Responsive Ad Slot

Slider

Cara Masak Pulut Kuning Mudah je Rupanya

Rupanya masak pulut kuning ni tak susah mana pun, senang je. Eh eh kau, dah pandai masak bolehlah cakap senang.
Makanan terpaling sedap yang jarang dapat makan adalah pulut kuning. Ye, pulut kuning. Kebiasaannya menu pulut kuning ni jumpa masa kenduri khatam Al-Quran je. Tapi sejak berkahwin dengan orang negeri sembilan, rupanya menu pulut kuning ni di jadikan menu sarapan pagi juga selain kenduri. Pada mulanya agak pelik sebab dari kecil sampai ke besar, jumpa pulut kuning masa kenduri tertentu je. 

Walaupun agak pelik mak mertua buat sarapan pulut kuning bersama dengan sambal tumis. Tapi lama-lama dah terbiasa makan pulut kuning tak kira masa tak perlu tunggu waktu kenduri. Kadang-kadang balik rumah mak mertua  masak pulut kuning. Disebabkan itu, pulut kuning dah jadi makanan kegemaran suami sampaikan Fiza juga terjebak sama suka makan pulut.


Bila dah suka tanpa sengaja, kadang kala teringin makan tapi tak pandai nak masak pulut. Tapi disebabkan menu kegemaran suami merangkap kegemaran sendiri. Makanya kena belajar masak pulut kuning juga. Rupanya masak pulut kuning ni tak susah mana pun, senang je. Eh eh kau, dah pandai masak bolehlah cakap senang. Bukan nak riak tapi bila masakan menjadi walaupun tak sesempurna masakan chef, rasa puas hati apatah lagi menjadi dengan rasa sedap. Fiza kongsikan cara Fiza masak pulut versi moden menggunakan santan kotak je. Ye lah, kat bandar ni payah nak dapat santan segar.

Resepi Pulut Kuning

Bahan-Bahan
1/2 kg beras pulut
1 sudu besar serbuk kunyit
1 keping asam keping
200 ml santan kotak
Air masak
1 camca garam
1 camca minyak masak
1 helai daun pandan

*kalau kau orang masak gunakan santan segar, tak perlu tambah air. Cukup santan 1/2 biji untuk 1/2kg beras pulut.

Cara Masak Pulut Kuning

1. Basuh beras pulut dan toskan. 
2. Kemudian masukkan pulut ke dalam bekas besar. Masukkan air sehingga beras pulut terendam. Masukkan sekali serbuk kunyit dan juga asam keping. Kacau rata dan biarkan rendam selama 4 jam lebih. Untuk warna kuning sekata, sekali sekali kacau rendaman beras pulut tersebut.
3. Setelah 4 jam lebih, toskan beras pulut yang terendam tadi. Bilas sikit dengan air.
4. Panaskan pengukus. Masukkan beras yang telah di toskan ke dalam loyang. Letakkan daun pandan. Tuangkan santan yang telah digaul rata bersama garam dan minyak sehingga menutupi beras pulut. Disebabkan Fiza guna santan kotak, jadi kena tambah air untuk lebih banyak santan. Tinggalkan sedikit lebihan adunan santan untuk di gunakan. Kemudian kacau rata. Masak dalam masa 30 minit.
5. Selepas 30 minit, balik-balik kan pulut supaya masak sekata. Kemudian tuangkan baki santan tadi dan gaul rata. Biarkan masak lagi selama 10 minit.
6. Agak-agak dah masak boleh angkat dan hidangkan.
* Untuk pulut nampak lebih cantik berkilat boleh taburkan sedikit gula dan gaul rata.
Biasanya pulut kuning di hidangkan bersama sambal tumis ataupun rendang. Bahagia rasa kalau dapat makan pulut bila-bila nak makan sebab dah pandai masak pulut. Kau orang kalau nak makan pulut, sila cuba resepi yang mudah ni. 


Memang sedap makan pulut kuning. Tapi yang tak sedapnya bila makan akan mengantuk macam makan nasi lemak sebab bersantan. Siap sediakan bantal lah ye selepas makan. Eh, apa buruk benar perangai lepas makan terus baring. Jangan amalkan di rumah okay. Ye lah, kalau makan kat luar mana ada peluang nak baring pun.
5
( Hide )
  1. Wah!!! Pulut kuning. Boleh x nak rasa kagum kejap???? hehehe... Boleh try ni. Mmg suka bebenau guna santan kotak. senang handle...hehe. Btw, dulu yg fiza pernah post pasal Chalet Atas Air Lembah Temir Raub tu dah masuk list nak pegi kan...pagi sampai skang x de masa nk pegi lagi...hehe. Ada rezeki nanti insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. miera suka makan, tak reti buat.. mudah je rupanya.. hehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu