Trending Komen diSerap

Friday, August 04, 2017
Trending ke apa entah lah, kerap juga nampak pengguna facebook rajin meninggalkan komen dengan komen diserap. Mungkin dah lama trending ni atau Fiza yang baru perasan. Adakala nya komen diserap ada kena mengena dengan post dan adakala nya tidak. Secara jelasnya, komen diserap adalah komen berbentuk "sekadar bergurau" je. Tapi ada juga yang ambil serius. Mungkin juga nak bergurau tak kena dengan masa.

Contoh trending komen diserap yang Fiza sebutkan macam dalam gambar di bawah. Pernah tengok tak komen macam ni?


Apa pendapat kau orang tentang trending komen diserap? Ada yang suka sebab tujuannya untuk bergurau. Ada yang sentap sebab komen takde kena mengena dengan post. Kadang-kadang tu bila sorang dah mula komen dengan diserap, yang lain pun turut serta penuhkan komen diserap. Tak tahu nak gelak ke nak kesian dengan tukang post status tu. 

Kalau kau orang terkena dengan komen sebegini, apa reaksi kau orang? Kalau post status kau orang berbaur sedikit lawak, mungkin kau orang tak kisah dengan komen sebegitu. Tapi kalau post status sebaliknya, bila dapat komen sebegitu sila balas semula dengan komen diserap juga. Cukup adil tak? Janganlah sentap, fikir positif je sudah. Jika ianya mengguris hati, maafkanlah mereka. Mungkin niat mereka lain tapi di anggap lain oleh kita. Jangan jadi perang status sudah lah ye ataupun perang komen di status orang lain.


Bersopan Santun di Media Sosial

Dengan siapa pun kita berinteraksi di media sosial, berbahasa lah dengan sopan santun. Membaca post sampai habis, fahami dan barulah tinggalkan komen ataupun respons status orang lain. Ada kalanya dengan membaca komen orang lain, boleh menimbulkan bermacam-macam persepsi dan berbeza pandangan. Betul tak?

Jadi, apa nak buat? Mudah je, sila fahami konsep bersosial di facebook mahupun media sosial yang lain. Jika tak nak fikir, tak perlu ada mana-mana laman sosial pun. Duduk diam-diam je sudah. Mampu ke kau orang hidup tanpa media sosial? Sudah tentu lah tak! Zaman sekarang mana boleh hidup tanpa menggunakan teknologi yang ada. Tapi sebenarnya  memang ada sejenis manusia yang tak suka ada media sosial. Ye, memang ada.
7 comments on "Trending Komen diSerap"
  1. Susah nak cakap... ramai juga tak jaga bahasa dalam FB tu... perdebatan tak akan habis kalau kita balas... yang komen pun tak tahu umur berapa...

    ReplyDelete
  2. saya dulu ada kawan yang cuba sedaya bolehnya utk takde FB IG dan segalanya la tapi dek kerana zaman sekarang nak cari info pun kena cari melalui FB IG bagai...dia kena akur jugak tapi in very minimal usage. katanya tak nak terlibat dengan fitnah dunia siber :D

    ReplyDelete
  3. Sajat tu buat pembedahan dia byk duit boleh la.

    ReplyDelete
  4. first time baru tau pasal komen diserap ni :D

    ReplyDelete
  5. tak tau pulak akak pasal ni,tapi tak perlu kan nak memanjangkan benda yang tak elok..yang takde kena mengena tu..

    ReplyDelete
  6. apa tu? tak tahu pun trend ni wujud TT^TT

    lagi satu.. mmg ramai pengguna FB yg tak reti jaga percakapan sampai suka sakitkan hati orang lain... ermmmm

    ReplyDelete
  7. Tak tahu pun trend diserap ni.
    macam2 hal kat FB . Huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature