Kembali Lagi Ke Tasik Chini

Sebut je Tasik Chini mesti teringat kisah misteri naga dan ular di Tasik Chini. Kalau kau orang google mesti ada bermacam-macam cerita mistik dan misteri tentang Tasik Chini. Ada yang kata ianya mitos dan ada juga yang kata kisah tu kisah benar. Fiza pernah jejak Tasik Chini ni sekali je masa kecil dulu dan tak pasti pergi kawasan mana.

Seingat Fiza, masa pergi Tasik Chini tu ada jeti terapung dan tasik penuh dengan bunga teratai yang cantik. Kalau tengok tasik chini tu sendiri terasa keseraman sikit. Dulu kecil-kecil tak menghayati sangat alam semulajadi ni. Pergi mana pun tahu seronok je, itu pun ingat-ingat lupa. Tahun 2019, baru dapat jejak lagi Tasik Chini ikut husband ada urusan kerja.


Bila dapat ikut memang best lah walaupun sekadar ikut dan dapat melihat keindahan tasik serta alam semulajadi tu satu terapi mata dan minda sebenarnya. Dengan suasana hutan dan bunyi-bunyian dalam hutan tu memang best. Lupa sekejap kerja yang kena banyak fikir tu. Masa datang sini cuaca agak panas. Jadi, layan mata kejap tengok-tengok dan snap gambar je. 


Kalau ada bunga teratai ni lagilah cantik Tasik Chini kan? Baru lah kekal popular Tasik Chini dan bunga teratai tu. Air Tasik Chini sangat tenang dan kadang kala rasa seram tu ada. Lagi-lagi bukan tempat kita memang terasa juga lah. 


Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Eh? Dalam tasik ada buaya pula? Tapi sekarang dah tak ada dah kot cerita mistik Tasik Chini ni. Atau mungkin orang tempatan je yang tahu sejarah cerita Tasik Chini ni.

Biasanya kalau orang ke Tasik Chini akan menginap di Lake Chini Resort dan setahu Fiza ada beberapa aktiviti yang boleh kau orang buat mengikut pakej yang disediakan. Tapi kalau Fiza memang tak berani nak stay kat sini sebab ada bermacam cerita yang tak enak di dengar. Kalau saja-saja datang waktu siang tengok-tengok berani lah juga.

Tasik Chini The Mystical Lake tetap menyeramkan

1 comment:

  1. memang ada keinginan untuk pergi ke tasik Chini suatu hari nanti..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.