Nasi Goreng Cili Kering Sedap

Nampaknya macam makin viral nasi goreng cili kering di media sosial. Haruslah terjebak sekali mencubanya. Padahal sebelum ni bukan tak pernah rasa pun. Seingat Fiza nasi goreng cili kering ni dah lama wujud sejak zaman kanak-kanak lagi.  Menu nasi goreng cili kering paling popular di kantin-kantin sekolah. Cuma masa tu tak di panggil nasi goreng cili kering dan hanya di panggil nasi goreng je. Takde nama spesifik!


Bila zaman sekarang ada yang berkongsi cara masak nasi goreng cili kering, itu yang terus jadi tular di media sosial. Ye lah, dulu mana nak ada viral-viral bagai ni. Bila nasi goreng cili kering muncul, terasa macam dah lama tak makan nasi goreng merah merah cili kering macam ni. Gigih lah buat semata-mata nak rasa nasi goreng yang pernah melalui zaman kegemilangan masa sekolah dulu-dulu. Boleh di katakan nasi goreng legend juga sebab ramai mak-mak yang suka buat nasi goreng macam ni kan?

Bahan-Bahan
(Hidangan untuk 2 orang)
2 Mangkuk nasi putih
2 sudu besar Cili Kering Kisar
1 biji Bawang besar 
1 ulas Bawang putih 
10 ekor ikan bilis
Minyak masak untuk menumis
Garam secukupnya

Kalau nak pedas boleh tambah cili padi. Cili kering kisar kalau takde, kau orang boleh tumbuk sekali dengan cili kering tu. Tapi kalau nak selalu masak nasi goreng cili kering ni, siap-siapkan lah stok cili kering kisar tu. Lagi cepat nak masak nanti.

Cara-cara
1. Tumbuk semua bahan-bahan
2. Panaskan minyak dan setelah minyak panas, tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Setelah garing, masukkan garam.
4. Masukkan nasi dan kacau rata. Siap!


Sama je kaedahnya dengan cara masak nasi goreng lain. Cuma bahan utama cili kering tu wajib ada. Nak sedap lagi tambahkan telur atau bahan lain. Tapi pada Fiza, cukuplah nasi goreng cili kering yang ringkas macam ni pun dah cukup sedap. Memang boleh buat makan bertambah-tambah.


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Nasi goreng Saya punya feveret.

    Nak buat oun mudah

    ReplyDelete
  2. Memang sedap nasi goreng pakai cili kering.. dulu guna cili kering masa dengan nasi impit.. sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan nasi impit? Tak pernah dengar lagi tu. dengar macam menyelerakan je :)

      Delete
  3. Simple. Anak dara ... yang bujang WAJIB BELAJAR cara masak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu. wajib belajar masak nasi goreng yang semudah ini.

      Delete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.