Home Fragnance Hush Puppies Starry Night

Salam jumaat. Selamat pagi semua! Salah satu sunnah dan adab di hari jumaat adalah memakai wangi-wangian. Semua orang suka pada wangian. Bukan hanya badan kita perlu berwangi wangian, dalam rumah pun kita kena jaga kebersihan supaya sentiasa berbau harum wangi.

Bab wangi dalam rumah memang saya sentiasa ambil kisah. Memang pantang bau busuk sikit memang tak senang duduk. Kat rumah febreeze sentiasa ready dan selain itu saya letakkan wangian romatic rose ambi pur dalam rumah. Bila dapat Home Fragnance Hush Puppies wangian Starry night ni memang saya seronok yang amat! 


Didatangkan dalam botol kaca 100ml beserta 8 batang buluh lidi. Disarankan guna 4-8 batang lidi buluh. Kalau kurang bau, terbalikkan je lidi buluh tu. Guna pakai semula je. Tapi kena jauhkan dari api dan cahaya matahari terus sebab mudah terbakar.

Macam biasa, saya letak di ruang tamu. Bila tetamu masuk je dah dapat bau harum tu.

Bau wangi dan Segar

Jenis wangian yang menggunakan penyebaran bau melalui kayu buluh. Agak tradisional sedikit tapi dalam masa yang sama macam moden pun ye. Tak tahu nak specific ke arah moden atau tradisional. 

Pertama kali saya dapat, saya terus bau wangian starry night ni. Lagi satu masalah sebab sayatak dapat nak gambarkan bau starry night ni macam mana. Wangi tu dah tentulah wangi. Nama pun wangian. Saya agak macam bau manis macam tu. Bak kat sedap hidung menghidu bau harum tu. Rasa segar duduk dalam rumah pun ye juga.

Tahan Lama

Setakat saya guna hampir 2 minggu ni cecair wangian tu belum sampai separuh lagi. Maksudnya agak tahan lama juga ni. Saya agak-agak penggunaan 100ml ni mungkin dalam sebulan lebih. Kita tengok nanti bila habisnya.

Saya rasa kalau rumah ada penghawa dingin, mesti wangian dia lagi merebak kuat wangi satu rumah. Tapi disebabkan rumah saya takde penghawa dingin, ada ruang udara keluar masuk. Jadinya bau tu pun keluar rumah sekali. Kurang sikit lah bau dia. Tapi masih lagi bebau harum. Bau dia memang best!

5 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.