Responsive Ad Slot

Slider

Pencuci Muka Cetaphil Bagus Ke?

Baru-baru ni agak viral juga pencuci mula Cetaphil ( Gentle Skin Cleaner) yang dikatakan sangat bagus untuk merawat kulit yang bermasalah, rosak akibat memakai produk yang sesuai atau memakai produk yang mempunyai bahan kimia merosakkan kulit.
Baru-baru ni agak viral juga pencuci mula Cetaphil ( Gentle Skin Cleaner) yang dikatakan sangat bagus untuk merawat kulit yang bermasalah, rosak akibat memakai produk yang sesuai atau memakai produk yang mempunyai bahan kimia  merosakkan kulit. Sedia maklum, kita sendiri tahu bahawa terdapat banyak lambakan produk yang ada di pasaran. Sebagai pengguna, kita seharusnya lebih bijak membuat pilihan.

Kenalpasti Produk Sebelum Menggunakannya

Pertama sekali dalam pemilihan produk kecantikan, perlulah memilih produk yang selamat untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang tanpa meninggalkan kesan yang buruk. Pendek kata, memang di jamin selamat di gunakan. Rajin-rajinlah survey dan meneliti kandungan yang terdapat dapat setiap produk jika tak nak kulit rosak teruk selepas menggunakannya.


Pilih Produk Yang Selamat Digunakan


Pengalaman Fiza menjadi penjual produk kecantikan ( Sekadar dropship) kebanyakkannya pengguna mahukan produk yang menjanjikan kesan yang cepat selepas menggunakannya. Tapi mereka tak fikirkan selamat atau tidak. Yang penting cantik dalam masa yang singkat. Bila pengguna nak produk sebegitu, Fiza bagi nasihat dulu supaya mereka sedar baik buruknya pakai sesuatu produk bukan hanya semata-mata nak cantik cepat. Lagi-lagi bila timbulnya banyak kes muka rosak akibat memakai produk yang mempunyai bahan kimia yang telebih dos yang dibenarkan. Kulit memang cepat cantik tapi bila berhenti guna dan kulit mula breakout semakin teruk dari hari ke hari. 

Tiada siapa nak perkara macam tu terjadi. Apatah lagi pada bahagian muka. Macamana nak sorok dan berhadapan dengan orang lain? Mungkin diri akan berasa kurang yakin kan. Jerawat sebiji pun kecoh, apatah lagi bila muka breakout. Nak tak nak kena hadap aje lah. Sebaiknya, kau orang kaji dulu sebelum beli apa-apa produk untuk kecantikan muka ni. Pernah juga terjadi pada Fiza zaman study dulu. Masa tu belum ada viral lagi kisah-kisah produk kecantikan ni. Yang tahu, kalau pakai memang elok. Ya, memang elok tapi azab lepas kau berhenti guna. Kulit rosak teruk kot sampai sekarang tinggalkan kesan pada kulit. 

Beli di Kedai Yang Berdaftar

Disebabkan kes sendiri yang dah berzaman tu dan kes yang berlaku pada segelintir pengguna yang muka rosak, Fiza kembali menggunakan Produk Mary Kay yang di jamin selamat di gunakan walaupun mengambil masa yang lama untuk elok semula. Selepas muka breakout tu Fiza pernah pakai produk Mary Kay sekejap tapi lepas habis tu tak sambung guna sebab kurang bajet tapi sambung guna produk selamat yang lain beli di Guardian. Nasihat Fiza, nak selamat carilah produk di kedai yang di iktiraf dan yakin original seperti Guardian, Watsons dan farmasi. Store seperti ini akan menjual barang-barang yang di yakini selamat dan original untuk pengguna. Jika berlaku sebarang kemungkinan mudah untuk membuat aduan.

Disebabkan pencuci muka Cetaphil ni makin popular di gunakan di kalangan mereka yang mempunyai masalah kulit muka yang teruk dan sangat berkesan. Makanya, macam nak terjebak juga guna pencuci muka Cetaphil ni tapi selepas pencuci muka sekarang habis dulu. Jika tak berkesan kembali semula sambung pakai MK. Tiba-tiba rasa nak derhaka pada MK sekejap. Setelah Fiza survey, harga dia boleh tahan mahal juga dalam RM5+ di Guardian. Mungkin juga pelaburan yang berbaloi setanding dengan kualitinya.


Cetaphil Gentle Skin Cleanser tidak terhad untuk penggunaan di muka sahaja, bahkan boleh di gunakan untuk seluruh badan. Diformulakan bebas sabun dan kelebihannya adalah 
  • sesuai untuk semua jenis kulit
  • Boleh digunakan untuk bayi
  • Sesuai untuk muka dan seluruh badan
  • Tidak menyebabkan iritasi pada kulit
  • Formula pH-balance bebas sabun.
No wonder lah ramai yang kata bagus. Lepas ni bolehlah beli botol kecil untuk permulaan. Kalau bagus, baru lah beli botol besar sikit. Bukan apa, kalau tak sesuai rugi pula kalau dah beli yang besar awal-awal. Tak gitu? Siapa yang dah pernah guna? Boleh kongsikan sikit pengalaman kau orang.
8
( Hide )
  1. wah... seperti pucuk dicita ulam mendatang nie.
    kebetulan pencuci muka pun dah nak habis
    boleh pi cari kat watson... nak review juga ahh :D

    ReplyDelete
  2. aira pakai cetaphil ni. alhamdulillah better, beli botol 125ml dah pakai hampir dua bulan tak habis2. memang result lambat tapi best sebab bila cuci muka, kulit tak kering. lembap je. sebelum ni pun pakai MK juga, best tapi harga pun best kan. hehe. sebab tu bertukar cetaphil, alhamdulillah elok. in shaa Allah memang akan consume ni je. hehe

    ReplyDelete
  3. Ena dah setahun pakai. Tapi ena pakai Cetaphil untuk muka sahaja. Yang Oil Sensitive skin apa entah tu. Alhamdulillah, makin lama makin terkawal muka ni. Tak macam dlu, jerawat nauzubillah

    ReplyDelete
  4. kak, seriusly, uyul pakai 2 minggu da nampak kesan. paling best pakai dgn st ives. kesan dia kulit tak berminyak. then scar tuh makin lembut dah tak kasar.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  5. terjebak juga ni....terus pegi beli tadi...hopefully result better...

    ReplyDelete
  6. muka saya jadi merah-merah teruk dan mengelupas teruk sejak pakai oily skin care cetaphil dan cetaphil moisturizing cream..adakah kulit saya tak sesuai dengan produk jenama cetaphil?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu