Nescafe Perisa Baharu

Hai pencinta kopi! Dah cuba ke belum Nescafe Baharu? Yang paling biasa dengar kat iklan radio Nescafe Black Ice tu. Sejuk katanya. Disebabkan Fiza ni seorang pencinta kopi, haruslah cuba rasa kopi yang baru ni. Lagipun dah lama tak minum kopi nesface sejak adanya pelbagai jenis kopi yang lagi sedap. Terus lupakan nescafe.

Nescafe ni sejenis kopi yang mempunyai ramai peminatnya. Kalau kau orang perasan dekat shopping mall, pack nescafe yang classic dijual di tempat berasingan dan di kunci. Kenapa ya? Nak kawal penjualan nescafe atau untuk mengelakkan nescafe tiruan? Entahlah, Fiza pun tak pasti kenapa.

Nescafé adalah satu jenama kopi yang dihasilkan oleh syarikat Nestlé. Nama Nescafé juga di cipta dari gabungan "Nestlé" dan "café".

Dulu-dulu memang suka minum nescafe tapi sejak munculnya pelbagai jenis kopi memang tak pandang kopi nescafe ni tapi bila ada nescafe perisa baharu ni rasa macam nak mencuba pula. Mana tahu macam sedap! Fiza cuba yang jenis dalam tin ni. Biasanya akan beli Kopi Tarik Wonda tu sebab sedap dia mana-mana kopi tak boleh lawan. Macamana dengan nescafe perisa baharu ni?

Nescafe Kopi Latte, Nescafe Tarik Kaw, Nescafe Black Ice, Nescafe Creamy Roast

Nescafe Black Ice



Rasa Nescafe Black Ice ni tak terlalu kaw pada Fiza. Rasa dingin tu kau orang akan rasa selepas kau orang telan air tu. Memang rasa sejuk sikit dalam mulut. Lagi best kalau kau orang minum sejuk-sejuk letak dalam peti ais dulu.

Nescafe Tarik Kaw


Nescafe Tarik Kaw seriously kopi susu yang sedap. Satu tin tak cukup wei! Lagi sedap minum sejuk-sejuk. Sekali teguk tak sedar dah habis.

Nescafe Creamy Roast


Rasa creamy roast pula memang rasa creamy tu ada. Kopi yang tak terlalu pekat rasanya. Kalau tak suka jenis kopi kaw boleh cuba rasa yang ini.

Nescafe Kopi Latte


Nescafe Kopi Latte ni ni sesuailah orang yang jenis tak berapa suka kopi sebabrasa kopi dia tak pekat sangat. Sangat creamy dan of course sedap! Pada yang diet tu boleh minum kopi latte ni sebab rendah lemak katanya. Tak tahulah kan.

Antara ke empat-empat perisa baharu ni Fiza paling suka tarik kaw tu. Memang sedap! Yang rasa dingin tu macam tak berapa suka sebab tak suka rasa dingin ala mint tu. Hilang rasa kopi. Hihi.. Kalau kau orang pernah rasa, kau orang suka yang mana satu?
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. belum jumpa lagi kat kedai... tapi kedai runcit lah... nanti nak rasa teh tarik tu...

    ReplyDelete
  2. Pernah try kopi latte sebab saya memang peminat latte

    ReplyDelete
  3. CCL peminat coffee , lamanya tak minum nescafe ni . terliur tengok ,,

    ReplyDelete
  4. zaza belum rasa lagi ketiga2 jenis minuman ni..

    ReplyDelete
  5. suami memang sllu beli nescafe ni , pemina tegar , hari tu dah try yang tarik kaw .. not bad tapi lebih suka latte

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.