Perbezaan Sunscreen Dengan Sunblock

Wednesday, January 23, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Apa beza sunscreen dengan sunblock? Fiza ingatkan sama je rupanya ada beza antara dua tu. Noob sungguh lah! Bila dah terjebak dengan produk kecantikan ni, memang banyak kena ambil tahu. Selama ni kurang ambil tahu bab produk kecantikan. Disebabkan baru-baru ni Fiza cuba satu produk sunscreen, sejak itulah Fiza ambil tahu tentang bezanya sunscreen dengan sunblock ni.

Mungkin kau orang juga keliru tak tahu nak buat pilihan nak pakai sunscreen atau sunblock? Betul tak? Ye, samalah! Keliru nak pakai yang mana satu entah. Memandangkan keadaan cuaca di Malaysia ni agak panas, jadi sangat perlu kita lindungi kulit kita daripada sinaran matahari walaupun sinaran matahari bekalkan vitamin D.


Sungguhpun sinaran matahari mengandungi vitamin D, tetapi sinaran matahari juga mengandungi 3 jenis ultra violet (UV) atau sinaran ultra ungu iaitu ultra violet A (UVA), ultra violet B (UVB) dan visible light yang boleh merosakkan kulit. Sebab itulah kita memerlukan pemakaian pelindung matahari yang dipanggil sunscreen atau sunblock. Apa bezanya sunscreen dan sunblock?

SUNSCREEN
Sunscreen mengandungi bahan kimia tertentu yang akan menyerap ke dalam kulit terlebih dahulu sebelum sinaran UV kena pada kulit. Lapisan sunscreen sebagai lapisan tambahan yang boleh mengurangkan kemasukan sinaran UV. Jika ingin memilih sunscreen, pilihlah yang boleh melindungi kulit daripada kedua-dua radiasi (UVA & UVB).


Kebiasaannya sunscreen tidak bewarna apabila apabila disapu pada muka ataupun badan. Sebaiknya guna sunscreen 30 minit sebelum menjalankan aktiviti luar rumah. Sunscreen sejenis lapisan yang mudah dibasuh dan jika melalukan aktiviti sukan air dan jenis berpeluh, perlu sapu dengan kerap untuk lebih efektif.

SUNBLOCK
Sunblock pula pelindungi sinaran UV lebih kepada memantulkan semula sinaran UV tersebut. Nama pun sunblock, jadi sunblock menghalang terus sinaran UV memasuki ke dalam lapisan kulit. Ini bermaksud sunblock memberikan perlindungan yang lebih.

Akan tetapi, sunblock yang mengandungi titanium diosxide dan zinc oxide akan memberikan kesan putih pada kulit. Tekstur sunblock agak pekat dan agak susah untuk dicuci. Yang bagusnya, kedua-dua bahan ini bersifat kurang iritasi pada kulit yang boleh dijadikan pilihan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.


Dalam memilih produk sunscreen dan sunblock, paling penting perlu tahu bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut dan label yang ada pada produk untuk membantu kesan penyerapan pada kulit.

SPF (Sun Protection Factor)
SPF digunakan sebagai ukuran perlindungan kulit dengan masa yang digunakan. SPF yang tinggi bererti perlindungan kulit lebih tinggi dan lebih lama. Untuk kegunaan seharian, disarankan menggunakan produk yang mempunyai SPF 15 sekurang-kurangnya.

Sebagai contoh : SPF 30 x 10 minit = 300 minit (5jam) kulit akan dilindung. Bermakna membolehkan kau orang berada di bawah sinaran matahari 30 kali lebih lama berbanding tidak menggunakan produk sunscreen atau sunblock.


Untuk penggunaan yang terbaik, guna sunscreen atau sunblock yang mempunyai SPF untuk UVA/UVB. A di UVA untuk perlindungan kulit daripada penuaan dan B di UVB untuk lindungi kulit daripada kesan terbakar akibat sinaran UV. Tanda +++ di UVA/UVB bermaksud perlindungan yang lebih lama pada kulit muka.

SUNSCREEN VS SUNBLOCK
Kedua-duanya bagus untuk kulit kita. Paling penting pastikan pilih produk yang boleh melindungi kulit daripada kedua-dua sinaran UV (UVA/UVB) dan juga kalis air. Dan pakai produk sunscreen atau sunblock yang sesuai dengan keadaan dan jenis kulit sendiri. Fiza guna Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++ yang lebih memberikan perlindungan lebih lama, tekstur ringan dan berbau wangi.

With Love, Sihatimerahjambu

9 comments

  1. Teringinnya nak cuba bila orang review semua best².. Currently cuma pakai dari drugstore je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai drugstore pun okay juga aien. Janji selamat dan sesuai dengan kulit sendiri

      Delete
  2. Sinaran UV memang bahaya untuk kulit kan, paling ngeri bila dapat kanser kulit. Huhu. Good sharing, tq :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, saya pun suka produk yg ada kedua2 sunscreen dan sunblock ^_^

    ReplyDelete
  4. Baru kak ana tau beza dua produk ni. Selamat guna yg althea ni. So memang terlindung lah kulit kan.

    ReplyDelete
  5. sunblock ni kalau pakai tak selesa, sebab tebal je rasa.
    sunscreen nice la sbb nipis je kan... :)

    sekarang mmg wajib pakai sunscreen sblm keluar.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.