Perlu ke Gunakan Flos Gigi?

Flos gigi, jarang sekali orang nak buat. Betul tak? Fiza sendiri pun tak pernah gunakan lansung floss gigi ni sebab lebih suka memberus gigi selepas makan. Menggosok gigi tidak menjamin kebersihan gigi sepenuhnya walaupun menggosok gigi secara kerap. Masih ada kotoran dan sisa makanan pada celah gigi yang tidak boleh dicapai oleh berus.

Sejak asyik berjumpa doktor gigi je tahun lepas. Tak delah asyik, kira rekod pedibadi juga setahun sampai 2-3kali jumpa doktor gigi. Kalau tak, setahun pun tak pernah selagi tak sakit gigi. Satu hari tu nak refilling gigi depan sebab rasa macam ada gap yang obvious. Sebelum ni tak berapa perasan sangat. Entahlah rasa gap tu tidak menyenangkan.

Tapi doktor kata tak boleh nak rapatkan gap tu sebab perlu ada ruang antara gigi. Mungkin doktor ingat Fiza nak rapatkan gigi terus. Tak lansung! Fiza cuma nak rapatkan sikit untuk tak nampak obvious dan lebih cantik. Tapi doktor kata tak nampak sangat pun gap tu. Normal katanya. Kalau nak buat pun kena set date lain sebab ambil masa.

Takpelah dah tawar hati. Sebelum ni boleh je buat dan tak lama mana. Mungkin kali ni case berbeza. Katanya lagi kalau rapatkan nanti takut gusi bengkak. Ye, faham doktor. Dalam hati Fiza cakap"entah berapa kali nak cakap nak rapatkan sikit bukan terus tutup gap". Tapi entah macam mana nak fahamkan doktor dan doktor pun berkali kali cakap benda yang sama. Okay, mengalah je lah Fiza oii.. Doktor lebih tahu bab gigi ni. Sudahnya tak buat apa, cuma doktor polish gigi bahagian belakang tu sebab Fiza rasa macam tampalan tu retak sikit.


Lagi satu, doktor berkali-kali beritahu setiap gigi perlukan jarak dan jarak itu sebaiknya jarak yang boleh beri ruang untuk floss. Ye faham doktor. Sebolehnya dia nak bagitau hal tu dengan case Fiza nak rapatkan sikit gap tu. Malas nak fahamkan doktor dan doktor pun cakap benda yang sama macam dia ingat Fiza pula tak faham. Ahh pening fikir. Nak taip pun rasa pening dah dengan cerita ni. Kau orang pening juga tak? Sorry!

FLOS GIGI
Okay berbalik pada flos gigi tu. Flos gigi ni rupanya seperti benang yang tahan lasak tidak mudah putus untuk membersihkan kotoran dan sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi.



KEPENTINGAN FLOS GIGI
Macam yang Fiza cakap tadi, berus gigi tak dapat capai setiap celahan gigi. Jadi, hanya flos gigi sahaja yang mampu membersihkan celahan gigi yang sempit tu. Penggunaan floss sangat berkesan dalam membersihkan dan mengeluarkan sisa makanan pada celahan gigi.

JENIS-JENIS FLOS GIGI
  • Flos berlilin atau tanpa lilin
  • Flos berperisa atau tanpa perisa
  • Pita gigi
  • Super flos
  • Dental floss bertangkai (bentuk F dan Y)
dan bermacam-macam jenis lagi. Fiza ikutlah saranan doktor gunakan flos gigi walaupun pesanan doktor tu seperti dah lama Fiza lupakan. Untuk permulaan, Fiza cuba guna flos berlilin dengan florida berperisa pudina.


Harganya RM9.67 untuk 60meter. Berapa lama tahan kegunaan dia, Fiza tak pasti sebab baru je nak mula gunakan flos gigi ni. Siapa yang memang hari-hari guna floss gigi mungkin lebih tahu dan boleh komen di kotak komen nanti ye. Kekerapan menggunakan floss ni hanya sekali sehari sebelum tidur. Fiza gunakan tak terlalu panjang sebab nak jimat punya pasal. Kira cukup-cukup panjang benang nak lilit dua jari dan ada jarak tengah untuk bersihkan celah gigi nanti.

Cara floss gigi sangat mudah. Masukkan floss pada celahan gigi dan gerak atas bawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan gigi pada arasa garisan gusi. Kalau tak tahu caranya boleh tengok dekat youtube untuk lebih jelas. Yang penting, perlu sangat gunakan flos gigi ni untuk dapatkan gigi yang cantik dan sihat. Okay sekian bebelan pasal gigi hujung minggu ni.

with love,
Sihatimerahjambu

Comments