Makanan Western Sedap Sobrian Smokey Grill

Sejak terminat Grill Chicken, terus lupa dengan Chicken Chop yang bergoreng tu. Siapa suka Grill Chicken? Kita geng! Dah masuk siap-siap dah dalam senarai makanan favourite Fiza. Pantang pergi kedai makan, nampak menu western terus order Grill Chicken tak nampak menu lain dah. Kemain sangat mata dikaburi dengan Grill Chicken. 


Nak tahu tak tempat makanan western sedap di Seremban? Salah satunya boleh cuba menu western di Sobrian Smokey Grill. Fiza dah beberapa kali cuba makan menu yang sama tapi tak pernah tak sedap. Asyik sedap je, itu yang rajin datang makan makanan western kat sini. Koleksi gambar makanan western kat kedai pun dah bermacam versi dah.

SEDAP!
Semua orang nak makan makanan sedap. Lagi-lagi makanan favourite. Buat masa ni Fiza pernah rasa chicken chop, Grill Chicken dan Mac & Cheese. Kesemuanya superb sedap! Tak pernah pinggan tak licin. Gerenti makan habis sampai tak cukup rasanya.

HARGA BERPATUTAN
Nak kata murah, tak murah sangat. Nak kata mahal pun tak juga. Boleh dikatakan berpatutan lah harga dia. Grill Chicken RM11 dan Mac & Cheese RM10. Harga menu lain Fiza tak pasti sebab ini je menu yang kami orang selalu order. Nanti nak try menu lain pula.


Well cooked, juicy, lembut dan super sedap lah Grill Chicken. Aroma bau arang tu yang buatkan Grill Chicken lagi bertambah sedap. Sos blackpepper dia pula memang kena dengan tekak ni. Portion pun selari dengan harga dan kesedapan tu kira okaylah kan.

Bila makanan dah sedap dan harga pun berpatutan memang akan repeat makan berkali-kali kat Sobrian Smokey Grill ni ha. Kalau kau orang jenis kejam tak nak kongsi makanan dengan orang lain lebih baik order Mac & Cheese satu sorang. Kalau tak, sekali suap terus boleh habiskan satu mangkuk tak pandang kiri kanan dah. 


First time rasa Mac & Cheese ni terus cakap " Kenapa sedap sangat Mac & Cheese ni?". Eh, bukan nak puji melambung ye. Dah memang sedap! Kami orang order Mac & Cheese ni pun sebab ternampak orang lain order nampak macam sedap je. Sekali dah order dan rasa sedap, lepas tu mesti nak repeat order. Cheese boleh tahan banyak lah walaupun ikutkan lagi banyak lagi sedap.

Apa-apa pun yang penting menu western kat sini sangat sedap. Recommended!­čĹŹ

Sobrian Smokey Grill 
Simpang Jalan Desa Rhu 2
Sikamat, Negeri Sembilan

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. wah nampak sedap menu tu. nanti boleh cuba ni. jemput singgah ke blog saya
    https://nurulnajihah38.blogspot.com/2019/01/new-year-new-goals-i-2019.html

    ReplyDelete
  2. Makanan cenggini selalu tang sos dia jaaa tu yang menepati selera kita ke tidak. Kalau sos dia sedap, In Sha Allah chicken grill dia jadi ummphhh. Hahahaa. Tengok gambar Kak Fiza ni haihh terasa nak makan western pulakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, sos dan ayam kena sedap. semualah kena sedap baru lah totally sedap gitu :)

      Delete
  3. Fuhh nampak sedapnya semua makanan western dekat sini. Terliur pulak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. baru try 2 menu. nak cuba menu lain pulak

      Delete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.