Mee Kari Punya Pasal

Wednesday, December 30, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Setelah hampir seminggu lebih teringin nak makan mee kari. Bukan mengidam tapi teringin. Tak sama tu ye. Bukan apa, rasanya dah bertahun tak makan mee kari. Gila punya craving dah ni. Tetiba rindu mee kari sedap yang kakak Fiza buat tu. Alahaii...buat telan air liur je.


Balik segamat pun haritu dok tanya kawan kat mana ada jual mee kari. Memandangkan waktu cuti, memang takde kedai bukaklah. Nak makan tom yam sedap pun kedainya pun tutup. Takde rezeki. Nak makan mee bandung abah Fiza buat. Rasa macam menyusahkan abah pulak meminta² sebab abah pun sibuk & nak rehat lagi. Kalau cakap, gerenti abah buat. Tapi malas pulak nak menyuarakan hajat. Takpe, cuma teringin je kan.

Balik rumah, google kedai mee kari. Yang ada meekari railway rasah, rata rata bagitau yang kedai tu popular kat seremban. Tapi macam jauh pulak dari rumah. Sebenarnya tak jauh mana tapi macam keberatan nak ke situ. Survey lagi area bangi, kot husband balik tu boleh singgah membeli. Ada tempatnya cuma macam tak sehaluan jalan baik. Kesian kat husband nak patah² balik pulak kan walaupun demi isteri tercinta ni.

Tapi sempat juga husband singgah kat restoran Mee Kari Railway Rasah tu sebelum balik rumah. Tutup katanya. Tak tahulah pukul berapa bukak. Biasanya orang jual mee kari pagi atau petang kot kan. Tapi takdelah sampai petang sangat.

Sudahnya Fiza suruh je husband beli bahan² dan gigihlah masak sendiri kat dapur dengan bantuan husband. Walaupun first time, buat jugaklah.Google resepi paling mudah bagi Fiza yang baru pertama kali buat.

Berkat kegigihan siap jugak mee kari Fiza yang meriah ni. Alhamdulillah cukup rasanya pada Fiza macam kakak Fiza buat. Bajet nak cakap sedap kan. Memang sedap pun! Nak kerang banyak, nak taugeh banyak. Takde hal!


Cuma husband kata kuahnya kurang kari sebab Fiza letak rempah kari sederhana banyak. Takut terlampau kari pulak. Takpelah, next time buat kaw kaw punya ye. Yeay, saya dah pandai masak mee kari. Kalau ada yang terliur tu, jangan tunggu lagi, cuba buat ye. Tak salah belajar untuk kali pertama. Kalau nak cuba buat, Fiza ikut resepi ni.

Resepi Mee Kari

Terima kasih buat kak azie yang sudi kongsi resepi kat blog. Panjang pulak cerita mee kari Fiza ni. Ini semua Mee kari punya pasal! Baru puas hati dah dapat makan.
9 comments on "Mee Kari Punya Pasal"
  1. Fulamak! Kenapa time orang puasa ni lah akak nak post pasai mee kari! Ada gigih pergi kedai mee kari jauh ni kang buat bebuka. Hahahaha! Thankyou share resepi kak :D

    ReplyDelete
  2. wow..sedapnya mee kari...tetiba macam nak buat sendiri pulak

    ReplyDelete
  3. sedapnya tgk mee kari tu.. meriah dengan kerang.. i like ;)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya mee kari. Mujurlah terliur je. Klau terngidam,jnuh mencari. Hihi.. Nk buat sendiri ntah bila la.. Syabas fiza, berjaya buat.. :)

    ReplyDelete
  5. faverite ni! mak suka masak mee kari... tapi tengok fiza punya mee kari menjadi gak

    ReplyDelete
  6. Buat sendiri lebih puas.

    Makan pun boleh banyak.

    ReplyDelete
  7. Perghh besarnya udang. Masak sendiri cenggini mmg puas hati huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature