Potret Karikatur by SOPHEE STUDIO

Thursday, November 30, 2017

Morning guys! Huh, rasa macam dah lama sangat tak menjengah blog. Padahal baru sehari dua je kot tak berupdate. Sibuk mengalahkan pak menteri! Alhamdulillah sebahagian kerja dah settle, tinggal sebahagian lagi kerja-kerja design yang masih belum siap. Terkejar-kejar nak buat kerja kononnya  nak siapkan sebelum cukup long weekend ni. Sudahnya tak sempat siap.

Bertabahlah lepas cuti kena pulun habis siapkan kerja. Sebelum blog terabai sempat jugalah Fiza join beberapa giveaway dan blogwalking. Itupun sikit je dapat blogwalking. Ada masa free nanti Fiza cuba ye datang blog kau orang. Mana Fiza tak sempat nak join tu, minta maaf banyak-banyak ye. Terima kasih sudi menjemput.

Dalam kesibukan, ada juga pengubat kesibukan kerja. Dapat email daripada Sofinah Lamudin yang baik hati bagi potret karikatur sebagai saguhati untuk semua blogger yang sertai giveaway yang dia anjurkan. Untung kan? Bukan senang nak dapat potret karikatur yang ohsem ni. Cantik kot hasil seni tangan Sofinah daripada Sopheestudio ni.


Hasil potret karikatur tu adalah hasil daripada gambar ini. Nampak macam seakan-akan sama tak? Of courselah nampak lebih kurang.


Bukan hanya dapat yang bewarna, dapat sekali potret hitam putih, bolehlah kalau nak warna kan ikut warna apa yang suka. 


Terima kasih banyak-banyak buat blogger Sufinah yang berikan sudi berikan potret karikatur ini pada semua blogger yang join sementara menantikan keputusan siapakah pemenangnya. Harap-harap ada rezeki Fiza menang kali ni. Lama juga tak menang hadiah ni. hihi...Mana tahu rezeki akhir tahun.


2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.