5 Aplikasi Edit Gambar Dan Letak Watermark Menggunakan Smartphone

Sunday, November 12, 2017

Selain picarts, phonto dan photo editor, aplikasi apa yang lagi boleh letak watermark dan kualiti gambar okay? Setakat ni Fiza dah cuba ketiga-tiga aplikasi iaitu picarts, phonto dan photo editor. Tapi kecewa sebab gambar tak berkualiti sangat selepas save. Apatah lagi bila upload di media sosial. Soalan ni Fiza pernah tanya di facebook. Ramai yang berkongsi pengalaman mereka menggunakan beberapa aplikasi edit gambar dan letak watermark menggunakan smartphone memberikan kualiti gambar yang terbaik.


Antara perkongsian mereka di post status Fiza, Fiza senaraikan mana yang terbaik untuk perkongsian bersama. Mana lah tahu kau orang pun sedang mencari aplikasi edit gambar dan letak watermark yang paling bagus kan. 

5 Aplikasi Edit Gambar Dan Letak Watermark Menggunakan Smartphone


1. Snapseed
Kebanyakkan daripada mereka mencadangkan aplikasi snapseed. Tak dinafikan aplikasi snapseed memang menghasilkan editing gambar yang menarik dan terbaik. banyak tools yang ada dalam snapseed.. Kualiti gambar tak pernah mengecewakan. Tapi sayang, tak boleh nak add watermark yang dah siap, sebaliknya kalau nak letak watermark boleh menggunakan tulisan yang disediakan. Walaupun tak boleh add watermark yang dah telah siap, tapi tulisan yang sedia ada pun tidak kurang menariknya. Semua tulisan cantik-cantik kot.

2. Pixlr 
Aplikasi Pixlr dikatakan antara aplikasi editing gambar yang serba boleh. Ada button autofix yang boleh memberikan kualiti gambar lebih elok dan menarik. Boleh crop gambar, rotate dan fine-tune any pictures secara Percuma.  Dan banyak lagi features yang menarik. Boleh download melalui google play store (android) dan app store (iOS).

3. Photofy
Tengok pada tulisan logo photofy pun dah tahu yang aplikasi edit gambar photofy ini semestinya akan membuatkan gambar jadi lebih menarik. Ada banyak tulisan yang fancy macam logo photofy. Gambar yang disimpan juga memberikan kualiti yang terbaik.

4. Overlays
Untuk buat typography, layout masks yang cantik, letak sticker dan sebagainya, kau orang boleh gunakan aplikasi Overlays yang nampak macam menarik ni. Tools pun banyak yang kau orang boleh gunakan untuk jadikan gambar lebih menarik bila upload di sosial media.

5. Photolayers
Aplikasi photolayers merupakan aplikasi superimpose yang terbaik. Kau orang boleh gambar menjadi transparent dan gantikan dengan background yang lebih menarik untuk jadikan photomontage yang superb. Sesuailah untuk promote produk atau buat poster.


Selain itu, aplikasi Watermark Photo Free juga memberikan kualiti gambar yang terbaik. Kalau kau orang sejenis yang cerewet nak guna gambar cantik dan berkualiti, silalah guna aplikasi seperti di atas. Rate pun lebih daripada 4 bintang. maksudnya bagus lah tu. Tapi kalau kau orang sejenis yang tak kisah lansung tentang kualiti, ada banyak lagi aplikasi yang kau  orang boleh gunakan. Apapun terima kasih buat kawan-kawan di facebook yang sudi kongsikan aplikasi edit gambar dan letak watermark yang terbaik ni.

With Love,
image

19 comments

  1. Saya la nak cari benda INI..

    Thank for info

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terima kasih Fiza...boleh cuba satu per satu ni...

    ReplyDelete
  3. wah menarik nih...tgh cari aps utk buat watermark jgk ni.. tq for sharing..

    ReplyDelete
  4. wah . terimakasih ! ritu try picsart .. mcm dah tkleh boh watermark sedia ada huhu

    ReplyDelete
  5. Ain suka guna Snapseed, Picsart. Phonto kalau guna ipad lagi banyak function.

    ReplyDelete
  6. okay, baru tau apps ni. hehe thanks kak!

    ReplyDelete
  7. Kekima-lima apps kat atas . Hanya satu je tersenarai dalam apps fone CCL . Snapseed !!

    ReplyDelete
  8. Ena guna picsart untuk letak watermark.. Kalau edit gambar ena guna PS Express..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian..nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  10. Tq sharing fiza..kekya biasa guna picart jer untuk watermark.. hehehehe..

    ReplyDelete
  11. Bestnya.. boleh consider ni. Mama mg x letak watermark kt gambar. Malass haha

    ReplyDelete
  12. Tak pernah try lagi ni.. thanks, boleh la try pasni

    ReplyDelete
  13. Syirah pernah guna snapseed dan pixlr je
    Tp snapseed kurang mahir sikit
    No.5 tu mcm best sbb blh cut gambar jd transparent kat blkag.xyah guna photoshop dah kan

    ReplyDelete
  14. busyra dh pernah try picsart dan snappseed ja.. yg lain belum.. mmg mudah kan kalau edit guna software. tp busyra belum jmpa software yg betul2 kena dgn citarasa. alih2 akan berbalik edit gmbar guna photoshop jgk. even lecey. haha

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu