PIN Google Adsense Selamat Sampai

Perjalanan bersama google adsense terus berjalan dengan lancar. Berbaloi usaha berkali-kali apply google adsense. Berbaloi dengan kesabaran dan berbaloi dengan usaha untuk apply walaupun berbelas kali kecewa. Dah faham benar erti penyesalan tapi masih tak putus asa. Boleh baca sebab-sebab gagal permohonan google adsense

Dah bermacam cara cuba untuk lulus adsense dan akhirnya berjaya lulus juga ikut 10 tips lulus permohonan google adsense. Bila dah lulus ada masalah iklan tak keluar pula disebabkan konflik akaun hosted. Disebabkan itu, terpaksa closed akaun yang dah lulus tu kemudian apply semula melalui website google adsense menggunakan email yang lain dan akhirnya iklan google adsense muncul dengan jayanya. Alhamdulillah..itu pun dah cukup rasa bahagia. 

Seterusnya misi untuk mencukupkan earnings 10 USD untuk proses mendapatkan PIN (personal Identification Number) kod daripada google adsense untuk membolehkan proses cashout setelah cukup nilainya. Permohonan baru google adsense Fiza lulus pada 14 September 2017 dan Fiza letak iklan pada 15 September 2017 terus terpapar dalam blog.

19 September 2017 earnings telah mencapai 10 USD dan pihak google telah mula menghantar PIN yang berbentuk surat ke rumah untuk pengesahan alamat. Cukup je 10 USD, pihak google akan terus hantar surat ni dan beritahu kau orang dalam akaun google adsense tu. Surat dari oversea ni agak berdebar-debar nak tunggu sampai. Risau juga kalau tak sampai-sampai. Diberitahu surat akan sampai 2-4 minggu dari tarikh yang di hantar dan daripada pengalaman blogger-blogger lain lebih kurang dalam 2 minggu dah sampai.


Surat PIN kod Fiza sampai pada 30 September 2017, hari sabtu lepas. Seminggu lebih jugalah baru sampai. Fuhh..lega bila nampak surat ni dalam peti surat. Hati berbunga-bunga lain macam! Dah masukkan PIN pengesahan alamat, settle satu kerja. Seterusnya, untuk cash out perlu lebih gigih lagi untuk dapatkan 100 USD barulah boleh cash out. 

Fuhhh..mencabar juga tu. 10 USD pun semput nak dapatkan. Jangan putus asa sudah lah. Kalau berusaha, berdoa dan seterusnya tawakal. Kalau dah itu rezeki kita, milik kita juga akhirnya. Cuma cepat atau lambat je. Allah tahu masa yang terbaik untuk kita dapatkan dan gunakannya. Betul tak? 


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. wahhh cepatnya dapat 10usd.. tak sampai sebulan.. Tahniah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.fizah...tahniah yer...

    ReplyDelete
  3. Pin ni memang akan dapat bagi yg adsensenya dah approve ke atau kena daftar memana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, akan dapat bila dah cecah 10 USD dalam akaun. adsense yang dah approved :)

      Delete
  4. wahh bestnyerrr... blh la shopping nnt..ekeke

    ReplyDelete
  5. ramai dah blogger join adsense ni.semoga murah rezeki ye

    ReplyDelete
  6. Tahniah sis... InsyaAllah sama-sama kita berjuang untuk dapat cashout pertama... Berdebarkan.. saya pula takut basah kena hujan.. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.