Renu Bausch + Lomb Sensitive Multi-Purpose Contact Solution

Memakai contact lens bukan sahaja untuk keperluan harian bagi mereka yang rabun selain memakai cermin mata, malah zaman sekarang dah jadi trend pakai contact lens sebagai fesyen. Tapi Awas, bergaya bergaya juga aspek keselamatan perlu di ambil kira juga. Dah banyak juga Fiza dengar tentang keburukan memakai contact lens jika tidak peka dengan langkah penjagaan dan pengunaan yang betul. Pastikan tahu tips pemakaian dan penjagaan contact lens yang betul.

Fiza dah pakai contact lens agak lama juga sejak tahun 2008 kalau tak silap. Pertama kali pakai contact lens memang agak kosong tak tahu nak memilih contact lens yang sesuai dengan mata sendiri. Setelah bertahun mencuba beberapa jenis jenama contact lens, akhirnya Fiza setia bersama dengan contact lens jenama freshkon yang betul-betul sesuai dan selesa dengan mata Fiza.

Bila dah jumpa contact yang terbaik untuk mata sendiri. Seterusnya mencari contact lens solution yang terbaik juga. Sebelum Fiza betul-betul faham tentang contact lens solution ni, Fiza main bedal je beli solution yang ada. Janji ada solution. Tapi selepas tahu beberapa maklumat tentang memilih contact lens solution yang betul, Fiza memang berhati-hati memilih yang betul-betul bagus dan sesuai dengan contact lens yang Fiza gunakan dan juga sesuai dengan mata.

Sebelum ni Fiza pernah cuba beberapa jenis contact lens solution. Mata Fiza pernah jadi pedih, merah-merah dan mata berair sampai nak buka mata pun sakit. Kalau jadi macam tu, memang Fiza buka terus. Check punya check rupanya silap contact lens solution tu juga. Sebenarnya contact lens solution bukan semuanya boleh digunakan untuk cuci, bersihkan dan untuk simpan. Ada juga yang hanya untuk cuci tak boleh guna untuk simpan contact lens. Jadi, ada bermacam jenis. Kena check betul-betul pada setiap produk contact lens solution. Rupanya yang Fiza guna tu hanya untuk cuci sahaja. Sigh~Salahkan diri sendiri

Selepas dah tahu maklumat yang betul, akhirnya Fiza memilih Renu Bausch And Lomb Sensitive Multi-Purpose Contact Solution disebabkan mata Fiza ni agak sensitive. Selepas bertukar kepada contact lens solution yang baru ni dan setelah menggunakan berbulan-bulan Fiza sangat-sangat berpuas hati. Rasa macam dah hilang masalah sakit mata semua tu. Serius takde pedih-pedih mata atau mata merah

Renu Sensitive Multi-Purpose Solution, gentle care for sensitive eyes
Renu Sensitive Multi-Purpose Solution is a gentle formula with fewer ingredients* for sensitive eyes. It gently cleans, rinses, disinfects and stores your soft contact lenses. Keep your sensitive eyes comfortable2 with a solution as gentle as your natural tears. Renu Sensitive Multi-Purpose Solution is proven to fight germs and clean your soft contact lenses.
Key Features & Benefits
  • Gentle care for sensitive eyes.
  • Cleans, rinses, disinfects
  • Creates a cushion of moisture between your lenses and eyes
  • Provides comfort everyday
  • Safe lens storage for up to 30 days.

Rasa Selesa Dan Lembap Sentiasa

Sebelum ni kalau pakai contact lens berada di tempat berhawa dingin mesti mata akan rasa cepat kering. Dan mulalah mata akan mula kurang selesa. Eyes mo moist pun takde. Tapi sekarang, dari nak pakai contact lens sampailah pakai berjam-jam pun dan kalau berada dalam tempat berhawa dingin pun masih rasa selesa dan lembap, mata tak rasa kering pun. Kagum dengan keberkesanan Renu Bausch And Lomb Sensitive Multi-Purpose Contact Solution. Memang tak cari lain dah. 


Terbaru, didatangkan dengan easy open cap.


Bila dah jumpa yang sesuai dan terbaik, terus Fiza beli yang twin pack. Jadi, kau orang kalau ada masalah mata merah, mata rasa gatal-gatal cubalah contact lens solution yang sesuai dengan contact lens kau orang sebab tak semua contact lens solution sesuai dengan contact lens yang kau orang beli. Pastikan juga beli contact lens di kedai optik yang di iktiraf selamat untuk digunakan. Bukan beli kat pasar malam RM5 sepasang tu ye dik. 

Kredit : bausch.com.au

3 comments:

  1. yep btl tu, bila pakai lens ni mmg kena jaga btl2 dari segala aspek =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. penting menjaga mata dari peringkat awal. Kalau dah rabun permandagan agak terbatas tanpa spek atau contact lens :)

      Delete
  2. cantik botol dia,,eh..renu dulu bukan botol warna biru ke eh..ke dah baru

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.