Bubur Kacang Hijau Bersagu

Friday, October 06, 2017

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Kacang Hijau adalah sejenis tanaman jenis fabaceae dalam spesis kekacang yang mengandungi banyak nutrisi seperti kalsium, fosfor, zat besi, vitamin B kompleks seperti vitamin B1 dan B2, niacin dan asam amino.yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Seperti yang kita tahu, kacang hijau juga boleh di jadikan benih untuk menanam tauge dengan mudah dan cepat.

Bila sebut kacang hijau, mesti terbayangkan bubur kacang hijau yang biasanya dibuat untuk makan petang sebagai pemanis mulut. Kalau di kampung, mak-mak kita memang rajin buat bubur kacang hijau ini. Katanya lagi sedap di tambah dengan durian. Tapi kalau bukan peminat durian macam Fiza, lebih suka tambah sagu untuk menvariasi kan lagi bubur kacang hijau. Takdelah kacang hijau semata-mata.

Kacang hijau boleh juga dibuat sajian yang lain macam kuih kasturi,ais kacang hijau dan lain-lain lagi selain bubur kacang hijau.

Nak buat bubur kacang hijau ni mudah je sebab bahan-bahan dia tak terlalu banyak. Cuma yang lecehnya kena tunggu kacang hijau betul-betul masak dan kembang. Begitu juga dengan sagu, ambil masa yang lama untuk masak jadi sagu jernih yang cantik. 

Cara Fiza masak bubur kacang hijau bersagu senang je. Bahan-bahan yang Fiza gunakan mudah untuk dibeli juga.


Bahan-bahan
1 mangkuk kacang hijau
1 cawan sagu ( Fiza guna sagu saiz kecil sebab lagi cepat masak)
1 bongkah gula melaka
1 kotak santan
4 sudu besar gula pasir
1/ sudu besar garam 
Air secukupnya

Cara-cara
1. Cuci dan toskan kacang hijau dan sagu dalam bekas lain-lain.
2. Didihkan air dalam 2 periuk berasingan kemudian rebus kacang hijau dan sagu dalam periuk masing-masing. Ikut cara Fiza, bila kacang hijau dah separuh masak Fiza toskan kemudian gantikan dengan air baru sebab tak nak air kacang hijau yang pahit tu. Sagu pun sama, Fiza tapis dan gantikan dengan air masak yang baru untuk lebih cepat sagu masak. Kalau dibiarkan sagu dengan air masak yang sama dia jadi lambat masak sebab kanji jadi likat tu jadi tepu menyebabkan sagu lambat masak. 
3. Bila sagu dah masak jernih toskan sekali lagi dan lalukan dengan air sejuk supaya kanji yang terlekat hilang dan tidak melekat. Kemudian masukkan dalam periuk kacang hijau tadi. Kemudian masukkan santan, gula, gula melaka dan garam. Air tu terpulang nak masukkan banyak mana ikut kepekatan yang kau orang nak. 
4. Kacau rata dan biarkan masak. Kemudian tutup api, sedia untuk dihidangkan.

Nampak mudah tapi macam leceh juga. Fiza tak letak daun pandan sebab takde. Pun boleh lah janji ada rasa bubur kacang hijau tu. Siap untuk menu minum petang. Bubur kacang hijau ni buat banyak pun takpe sebab boleh simpan dalam peti ais. Esoknya makan sejuk-sejuk lagi sedap.

With Love, Sihatimerahjambu

12 comments

  1. Akak suka bubur kacang hijau...since mak sakit x leh makan kekacang..kena la beli makan kat luar..kalau buat sendiri sure sedap kan...leh tambah durian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap buat sendiri. kalau mak akak tak leh makan jangan buat kat rumah, nanti kesian mak akak xboleh rasa kan..tambah durian memang sedap katanya tapi fiza xmakan durian..hihi

      Delete
  2. sedapnya makan panas - panas cicah dengan roti gardenia

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap makan panas-panas. makan sejuk-sejuk pun sedap :)

      Delete
  3. sedapnya...lama betul tak makan bubur kacang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok sedap untuk tekak sendiri. Itu lah kak, Fiza dah lama tak makan sebab tu gigih juga buat

      Delete
  4. sedap.suka cicah dengan biskut kering.pastu kalo tak habis, suka buat aiskrim malaysia..
    Janji Kita

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.