat jakarta tu lah. Walaupun tak pernah rasa tapi nak cuba buat lah dan nak rasa macamana walaupun tak tahu rasa sebenarnya macamana. Buah avocado pun Fiza tak pernah makan mentah lagi. Beli pun tak pernah lagi rasanya.

Khasiat lain yang ada dalam buah avocado adalah : Vitamin K, Folate, Vitamin C, Potassium, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin E, sejumlah kecil magnesium, manganese, copper, zat besi, zink, fosforus, vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin).
Buah avocado ni Fiza panggil buah avocado kampung sebab bentuk dia unik sikit (refer gambar atas sekali). Dia punya atas tu panjang sikit berbeza dengan avocado yang biasa nampak di pasaran. Masa Fiza ambil tu muda lagi. Kena peram dulu baru boleh makan atau buat air. Masa Fiza belah ni dah seminggu macam tu lah. 

 
Cara Fiza buat homemade avocado juice ni simple je. Blend isi avocado sebiji tu campur dengan air dan simpan pati dalam peti ais. Pati tu dapat dalam satu jug jugalah. Bila nak minum bancuh secawan je dan tambah air sikit. Susu pekat 1 sudu. Rasa dia macam kejap rasa mango susu kejap rasa macam carrot susu pula. Confused pula haiihh. Tapi sedap! Creamy nyummy.


Sebenarnya teringin nak buat homemade avocado juice sendiri sebab pernah rasa Avocado Jakarta kat Eden Cowboy Kuala Pilah ni ha. Terus tersuka dengan jus avocado tak pasal-pasal. Secawan RM8. Mahal kan? Sebab buah mahal. Lebih kurang je rasa buah sendiri bezanya kalau buat sendiri tak ada whipped cream tu lah. Tapi buat sendiri memang tak boleh lawan rasa yang Eden Cowboy ni punya. Haha...


With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

  1. Sedap ni. Banyak khasiat especially for kulit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes,banyak khasiat. Tapi tu lah susah nak dapat dan agak mahal harganya

      Delete
  2. Halo, salam from indonesia.

    Di sini, Avocado sering disebut Alpukat atau alupket. Alhamdulillah di sini banyak sekali alpukat, apalagi kalo sudah masuk musimnya. Di sini sering banget jadi menu di setiap resto. Dijual di pasar, di warung kecil pun ada.

    Bisa diolah dengan brown sugar. Just kerok saja pakai sudu and then put some brown sugar secukupnya saja. Rasanya sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Indra. Ya, Di Indonesia memang banyak alpukatnya. Tq for the recipe. will try later.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.