Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Bertunang. Baju Batik Sedondon Jadi Perhatian.

Maju selangkah lagi buat pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi telah selamat melansungkan majlis pertunangan mereka pada petang tadi 6 Oktober 2017 di kediaman Elfira Loy di Ampang. Jarang sekali majlis pertunangan hari jumaat. Apapun berkat hari jumaat semoga bertambah berkat. Apapun tahniah buat mereka. Akhirnya bertunang juga daripada sibuk cakap takde apa-apa hubungan dari dulu tu kan. Eh, dah kenapa terjebak dengan segala gossip artis ni Puan Fiza oi? Inilah jadinya terjebak dengan makcik bawang. Opss..

Apa yang menjadi perhatian Fiza adalah baju sedondon mereka bertemakan batik. Setakat ni jarang nampak busana batik menjadi pilihan. Boleh dikatakan rare dan macam menarik bila mengenakan kain bercorak batik ni. Betul tak? Cantiknya lain macam sebab tu nampak menyerlah daripada pertunangan yang biasa-biasa kita nampak. Setuju tak? Atau Fiza je yang baru nampak tema batik-batik ni. Perasan juga sejak hari raya hari tu memang ramai mengembalikan fesyen batik macam dulu-dulu. 


Kemasan baju pertunangan Elfira Loy dengan hiasan lace dan dipadankan dengan kain batik. Cantik kot kombinasi macam ni. Fesyen baju kepuk-kepuk dia punya simple tapi wow!


Of courselah wow sebab Rizman Ruzaini kot yang design baju pertunangan Elfira Loy ni. Baju Sufian Suhaimi pula di reka oleh Fairuz Ramdan. Well, memang cantik design sepasang baju pertunang Elfira Loy. Tambah pula dengan ukiran inai berwarna putih tu nampak sepadan dengan lace yang digunakan. Superb!


Tak lupa juga gubahan hantaran yang menarik dengan bunga segar menyerlah lagi hantaran yang dibuat. Gerenti mahal ni.

Hantaran Senaskah Al-Quran

Hantaran Buah-buahan




Mereka juga mengenakan sepasang lagi persalinan untuk pertunangan mereka. Jarang juga orang buat 2 persalinan ni. Dah gaya-gaya majlis nikah pun ada. Meriah sungguh! Apapun tumpang gembira untuk mereka sebab tak lama nak membina rumah tangga. Semoga dipermudahkan urusan mereka. Dah dah tak payah rajin nak kecam sangat. Doakan yang baik-baik untuk mereka.


Kredit : Siakap keli, rizmanruzaini
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Cantik..moga ini permulaan sebuah perhubungan yang diredhai.amin..

    ReplyDelete
  2. Cantiklah guna batik.. Memang menarik sangat.. Kelainan yang ohsem..

    ReplyDelete
  3. cantik guna batik ...cute jer basangan berdua ni ...

    ReplyDelete
  4. Cantikkkkk.. Sonok tgok majlis2 gini.. Cantik.. Hihj

    ReplyDelete
  5. tunang dah cantik mcm ni. kahwin nnt, cantik mcm mne takk tahu la tu. hehehe

    ReplyDelete
  6. majlis die mmg vouge sgt.. xsbr nk tgk wedding plak..mesti lg grand.

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.